βαβ 29

7.5K 193 4
                                    

Memandangkan dah cuti sekolah, bolehlah update berhabis hehehe😜

BTW enjoy this chapter ;)

5 Bulan Kemudian...

Allhamdullilah, perkahwinan kami sudah mencecah 5 bulan. Sepanjang bulan tersebut, ada kenangan manis dan pahit tetapi itu membuatkan cinta kami semakin kuat. Aku pun boleh menerima Daniel dan lupakan masa silam

Kata orang, tutup buku lama, buka buku baharu. Yeke?

"Sayang" meleret sahaja panggilan Daniel kepadaku. Aku yakin mesti ada sesuatu ni

"Kenapa? Nak pakaikan tali leher?"

Daniel tersengih lalu memberikan tali leher berwarna hitam kepadaku. Aku sekadar menggelengkan kepala. Dah tua pun tak pandai pakai tali leher

"Dah tua pun, masih tak pandai pakai tali leher" sindirku lalu memakaikan tali leher

"Amboi! Abang belum tua, okay?! Umur abang 30 tahun"

Aku mencebikkan bibir. Malas nak berdebat dengan suami. Nanti ada yang merajuk sebulan dan aku malas nak pujuk. Hebatkan perangai aku?

Daniel memeluk pinggang aku sambil memandang aku. Aku buat tidak endah dan teruskan memakaikan tali leher. Aku menjengketkan kaki sedikit. Susah betul dapat suami yang tinggi!

"Okay siap! Abang boleh lepaskan tangan tu dari pinggang sayang"

"Before that give me a kiss first at here" kata Daniel lalu menunjukkan pipinya

"Jangan nak menggatal, Encik Daniel. Awak dah lambat nak pergi kerja"

"No kiss then I will never let you get out from my embrace, sweety. If you want more, I can give you" kata Daniel sambil tersenyum nakal

"Fine tapi lepaskan dulu tangan abang dari pinggang sayang"

Daniel segera melepaskan pegangan dari pinggang aku lalu mendekatkan ke arahku. Aku segera mendekatkan jarak lalu membisikkan sesuatu ke arah Daniel

"Jangan harap nak dapat kiss dari sayang" kataku lalu segera keluar dari bilik

"Bella Ayana! How dare you do this to me?!" jeritannya bergema ke seluruh rumah

Aku hanya mampu ketawa. Padan muka! Siapa suruh gatal sangat

👑🌺👑🌺

Adrian menolak mangkuk yang berisi bubur dengan kasar. Wendy tergamam apabila Adrian berlaku sebegitu

"Aku dah cakap, aku tak mahu makan! Kau tak faham bahasa ke?!" tengking Adrian

"Tapi awak tak makan semalam. Saya takut awak perut awak masuk angin dan awak jatuh sakit" kata Wendy sambil menundukkan kepala. Takut dia nak bertentang mata dengan suaminya

"Eh perempuan! Kau jangan nak acah baik sangat. Kau tu layak jadi hamba dan tak layak jadi isteri aku" kata-katanya cukup membuat hati Wendy semakin sakit

"Kalau saya tak layak jadi isteri awak, ceraikan saya!"

Adrian ketawa sinis mendengar kata-kata Wendy

"Cerai? Aku takkan sesekali ceraikan kau sebab aku nak kau terseksa dan aku akan pastikan kau tak bahagia"

Kata-katanya cukup membuat Wendy takut. Kenapa hidupnya begini? Adakah sebab kesilapannya yang lalu?

Wendy hanya mampu mengalirkan mata

👑👑👑👑

"Assalamualaikum, Daniel"

"Waalaikumsalam"

Daniel memandang ke arah suara tersebut. Dia terpaku apabila melihat wanita yang tersenyum manis dan memakai tudung

"Farah?" kata Daniel apabila melihat Farah cukup anggun memakai tudung labuh tersebut. Nampak ayu dan manis!

"Daniel I datang sini sebab nak minta maaf atas semua dosa yang pernah I lakukan. I betul-betul menyesal atas semua perbuatan I dulu" kata Farah sambil menahan sebak

"You ikhlas ke minta maaf ni? I takut you ada udang di sebalik batu" kata Daniel ragu-ragu

"I betul-betul ikhlas ni. I sudah menyesal" kata- kataFarah cukup menyakinkan Daniel bahawa dia ikhlas

"Baiklah, I maafkan you" kata Daniel sambil tersenyum manis. Orang nak minta maaf, kita maafkanlah dan tak bagus simpan dendam

"Sebelum I keluar, boleh tak I nak jumpa isteri you? I nak minta maaf pada dia"

"Boleh je. Nanti you bolehlah datang ke rumah kami. Nanti I hantarkan alamat"

"Kalau begitu, I sambung kerja dulu. Assalamualaikum" kata Farah lalu keluar dari pejabat tersebut

Korang rasa Farah betul-betul insaf ke? atau ada udang sebalik mee?

Pendek je😅 Takde idealah😪 jadi mohon maaf kalau hambar atau bosan eh?

Vote and Comment👑

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now