βαβ 13

12K 334 0
                                    

"Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis makan malam sempena pembukaan syarikat kedua saya iaitu Syarikat AmXier"

Daniel yang mendengar sudah mulai bosan. Puan Sri Zarinah mencubit lengan anaknya apabila dia tidak memberi perhatian

"Pay Attention, Mr Daniel" kata Puan Sri Zarinah

Daniel menggulingkan matanya ke atas dan Puan Sri Zarinah menjeling tajam ke arah anaknya. Daniel sekadar tersengih

"Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin memberitahu berita gembira bahawa anak saya telah bertunang"

Ramai yang sudah mula berbisik, bersorak dan ada juga yang bertepuk tangan manakala wartawan mula merakam dan mengambil gambar

"Saya ingin menjemput anak saya dan tunangnya untuk naik iaitu Bella Ayana dan Muhammad Adrian Qu Qaleef "

Daniel segera menoleh ke arah pentas dan dia dapat melihat pasangan sejoli di matanya. Daniel berasa panas hati apabila melihat Bella tersenyum lebar bersama lelaki lain

Puan Sri Zarinah yang perasan akan perubahan pada anaknya sekadar tersenyum mengejek. Tiba-tiba terlintas di fikirannya untuk memanaskan hati anaknya

"Ibu tengok Bella sekarang dia bahagia sangat. Sudahlah tunangnya kacak dan Bella pula cantik, bagai pinang dibelah dua. Dia lagi bahagia berbanding dululah" puji Puan Sri Zarinah tapi pada masa yang sama dia menyindir anaknya

Daniel mengetap bibirnya geram dengan kata-kata yang dilontarkan kepadanya. Tabahlah hati tengok agenda di pentas tu

❤🌺❤🌺

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada aku dan Adrian. Kami sekadar tersenyum manis

"Awak, saya pergi tandas dulu"

Adrian sekadar mengangguk seraya tersenyum ke arahku

Ramai yang menyapa aku ketika aku ingin ke tandas dan aku sekadar melayan. Nanti tak melayan dicakap kurang ajar

"Ehem!"

Aku melihat orang yang berdehem dan aku tersenyum sinis. Lama sunggu tak jumpa mamat ni

"Long time not see you my dear Bella. Tak sangka cepat betul kau jumpa pengganti" kata Daniel lalu menyentuh pipiku

Aku menepis tangannya. Aku sekadar tersenyum sinis

"Memang saya jumpa pengganti dan dia lebih baik daripada awak. Kacak, gentleman dan tidak sakiti hati saya" kataku sinis

Rahang Daniel bergerak dan aku tahu dia sedang menahan amarah. Tapi aku tak kisahlah kalau dia mahu marah pun. Aku tiada kaitan dengan dia

Baru sahaja aku ingin berlalu, Daniel mencengkam lenganku lalu merapatkan jarak kami

"Kau jangan macam-macam. Aku lagi baik dari dialah! aku akan pastikan kau jadi milik aku lagi"

Kata-katanya membuatkan aku ketawa.

"Awak nak saya? awak sanggup jilat ludah awak balik" kataku sinis

Daniel terdiam

"Awak jangan berani kacau saya lagi. Bella yang dulu lemah lembut dah tiada" kataku lalu pergi dari situ

Daniel sekadar tersenyum sinis

'Aku tak kisah kalau aku jilat ludah aku balik supaya kau jadi milik aku dan bukan jantan lain'

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now