βαβ 51

6.8K 171 18
                                    

1 Tahun Kemudian...

Daniel sedang menyiapkan kerjanya yang semakin bertimbun. Kedengaran pintu dibuka membuatkan dia mengalihkan pandangan. Riak wajahnya berubah menjadi dingin

"Maaf bos. Saya dah cuba halang tapi dia tetap nak jumpa dengan bos" kata Ariana yang merangkap PA Daniel

"Tak apalah. Awak keluar dulu dan biar saya bincang dengan dia" kata Daniel

Ariana hanya menganggukan kepala lalu segera keluar dari situ

"Kau nak apa?" tanya Daniel

"Soalan apa yang awak tanya ni? Semestinya saya nak awak" kata Dalisha sambil tersenyum

Daniel mendengus geram. Dia memandang tajam ke arah wanita tersebut. Hatinya semakin sakit hati apabila dia ditipu hidup-hidup

"Kau nak aku? Sebelum kau nak aku, kau sedar diri sedikit yang kau tu tipu aku. Aku ingat kau ni baik rupanya perangai sebijik macam psiko. Nasiblah lelaki tu beritahu aku yang kau curang di belakang aku. Kalau tak, sampai aku mati pun aku ditipu" sindir Daniel

Dalisha tergamam mendengar kata-kata Daniel. Dalam hatinya dia sudah mengutuk lelaki tersebut sebab tak pandai jaga rahsia

"Dan aku tak sangka juga yang kau rupanya bunuh adik kau, Hannah Daliyana. Kau sanggup terjun dari kereta dan biarkan adik kau mati. Kau tahu tak bertapa terseksanya Faris bila dapat tahu Hannah mati?" suara Daniel semakin meninggi

Dalisha menghentak tangannya pada meja Daniel. Tak sangka sebanyak itu Daniel tahu pasal dia

"Saya tak kisahlah kalau adik saya matilah! Disebabkan dia, ibu bapa saya lansung tak kisahkan saya! Entah apalah ada pada Hannah sampai saya diabaikan. Padanlah dia mampus" kata Dalisha dengan sinis

Mahu sahaja dia tampar muka Dalisha tapi dia tahan. Dia tak mahu digelar dayus. Daniel cuba menahan amarahnya yang hampir melepasi limitnya

"Kau nak tahu tak Hannah ada apa sampai kau pun tak ada? Hatinya suci dan selalu tolong orang dan kawannya. Bukan macam kau, setiap hari pergi kelab, minum arak dan terlalu terdedah dengan gejala sosial. Pakai tudung tapi perangai haram"

Dalisha terdiam mendengar sindiran padu daripada Daniel. Kemudian, dia mula tersenyum sinis lalu mendekatkan dirinya kepada Daniel

Daniel segera menolak kasar apabila Dalisha bertindak untuk mendekatinya. Nasib sahaja Dalisha sempat menahan dirinya daripada jatuh

Dalisha tersenyum sinis

"Tak sangka banyak juga awak tahu pasal saya. Ini buat saya semakin nak awaklah, Daniel. Awak buat saya rasa terharulah" kata Dalisha sambil tertawa kecil

Daniel sudah memandang Dalisha semacam. Sah! Memang Dalisha gila sekarang!

"Bagus kau keluar sekarang sebelum aku tendang kau" ugut Daniel

"Memang saya nak keluar pun tapi awak mesti ingat sesuatu. Awak hanya milik saya sahaja dan orang lain takkan ambil awak dari saya" kata Dalisha

Sebelum Dalisha keluar, dia sempat mencium pipi Daniel dengan cepat lalu segera keluar dari pejabat Daniel

Daniel menggosok pipinya yang baru sahaja dicium oleh Dalisha. Terasa geli pula

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now