BaB 67

6.5K 170 12
                                    

Aku menjejakkan kaki ke dalam rumah dengan lemah. Aku betul-betul penat lepas menangis dan melepaskan geram

Beg tangan aku campak pada meja lalu aku segera merebahkan diriku pada sofa

Apabila aku ingat kejadian tadi, memang aku rasa sangat tak puas hati. Kenapa setiap kali aku nak tegakkan kebenaran, mesti ada je halangan?

Kedengaran telefon bimbit kepunyaan aku berbunyi. Aku melihat nama pemanggil tersebut dan aku terus sahaja membuat muka menyampah

Aku hanya membiarkan sahaja panggilan tersebut tak diangkat. Malas nak layan si pemanggil tu

Boleh gila aku kalau jawab panggilan tu

Keadaan di ruang tamu kembali senyap dan aku memutuskan untuk melelapkan mata sebentar untuk merehatkan diri

Baru beberapa saat aku melelapkan mata, telefonku kembali berbunyi membuatkan aku mendengus

Aku terus sahaja mengangkat panghilan tersebut

"Kau nak apa lagi? Tak puas lagi nak menipu orang?" kataku dengan sinis

"Aku nak minta maaf. Aku tahu salah tapi aku buat ni sebab aku cintakan kau"

Aku tergelak mendengarnya. Dia cintakan aku? Kalau dia cintakan aku, dia takkan buat perkara ni!

"Aku sudah cakap dengan kau. Kalau kau buat perkara bodoh, aku takkan maafkan. Aku sudah muaklah dengan maaf kau ni" kataku dengan kasar

"Bella, takkan kau tak boleh bagi aku peluang untuk bahagiakan kau dengan Laura? Aku nak sangat kita kembali sebagai satu keluarg-"

Belum sempat Daniel menghabiskan kata-katanya, aku terus sahaja menamatkan panggilannya. Memang taklah aku nak dengar sambungan ayatnya tu

"Bella..."

Aku segera menoleh dan kelihatan Farah sedang menuju ke arahku lalu duduk bersebelahan dengan aku

"You bersabar ye? I tahu yang you takkan buat perkara begitu dan I yakin memang Daniel yang buat semua ni" kata Farah untuk menenangkan hati Bella

Aku sekadar tersenyum kelat sahaja mendengarnya. Memang Daniel yang buat semua ni dan perangkap aku dan itu membuatkan aku semakin benci dengannya

"Mana Laura? Biasanya kalau I balik, Laura sudah sedia berdiri tegak lagi depan pintu" kataku sambil melilau mencari Laura

Farah menundukkan kepala dan mengiggit bibirnya. Aku memandang Farah dan aku yakin mesti ada sesuatu berlaku tadi

"I tanya you ni, Farah. Mana Laura?" tanyaku lagi dan kali ini suaraku bertukar tegas

"Kalau I beritahu ni, jangan marah"

"Beritahulah terus! Jangan nak buat suspen bagailah!" aku mulai meninggikan suara

"Sebenarnya, Laura ada dengan Daniel. Tadi ada driver mereka suruh jemput Laura jadi I benarkan je memandangkan Laura nak sangat jumpa Daniel"

"What?!" terkejut aku apabila mendengar kata-kata Farah

Aku mengetap bibirku tanda aku benar-benar geram dengan perlakuan Daniel. Dia memang buat aku hilang sabar dengan dia sekarang ni

Suka hati je ambil anak aku!

"I minta maaf, Bella"

"Tak apalah, Farah. Benda sudah berlaku, apa boleh buat? Sekarang ni I nak tahu, drive tu ada cakap di mana Laura akan berada?"

"Ada! Dia cakap dia disuruh bawa Laura ke rumah parents Daniel" kata Farah

"Ikut I, Farah"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now