βαβ 55

6.7K 176 7
                                    

"Keadaan adik awak okay je cuma mungkin dia terlampau banyak berfikir sehingga dia stress sedikit. Cik Bella perlu banyakkan berehat dan perlu makan ubat ikut masa" kata doktor tersebut

Ryan hanya mengangguk dan dia bersyukur sebab tiada penyakit yang berbahaya dihidapi oleh Bella

"Terima kasih, doktor. Saya boleh masuk kan?"

"Silakan" kata doktor lalu memberikan laluan kepada Ryan

Ryan segera masuk ke dalam wad adiknya. Kelihatan Bella sedang mengelamun dan Ryan perasan muka Bella seperti baru menangis. Ryan segera duduk di sebela katil milik Bella

"Bella okay tak?" tanya Ryan

Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Ryan sudah tersenyum penuh makna. Ryan segera memukul bahuku membuatkan aku terkejut. Aku memandang Ryan dengan tajam

"Kenapa pukul bahu Bella? Sakit tahu tak?!" kataku sambil menggosok perlahan bahuku yang dipukul oleh Ryan

"Kalau sakit, abang minta maaf sangat-sangat. Abang buat begitu sebab Bella dari tadi mengelamun sampai abang tanya pun, Bella tak jawab" kata Ryan sambil tersengih

Aku hanya mengangguk sahaja. Kemudian, aku baru teringat pasal Farhan dan aku segera mencuit bahu Ryan. Ryan memandang aku sambil mengangkat kening

"Abang, Bella ada satu permintaan. Bella harap sangat abang boleh pujuk mummy dan daddy pasal hal ni" kataku sambil tersenyum kelat

"Permintaan apa?"

"Bella nak batalkan perkahwinan Bella dengan Farhan"

Ryan terus sahaja menghempas tanganya pada meja di sebelah katilku. Terhinjut bahuku dan aku melihat Ryan memandang taham ke arahku. Rasa gerun pula tengok mukanya

"Kenapa Bella nak batalkan? Bella sedar tak lagi 1 minggu sebelum perkahwinan Bella dan Bella nak batalkan?! Bella gila ke atau Bella ada buat sesuatu"

Aku segera menggelengkan kepalaku. Rasa nak menangis je tengok muka Ryan yang bengis tu

"Beritahu abang cepat! Kenapa Bella nak batalkan perkahwinan ni last-last minute?" tanya Ryan

"Farhan curang"

"What?!"

Ryan teramatlah terkejut apabila mendengar adiknya cakap begitu. Tak mungkinlah Farhan akan curang dengan adiknya

"Abang tak percaya! Kalau betullah Farhan curang, tunjukkan bukti dulu dan abang akan percaya"

Aku segera mengambil telefonku lalu buka galeri. Aku menyerahkan telefonku kepada Ryan dan wajahnya semakin bengis

"Damn it! Farhan memang nak makan penumbuk aku. Dulu Daniel dan sekarang Farhan pula. Dua-dua jantan tu sama je perangai. Curang di belakang adik aku. Tak guna betullah!" gumam Ryan tetapi aku dapat mendengarnya

Aku hanya tersenyum kelat. Hati aku banyak kali dah terluka sebab cinta. Memang sudah takdir aku begini jadi aku tak boleh ubahnya. Aku hanya mampu tawakal sahaja

Ryan segera memeluk aku dengan erat. Aku menyembamkan mukan ke dada

"Menangislah Bella kalau itu dapat buat hati Bella tenang. Abang sentiasa ada di sisi Bella" bisik Ryan

Aku makin mengeratkan pelukan tersebut. Perlahan-lahan air mataku mengalir. Tangisanku semakin kuat

Ryan hanya mengusap perlahan belakangku. Ryan tahu bahawa adiknya menghadapi banya cabaran dari dulu lagi

"Bersabarlah, Bella. Setiap yang berlaku, past ada hikmahnya"

♥♥♥♥♥♥

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now