βαβ 9

12.4K 327 1
                                    

Sorry unpublished tadi🌝 Ada kesilapan dalam bab ni🌝 Baru perasan😂

Farah masuk ke dalam rumah dan dia menghela nafas lega apabila kelibat suaminya tidak kelihatan

Baru sahaja dia ingin naik, keadaan ruang tamu terang. Farah terkejut melihat suaminya memandamg tajam ke arahnya

"Kau pergi mana sampai balik lewat? Dah nak pukul 2 pagi baru kau balik. Kau buat zina ke apa?" sindir Danie

Terasa cuak memenuhi dirinya. Farah segera berlari naik ke atas tetapi tidak sempat apabila Daniel memegang tangannya dengan kuat

"Kau jawab soalan aku. Sudah 2 minggu kau balik lewat sampai jiran pun cakap dekat aku yang kau pernah bawa lelaki masuk rumah ni" tengking Daniel

"Saya tak pernah bawa lelaki masuk ke dalam rumah ni dan saya balik lewat sebab lepak sama kawan saya" bohong Farah

Daniel ketawa sinis mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Farah

"Lepak dengan kawan atau lepak dengan teman lelaki kau?!" bentak Daniel

Muka Farah berubah cuak tapi dia segera kawal. Farah segera menggeleng

Daniel tersenyum sinis. Dia segera mengambil telefonnya lalu menunjukkan gambar Farah bersama seorang lelaki yang sedang berpelukan

"Kau nak tipu lagi? aku tak sangka ada juga perempuan bertopengkan syaitan di rumah aku ni" kata Daniel seraya memandang tajam ke arah Farah

"Saya minta maaf! saya janji takkan jumpa dengan dia lagi dan bagi lagi satu peluang lagi" rayu Farah sambil mengalirkan air mata

"Aku takkan bagi peluang dekat perempuan macam kau. Kau dengar sini baik-baik, aku ceraikan kau dengan talak satu" kata Daniel lalu naik ke biliknya

Farah pula meraung bagaikan orang hilang anak. Kata orang, ada sampan hendak berenang

♥♥♥♥

"Bella! tunang kau datang ni" jerit Ryan

Aku segera turun bawah dan aku tersenyum melihat Adrian yang segak berpakaian kemeja

"Assalamualaikum Bella" kata Adrian

Berbunga hati ini apabila dia menyebut namaku. Aku tersenyum malu kepadanya

"Waalaikumsalam. Kenapa awak datang ke sini?" tanyaku

"Sebenarnya saya datang sini bersama keluarga saya untuk bincang pasal perkahwinan kita" kata Adrian sambil menampakkan senyuman yang mampu membuat hati wanita terpikat

Aku segera menepuk dahiku. Ya Allah macam mana aku boleh lupa tentang hal ini?

"Lupalah tu" sindir Adrian

Aku sekadar tersengih

"Masuklah. Ayah dan ibu saya ada di ruang tamu" kataku lalu segera naik ke atas

Adriam sekadar ketawa melihat Bella yang mudah gelabah

Comel.

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now