βαβ 57

6.5K 171 16
                                    

Update for today!!

Ryan sedang menjinjit plastik yang berisi buah epal dan buah pear iaitu buah kegemaran Bella. Ryan segera menuju ke arah wad Bella dengan segera

Baru sahaja dia ingin masuk je dalam, pintu wad tersebut terbuka lalu keluarlah seorang doktor bersama jururawat. Jururawat tersebut segera meminta diri. Doktor yang bernama Airis segera memandang Ryan

"Kenapa ni Airis? Adik aku okay kan?" tanya Ryan

Airis hanya mampu mengeluh. Dia tidak tahulah macam mana nak cakap dekat kawan baiknya ni

"Jawablah Airis! Adik aku kenapa?" tanya Ryan dan suaranya mulai tinggi

"Aku harap sangat kau tak terkejut dengan apa yang aku akan cakap ni"

"Cakaplah terus dan jangan buat aku rasa curiga" Ryan semakin mendesak Airis untuk memberitahunya

"Okay aku beritahu. Sebenarnya adik kau hadapi tumor otak tahap 3. Itulah sebabnya dia selalu pening, cepat penat dan dadanya sakit. Hidungnya berdarah sebab dia kekurangan air dalam badan dan terlalu terdedah kepada keadaan panas" jelas Airis

Ryan tergamam mendengar kata-kata Airis

"Ka-kau tipu kan? Kenapa semalam doktor cakap dia stress tapi kau cakap dia hidap kanser tumor? Tak mungkinlah adik aku hidap penyakut berbahaya macam tu" Ryan menafikan semua kata-kata Airis

Airis hanya tersenyum kelat

"Aku sudah lakukan scan dekat otaknya dan memang betul Bella ada tumor otak dan tumor tersebut semakin merebak. Aku rasa mungkin Bella sudah lama tahu pasal penyakitnya sebab masa aku beritahu pasal ni, dia hanya tunjukkan riak selamba" kata Airis lagi

Ryan segera masuk ke dalam wad adiknya. Kelihatan Bella baru sahaja ingin melelapkan mata, dia segera memandang ke arah Ryan

Aku terkejut melihat Ryan dan muka Ryan seperti ingin menangis. Ryan segera memeluk aku dengan erat sekali. Aku pula terpinga-pinga apabila Ryan tiba-tiba sahaja memeluk aku

"Abang dah kenapa? Masuk tanpa beri salam lepastu peluk Bella dengan erat. Abang okay tak ni?" tanyaku

Aku mendengar tangisan dan tentunya tangisan tersebut daripada Ryan. Aku semakin pelik apabila Ryan tiba-tiba sahaja menangis. Aku menepuk perlahan belakang badannya

"Kenapa abang menangis? Kena reject oleh Farah ke?"

Ryan menggeleng membuatkan aku mengeluh

"Jadi kenapa abang menangis ni? Takkan abang menangis tanpa sebab. Cuba beritahu sebabnya"

"Kenapa Bella tak beritahu abang pasal penyakit Bella? Abang ni tak penting ke dalam hidup Bella sampai rahsiakan benda penting ni" kata Ryan dan memandang aku dengan tajam

Aku terdiam apabila Ryan tahu tetang penyakit aku. Aku bukan tak mahu beritahu mereka pasal ni cuma aku tak mahu Ryan, mummy, daddy dan Laura risau pasal aku

Aku hanya menundukkan kepala. Tak sanggup nak pandang Ryan sekarang

"Kenapa Bella diamkan diri dan tanggung kesakitan Bella sendiri? Bella boleh sembuh kalau Bella jalankan pembedahan dan buang semua tumor dalam otak Bella" kata Ryan dengan sayu

"Tapi abang tahukan yang peluang untuk Bella survive dalam pembedahan tersebut adalah nipis" kataku mendatar

Ryan kembali mendiamkan diri. Rtan memandang Bella dengan sayu. Tak sangka adiknya akan menghidap penyakit tu

"Sudah berapa lama Bella ada penyakit ni? Kenapa abang tak pernah tahu yang sebenarnya Bella sakit? tanya Ryan lagi

"S-sudah 5 bulan, abang. Bella nampak je macam ceria dan tiada masalah tetapi dalam diam, Bella tahan sakit. Bella tak mahu mummy dan daddy risau dengan Bella. Bella tak sanggup lagi, abang" kataku dengan sayu

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now