βαβ 60

8.5K 175 12
                                    

Update after a few days🌚

"Kau makan sekarang benda ni sebelum aku simbah air panas dekat kaki kau!" jerit Dalisha lalu memberikan aku pinggan yang berisi ikan mentah

Aku pula sudah menayangkan muka jijik. Gila ke nak bagi aku makan ikan mentah? Aku bukan kucing tapi manusialah!

"T-tak mahulah, Dalisha. Aku bukan binatanglah! A-aku takkan makan ikan mentah ni" kataku dengan perlahan

"Kau tak mahu makan? Kalau begitu, kau memang nak kena dengan aku Bella Ayana!" kata Dalisha dengan geram

Dalisha segera mengambil gelas yang berisi air panas lalu dituangkan pada kakiku. Aku dengan drastiknya menarik kakiku daripada terkena air panas tetapi Dalisha segera memegang kakiku

Dia mengambil lagi air panas lalu dituangkan lagi sekali tetapi kali ini dia menuang pada tanganku membuat aku terjerit. Dalisha semakin galak menuang air panas pada tanganku

"S-stop it, Dalisha! P-panaslah!" kataku dengan gagap

"Kalau kau tak mahu kena lagi, makanlah ikan ni! Selagi kau tak makan ikan ni, makin beratlah denda kau" kata Dalisha dengan sinis

"B-baiklah aku makan" kataku lalu segera mengambil pinggan tersebut

Dalisha sudah tersenyum puas

"Cubalah kau buat dari awal, aku takkan cederakan kau tetapi aku tetap akan dera kau. Sekarang, aku nak kau makan di depan mata aku" kata Dalisha sambil memandang aku

Aku melihat ikan tersebut dan dengan perlahan aku mengambil isi ikan tersebut. Nak termuntah aku menghidu bau ikan tu. Perlahan-lahan aku masukkan isi ikan tersebut
pada mulutku

Aku menutup mataku dan cuba menahan loya di tekakku. Dalisha pula sudah bertepuk tangan dan tersenyum sinis

"Aku nak kau habiskan ikan ni. Kalau tak habis sebelum aku datang balik, kau mati" kata Dalisha lalu keluar dari bilik tersebut

Aku segera memuntahkan balik ikan yang aku makan tadi. Aku segera mengambil air di sebelahku lalu aku teguk dengan rakusnya. Terasa ikan masih lagi ada pada mulutku

Perlahan-lahan aku cuba berdiri tetapi aku tak berdaya sebab sudah 3 hari aku tak makan. Aku hanya mengisi perutku dengan minum air kosong sahaja

Aku segera mendongakkan kepala apabila kedengaran pintu dibuka lalu ditutup. Jelas kelihatan Hazim masuk dan dia meletakkan jarinya pada bibirnya menyuruh aku senyap. Aku hanya mengangguk sahaja

Dia segera menuju ke arahku lalu memberikan aku plastik yang berisi kuih-muih berserta air mineral

"Ambillah. Aku tahu Dalisha tak bagi kau makan jadi aku belikan untuk kau. Aku masuk senyap-senyap tanpa pengetahuan Dalisha" kata Hazim

Aku rasa terharu pula dengan Hazim. Dialah paling banyak menolong aku walaupun dia menculik aku. Aku amat hargai kebaikannya

Aku mengambil plastik tersebut dari tangan Hazim

"Kau makan, okay? Aku sudah minta bantuan dari kawan aku supaya tolong kau keluarkan dari rumah ni. Aku harap kau boleh bertahan lagi" lata Hazim sambil tersenyum

"B-baiklah"

Hazim hanya tersenyum sahaja. Dia mengambil pinggan yang berisi ikan lalu dibawa keluar

Aku mengambil kuih lalu disuakan pada mulutku lalu air mataku mengalir. Sudah lama aku mengikat perut dengan air kosong dan akhirnya dapat juga aku makan walaupun kuih sahaja

Kemudian, aku teringatkan keluargaku terutamanya Laura. Makin galaklah air mata ini keluar

'Rindunya aku pada keluargaku'

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now