βαβ 43

8K 200 49
                                    

4 Tahun Kemudian...

Aku tersenyum melihat seorang kanak-kanak sedang makan ais krim. Sudahlah muka comot membuatkan aku ketawa. Aku segera lap mukanya menggunakan tisu

"Laura, makanlah betul-betul. Habis comot muka anak kesayangan mummy ni. Nanti tak cantiklah muka Laura nanti" kataku sambil mengusap rambutnya

"Laura minta maaf. Laura janji takkan makan comot-comot lagi" katanya sambil mengangkat tangan ala-ala prang berikrar

Aku ketawa kecil melihatnya. Comel je bila dia buat begitu. Rasa nak peluk je anak perempuannya sepuas hati

Laura Adeline satu-satunya kekuatan aku untuk meneruskan hidup. Dialah selalu buat aku ketawa dengan perangai manjannya. Biasalah ikut perangai ibunya yang manja ni

"Mummy, bila kita nak balik Malaysia?"

"Minggu depan kita balik Malaysia" kataku

"Alaaa! Lamanya lagi. Laura rindulah dengan nenek, atok dan Pak cik Ryan. Rindu nak main dengan Pak cik Ryan, nak makan kek dengan nenek dan bercerita dengan atok" rengek Laura lalu memeluk lenganku

"Bukannya lama pun nak tunggu minggu depan. Lagipun, Laura tak seronok ke duduk di Paris ni sama mummy? Bukan selalu kita dapat pergi luar negara"

"Mestilah Laura seronak cuma mungkin lagi seronok kalau daddy pun ada. Mesti lagi seronok sebab keluarga kita lengkap!" kata Laura dengan ceria

Aku terdiam mendengar apabila Laura berkata sebegitu

Aku dan Daniel belum lagi bercerai. Selepas sahaja aku hantar borang peceraian, Daniel terus menghilangkan diri. Aku pun tak tahu dia pergi mana dan sampai sekarang aku masih lagi menunggu Daniel untuk memberi borang tersebut

Tetapi ada jugalah aku terfikir untuk memaafkan Daniel dan meneruskan hidup dengan Laura

'Lagipun Laura perlukan ayah'

Runsing betul aku memikirkan hal tersebut

"Laura jomlah kita bali-" kata-kataku terhenti apabila melihat Laura tiada di sebelahku

Aku segera mencari Laura. Nak menangis je aku bila tahu Laura tiada di sebelah aku. Aku menjerit namanya berkali-kali sambil mencari Laura di sekeliling taman

Aku terduduk di sebuah kerusi sambil menangis. Pandangan orang lain aku endahkan sahaja. Suka hati merekalah kalau nak aku gelar gila sekalipun

"Mummy..."

Terus aku mengangkat mukaku. Kelihatan Laura memandang aku sambil tersenyum manis. Aku segera membawanya ke pelukan aku lalu mencium pipinya berkali-kali

"Laura pergi mana? Mummy macam orang gila tahu tak cari Laura bila Laura hilang. Lain kali jangan lagi buat begitu" kataku sambil memeluknya

"Laura janji takkan buat lagi" katanya sambil tersenyum

"Laura tadi pergi mana?" tanyaku lalu meletakkan Laura di ribaku

"Laura jumpa daddy"

Aku menjongketkan keningku. Daddy? Jangan cakap yang Laura jumpa Daniel

"Mummy! Itu daddy. Dia lambai dekat kitalah!" kata Laura dengan riang lalu melambaikan tangannya ke arah seorang lelaki

Aku segera melihat ke arah tersebut. Kelihatan seorang lelaki melambai ke arag Laura lalu dia mendekati kami. Aku segera menundukkan kepala

'Damn! It's him'

"Hai, Laura!" kata lelaki tersebut lalu mencium dahi Laura

Aku segera menarik Laura daripada lelaki tersebut. Aku sedaya-upaya menahan gelodok hati supaya tidak cepat melenting

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now