BaB 80

7.3K 156 8
                                    

3 Hari sebelum majlis perkahwinan💎

Farah menghempas pintu bilik aku dengan kuat membuatkan aku terkejut. Nasiblah Laura tak terkejut daripada tidurnya

"Kenapa you hempas pintu bilik I? Kalau pintu tu roboh, you nak ganti?"

"Nanti I suruhlah suami I yang ganti. Diakan CEO syarikat ayah you. Mesti duit di dalam dompetnya tebal nak mampus" selamba Farah membalas seraya duduk di sebelah Bella

Terbeliak mataku mendengar balasan selamba daripada Farah. Kalau Ryan dengar ni, memang dapat bebelan percuma selama 2 jam

"Kejam juga you ni. Tahulah suami you yang juga merangkap abang I adalah CEO syarikat ayah I. Kalau dia dengar ni, memang telinga you kena tahanlah dengar bebelan dia"

Farah mencebikkan bibirnya. Dia memang sudah biasa dengar bebelan daripada suaminya pun. Lagi-lagi sekarang ini dia tengah mengandung

Memang kena bebellah kalau buat kerja berat

"Okay, stop about that. Kenapa you datang bilik I? Sudahlah hempas pintu bilik I dengan kuat. Nasiblah Laura ni jenis tidur mati dan I dengar bunyi kecoh di bawah. Ada sesiapa ke datang dekat sini?"

Wajah Farah terus berubah. Dia mengemam bibirnya dan otaknya ligat berfikit sama ada dia nak beritahu atau tidak

"Beritahulah I cepat" aku desak Farah yang hanya mendiamkan diri sahaja

Farah tersenyum kelat

"Sebenarnya, abang I datang ke sini dengan isterinya. Dia nak jumpa you"

"Farhan?"

Farah mengangguk membuatkan aku tersenyum nipis

Lamanya tak jumpa Farhan sejak setahun yang lalu kalau aku tak silap. Banyak benda yang berlaku antara aku dan Farhan

"I nak jumpa Farhan sekejap" terus kepala Laura yang berada di ribanya dipindahkan ke bantal

Aku terus mencapai tudung bawal lalu dipakai sebelum berjumpa dengan Farhan dan isterinya

"Betul ke you nak jumpa abang I?"

Aku mengangguk

"You takkan sakit hati ke kalau face to face dengan dia? Dia pernah sakitkan hati you"

"Memang dia pernah sakitkan hati I tapi dia sepupu I dan dia adalah abang you. I dah lama maafkan dia. Lagipun, dia satu-satunya saudara I yang ada di Malaysia sebab yang lain ada di luar negara"

××××××

Aku bergegas turun ke bawah. Laju sahaja langkah aku menuju ke arah ruang tamu. Kelihatan kelibat Ryan dan Kevin turut ada di ruang tamu

Ryan menjeling tajam ke arah Farhan yang hanya menundukkan pandangannya. Kevin pula hanya beriak selamba

"Hai?"

Semua mata terus tertumpu ke arahku membuatkan aku rasa agak kekok

"Bella" pantas sahaja Farhan berdiri bersama isterinya

"Kau duduk dan jangan dekat dengan adik aku" lantas Ryan memberi amaran keras kepada Farhan

Farhan mengeluh perlahan. Dia kembali duduk di sofa apabila dia dapat amaran keras daripada Ryan. Dia tahu Ryan masih lagi marah akan dirinya

Aku terus sahaja duduk di sebelah Ryan. Ryan menoleh sekilas ke arahku dan hanya tersenyum nipis sahaja

"Kenapa awak nak jumpa saya?"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now