βαβ 56

6.8K 177 9
                                    

Double Update♡

Ryan sedang membawa makanan yang disediakan oleh Datin Liya untuk Bella. Ryan hanya tersenyum sahaja

Baru sahaja Ryan ingin menuju kle wad Bella, kedengaran namanya dipanggil. Ryan segera menoleh dan kelihatan wajah Tuan Hazam sedang memandangnya

"Kenapa uncle?" tanya Ryan pada Tuan Hazam

Tuan Hazam terus sahaja tubuh badan Ryan membuatkan Ryan terkejut. Ryan hanya membiarkan sahaja Tuan Hazam memeluknya

"Uncle nak minta maaf sangat-sangat"

"Kenapa pula uncle nak minta maaf?"

"Uncle nak minta maaf bagi pihak Farhan sebab lukakan hati Bella. Uncle baru tahu hari ini dan disebabkan hal itu juga aunty masuk hospital. Dia terlampau terkejut sangat" kata Tuan Hazam dengan sayu

Ryan segera meleraikan pelukan mereka. Ryan hanya mengeluh sahaja dan memandang kembali Tuan Hazam. Jelas riaknya seperti serba salah

"Ayah..." panggil Farhan

Ryan melihat Farhan dengan penuh benci. Ryan meluru ke arah Farhan lalu menumbuk Farhan dengan kuat membuatkan Farhan terjatuh

Tuan Hazam hanya memandang sahaja pergaduhan mereka. Dia tahu yang dia patut leraikan pergaduhan tersebut tetapi dia hanya membiarkan sahaja anaknya mengurus hal tersebut

Farhan hanya memandang Tuan Hazam berlalu dari sini. Farhan hanya mampu menundukkan kepala dan ayahnya nampak seperti tidak layan dengan kehadirannya

Ryan menarik kolar baju Farhan dengan kasar. Farhan hanya membiarkan sahaja Ryan buat begitu

"Kau memang jantan tak guna! Disebabkan kau, dia kecewa lagi! Aku ingat kaulah lelaki terbaik untuk Bella tapi nampaknya aku silap. Kau dan Daniel sama sahaja! Dua-dua kaki curang!" tengking Ryan

Ryan segera melepaskan kolar baju milik Farhan. Dia hanya memandang tajam lelaki di hadapnnya. Rasa nak tumbuk je sampai lunyai tapi dia tahan je. Tak mahulah dia kena tangkap polis. Buat malu je!

"A-aku minta maaf"

Ryan tersenyum sinis

"Kenapa kau minta maaf dekat aku? Sepatutnya kau minta maaf dekat adik aku! Disebabkan kau, hatinga kembali berdarah lagi. Aku pantang betul kalau ada orang buat adik aku begini. Nasiblah sekarang kita di hodpital kalau tak, sudah lama tangan aku tumbuk lagi dekat muka kau"

Ryan terus sahaja pergi dari situ. Malas dia nak berhadapan dengan lelaki tu. Lantak dialah nak buat apa pun

Farhan duduk di salah sebuah kerusi. Dia memicit kepalanya dan dia semakin runsing kerana masalahnya semakin rumit

'Padan muka kau Farhan. Kau yang buat semua ni, pandailah kau tanggung akibatnya sendiri'

♥♥♥♥♥♥

Aku hanya memandang sepi bubur yang berada di hadapanku. Aku sekarang betul-betul rasa tak selera sejak kebelakangan ni

"Makanlah, Bella. Bella perlu sihat demi Laura. Laura mesti sedih kalau tahu mummy kesayangannya sakit" kata Ryan lalu mencuit hidungku

Aku hanya tersenyum kelat sahaja

"Abang, boleh tak kalau abang nanti bawa Laura, mummy dan daddy datang sini. Bella rindulah dekat dorang" kataku sambil menbuat muka comel

"Abang akan bawa tapi sebelum tu Bella mesti makan bubur ni. Penat mummy bertungkus lumus di dapur untuk buat bubur ni. Makan satu sudu pun cukuplah" pujuk Ryan

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now