BaB 64

6.8K 182 8
                                    

Miss this story?🙁

Tok tok tok!!

"Bella, boleh abang masuk tak? Abang nak cakap sesuatu dekat Bella" kata Ryan dengan serius

Aku terus sahaja membuka pintu apabila mendengar suara Ryan yang kedengaran agak serius. Aku memang rasa gerun sedikit bila Ryan mulai serius

"Abang nak bincang pasal apa? Kalau nak bincang perkara yang mummy cakap, tak perlulah sebab jawapan Bella tetap sama" kataku kepada Ryan

Ryan yang mendengar terus sahaja mengeluh. Dia tahu sangat bahawa Bella memang keras hati untuk menerima Daniel. Ryan buat semua ni demi Laura

"Abang tak nak cakap apa-apa lagikan? Bella masuk bilik du-" belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Ryan terus sahaja merempuh masuk ke dalam bilik

"Bella mesti juga terima cadangan mummy untuk kembali kepada Daniel. Jangan nak jadi anak derhaka sangat" kata Ryan dengan tegas kepada Bella

Kata-kata Ryan membuatkan aku ketawa kecil. Terasa lucu pula apabila Ryan bercakap sebegitu

Ryan hanya memandang Bella dengan serius apabila melihat Bella ketawa

Ryan tahu sangat yang Bella seperti ingin mengejek dirinya sebab ingin memujuk Bella rujuk kembali kepada Daniel

"Apa masalah abang ni? Dulu, bukan main abang benci sangat dengan Daniel tapi sekarang boleh pula suruh Bella rujuk dekat mamat tu. You are totally insane!"

"Memang abang benci dulu dekat Daniel tapi sekarang abang dah maafkan dia. Tiada guna juga abang bencikan dia sebab kisah silam tu" kata Ryan

Kata-kata Ryan membuatkan aku terdiam. Memang apa yang Ryan cakap betul tapi aku langsung tak boleh lupakan apa yang Daniel buat pada aku

"Jadi, abang nak adik pertimbangkan pasal hal ini dan abang berharap sangat Bella terima" suara Ryan terua sahaja bertukar lembut

"Dan kalau Bella tak terima Daniel sebab Bella tak cintakan dia, Bella terimalah dia demi Laura"

Aku terus mengerutkan kening apabila Ryan menyebut nama Laura.

Apa kaitan Laura dengan masalah aku ni?

"Demi Laura? Apa maksud abang ni?" kataku dan makin bertambah kerutan di dahiku

Ryan menghela nafas. Tak sangka betul adiknya ni lembab!

"Takkan Bella tak faham lagi? Laura perlukan ayah! Bella nak tahu tak sebenarnya kawan Laura selalu ejek Laura sebab dia tiada ayah"

Aku tergamam apabila Ryan bercakap sebegitu. Tak sangka selama ini Laura selalu kena ejek sebab tiada ayah

"T-tapi dia tak cakap langsung pun pasal ni pada Bella"

"Laura tak beritahu pasal ni dekat Bella sebab dia takut Bella marah dekat dia. Jadi, dia mengadulah dekat mummy"

Aku terus sahaja meraup kasar muka aku. Ingatkan bila sudah bebas dari Dalisha, bolehlah hidup dengan aman rupanya tidak

Lepas satu masalah sudah selesai, muncullah lagi satu masalah yang tak diduga

"Hmmm.."

"Hmmm je? Bella setuju jelah dengan cadangan mummy dan abang yakin yang Daniel boleh jaga Bella. Give him a chance" desak Ryan

"Abang tahu tak yang sekarang ni abang tengah desak Bella? Bella tetap dengan keputusan dan Bella takkan kahwin dengan Daniel. Bella boleh jadi ibu dan ayah kepada Laura"

Ryan mengeluh lagi

Susah betullah dapat adik yang keras hati. Nampak sangat hati milik Bella sudah mati untuk jejaka bernama Daniel

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now