βαβ 41

8.3K 205 64
                                    

Daniel terkedu

"Boleh tak abang? Buang nama Bella dalam hati abang dan letak nama saya" kata Hannah sambil tersenyum

Daniel benar-benar terkejut dengan permintaan Hannah. Ingat senang ke nak buang nama yang paling kita cintai dalam hati kita? Semestinya susah

"Abang tak boleh janjilah untuk buat begitu" kata Daniel sambil memeluk tubuhnya

Baru sahaja Daniel ingin pergi ke biliknya, dia dapat dengar seseorang menangis. Daniel segera menoleh dan kelihatan Hannah sedang menangis sambil menundukkan kepalanya

"Kenapa menangis?" tanya Daniel

"Mesti saya tak penting dalam hidup abang kan? Untunglah Bella sebab dapat suami begini. Saya rasa tak gunalah kita bersama kalau awak langsung tak sayangkan saya" kata Hanah tersedu-sedan

Daniel segera membawa Hannah ke dalah dakapannya. Rambutnya diusap lembut untuk menenangkan isterinya ni. Tangisan Hanna semakin reda

"Abang akan cu-cuba untuk letak nama Hannah dalam hati abang"

"Betul ni? Kalau abang buat sebab terpaksa, tak perlulah" kata Hannah sambil bermain jari

"Mana ada! Abang akan cuba untuk letak Hannah dalam hati abang. Abang janji" kata Daniel sambil tersenyum

Hannah memeluk Daniel dengan erat dan Daniel membalas pelukannya. Hannah tersenyum sinis

'Pandai juga aku berlakon ni. Boleh dah aku jadi pelakon'

♥♥♥♥♥♥

"Bella okay tak? Sejak balik dari hospital, Bella senyap je. Ada masalah ke?" kata Ryan lalu memandang adiknya di sebelah yang hanya senyap sahaja

"Boleh tak kalau Bella pergi luar negara?" tanyaku

Ryan segera brek secara mengejut membuatkan aku terdorong ke depan. Aku segera mecubit lengannya dengan kuat membuatkan dia menjerit kesakitan

"Abang dah gila ke?! Kenapa tiba-tiba berhent ni? Nasib tak banyak kereta lalu kalau tak memang matilah" kataku dengan geram

"Kenapa Bella nak pergi luar negara?"

"Bella nak tenangkan diri dari semua orang terutama Daniel. Bella boleh jaga diri sendiri" kata Bella dengan yakin

"Nanti Bella bersalin macam mana? Siapa nak jaga Bella masa berpantang?" tanya Ryan sambil memandangku

"Abang tak ingat ke? Bella ada keluarga angkat dekat situ lagipun mereka Islam juga. Jadi, abang tak perlulah risau" pujukku lagi

"Abang okay je cuma Bella tanyalah sama mummy dan daddy. Abang sokong je semua keputusan Bella buat" kata Ryan sambil mengusap kepalaku yang berlapiskan tudung

Aku segera memeluk Ryan

"Inilah sebabnya Bella sayang abang sangat. Abang sangat memahami keadaan Bella dan selalu dengar masalah Bella"

Ryan ketawa kecil mendengar kata-kata Bella. Masih manja walaupun dah nak jadi ibu

"Okay nanti di rumah Bella peluk abang puas-puas. Abang nak memandu ni. Nanti sampai esoklah kita di sini" usik Ryan

Aku sekadar tersengih lalu segera melepaskan Ryan. Ryan segera membetulkan kedudukannya lalu sambung memandu

Aku hanya tersenyum sahaja

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now