βαβ 47

7.1K 176 18
                                    

"Bella buat abang risau tahu tak?! Kenapa Bella buat begitu? Bella tahu tak yang Bella hampir bunuh diri Bella?!" jerkah Daniel

Aku hanya menundukkan kepala sahaja. Tak sanggup aku mahu melihat muka Ryan sekarang ni. Mesti mukanya tegang dan serius

"Abang nak tanya ni, kenapa Bella buat begitu? Bella dah tak waras ke sampai nak cabut nyawa?"

"Ya! Memang Bella tak waras. Bella tak waras sebab mummy dan Ryan. Dua-dua suka nak hancurkan hidup Bella!" jeritku kepada Ryan

PANGG!!

Pipiku terasa sakit apabila ditampar oleh Ryan. Aku melihat Ryan dan mukanya merah sepertu menahan amarah dan kecewa. Aku mengepal penumbuk di tanganku

"Mummy dan Ryan tak pernah terdetik langsung nak hancurkan hidup Bella tapi Daniel sendiri yang hancurkan hidup Bella. Bella cuba fikir sedikit kenapa kami buat begini? Kami buat begini supaya Bella sedar diri yang Daniel tak layak untuk Bella tapi you still love that stupid man?! The one who ruin your future?!"

"T-tapi Daniel dah minta maaf dengan Bella. Dia dah janji yang dia akan jaga Bella tapi mummy paksa dia ceraikan Bella! Kalau mummy tak buat semua ni, mesti Bella masih bersama dengan Daniel?!" jeritku lagi

Ryan tersenyum sinis

"Bella yakin ke dia ikhlas minta maaf? Bella yakin ke dia akan jaga Bella sepenuh hati? Cubalah otak Bella tu berfikir sedikit. Kenapa dia tak pertahankan hubungan kamu sedangkan dia boleh berlawan menentang mummy?"

Aku terdiam

"Sebenarnya mummy sengaja nak tengok sejauh mana Daniel pertahankan hubungan kamu tapi cuba Bella ingat kembali. Daniel menyerah kalah sedangkan dia masih boleh pertahankan hubungan kamu" kata Ryan

Kali ini, aku benar-benar terkelu apabila Daniel bercakap sebegitu. Mungkin betul juga apa yang Ryan cakap

Kenapa Daniel tak pertahankan dan pujuk mummy supaya tak ceraikan kami?

"Dan lagi satu..." Ryan segera mengeluarkan telefonnya lalu diberikan kepadaku

Aku melihat telefonnya dan aku menutup mataku. Tak sanggup aku melihat video yang ditayangkan. Aku berasa jijik sangat terhadap Daniel sekarang

"Tak betul kan? Video tu tak betulkan, abang? Abang edit video ni kan?!"

"Buat apa abang nak edit video tu. Bazir tenaga je. Sekarang Bella percayakan apa yang abang cakap? Daniel masih tak berubah, Bella. Dia tak setia walaupun dia berjanji dengan Bella. Dia penipu!" kata Ryan lagi

Aku menyandarkan badanku pada bantal. Aku cuba menenangkan hatiku apabila melihat video tersebut. Aku menarik nafas lalu dihembuskan. dengan perlahan

"Sekarang, Bella masih tak percayakan abang?" tanya Ryan

"Bella percayakan abang"

Ryan tersenyum melihat aku. Dia segera memeluk aku dengan erat tapi aku tak membalas pelukkannya sebab tangan aku sakit. Macam manalah aku nak balas pelukannya?

"Abang nak Bella janji sesuatu dengan abang"

"Apa?"

"Janji dengan abang supaya lupakan Daniel dan buang Daniel dari hidup Bella. Cari lelaki yang lain dan lebih layak daripada Daniel. Boleh tak?"

"Bella akan c-cuba" kataku sambil tersenyum kelat

"Beginilah adik abang! Nanti abang bawa Laura sebab dia rindu sangat dekat mummy dia" usik Ryan

Aku hanya tersenyum. Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk aku berubah. Aku janji akan lupakan dan buang Daniel dari hidup aku

Itu janji aku!

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now