βαβ 63

7.3K 192 16
                                    

Update pada pagi yang indah

"Bella"

Aku terus menoleh apabila mendengar namaku dipanggil. Aku hanya tersenyum nipis ke arahnya

"Kenapa awak datang ke sini, Daniel? Tak takut ke kalau abang saya ugut awak lagi?" tanyaku sambil tanganku ligat mengemaskan barang memandangkan aku akan keluardari hospital hari ini

"Aku nak lawat kau sekejap untuk lepaskan rindu dan aku langsung tak takut pun dengan ugutan abang kau" kata Daniel sambil hanya tersenyum

Aku hanya mengangguk sahaja dengan kata-kata Daniel

Keadaan kembali senyap dan suasana agak janggal memandangkan kami sudah lama tak bertemu

"Laura okay?" tanya Daniel bagi memecahkan suasana yang sepi

"Okay"

"Aku memang ayah tak guna" kata-kata Daniel tadi membuatkan aku berhenti daripada mengemas bajuku

Aku segera berpaling ke arahnya dan aku nampak mukanya berubah keruh

Aku hanya tersenyum kelat sahaja

"Kenapa awak rasa awak adalah ayah tak guna kepada Laura?"

"Sebab aku tak pernah ada di sisi kau masa kau lahirkan dia, aku langsung tak tengok dia membesar dan lagi buat aku rasa teru adalah dia langsung tak dapat kasih sayang seorang ayah" luah Daniel

Sedikit sebanya luahan Daniel menjentik hatiku dan semuah yang dia kata ada benarnya juga

"Apa boleh buat, Daniel? Sudah takdir yang tentukan untuk saya jalankan hidup seperti ini"

"Kau langsung tak ada pengganti lagi?
Kau tak rasa ke yang Laura perlukan ayah?" soalan Daniel membuatkan aku terdiam

Pengganti? Aku langsung tak terfikir untuk mencari pengganti sejak kejadian yang berlaku antara aku dan Farhan

"Saya tak terfikir langsung untuk cari pengganti dan biar saya sahaja yang jaga Laura. Saya takkan menaruh harapan kepada sesiapa sebab saya takut kecewa lagi"

"Termasuk awak, Daniel"

Daniel hanya mengangguk.sahaja sambil tersenyum kelat. Bella ni macam tahu je kenapa Daniel tanya soalan sebegitu

"Tapi kau langsung tak terfikir ke macam mana perasaan Laura bila-"

Aku terus sahaja potong percakapaan Daniel

"Stop it, Daniel. Saya tak nak langsung dengar apa yang awak nak cakap. Kenapa baru sekarang awak nak cakap pasal hal ni? Kalau awak nak cakap yang awak mahu jadi ayah Laura, maaf tapi saya langsung takkan bagi peluang untuk awak"

Aku segera keluar dari wad meninggalkan Daniel berseorangan diri. Aku sekarang rasa betul-betul nak marah sekarang ni tapi aku tahan je

'Sabarlah wahai hati'

♥♥♥♥♥♥

Aku memandang Laura yang tengah seronok bermain bersama Farah dan Ryan. Aku hanya tersenyum sahaja melihat mereka tengah berseronok macam keluarga

"Termenung apa tu?" tanya Datin Liya apbila melihat anaknya seperti termenung jauh

"Tak ada apa-apa pun mummy. Bella tengok Farah dan Ryan bermain dengan Laura. Macam satu keluarga je Bella tengok" kataku dan masih lagi melihat mereka

Datin Liya hanya tersenyum sahaja. Datin Liya terus sahaja duduk di kerusi kosong bersebelahan Bella

"Bella, mummy tahu yang Bella baru je keluar dari hospital dan mummy nak juga bincang pasal hal ni"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now