βαβ 33

6.4K 179 12
                                    

Another update kepada semua hehehe😆 InsyaAllah kalau takde halangan, saya akan update cerita ni dengan kerap😙

"Abang nak kahwin dengan Farah"

Kata-kata Daniel cukup membuatkan selera makan aku mati. Aku memandangnya dengan tajam. Dia ni memang nak makan penampar aku

Fatah hanya menundukan kepalanya. Dalam diam, dia tersenyum sinis. Ranacangan untuk berkahwin dengan Daniel hampir berjaya

"Saya tak setuju dan takkan setuju selama-lamanya. Kenapa abang nak kahwin dengan perempuan ni?"

"Dia ada nama, sayang. Abang kahwin dengan dia sebab nak jagakan dia dan tolong dia" kata Daniel dengan tenang

"Are you crazy, Daniel? Awak kahwin dengan perempuan tak guna ni semata-mata untuk jaga dia?! Alasan awak tak logiklah" kataku dengan geram

"Keputusan abang muktamad. Abang tetap akan kahwin dengan Farah"

Aku mendekati Daniel lalu menarik dengan kasar kolar bajunya. Aku cuba menahan air mata untuk mengalir. Aku menumbuk dadanya berkali-kali untuk melepaskan geram. Sakit hati tahu tak?!

"Saya takkan izinkan abang untuk kahwin dengan dia. Saya tak mahu bermadu dengan perempuan tak guna tu"

"Abang yang akan melafazkan ijabkabul dan bukan sayang. Sayang tiada hak untuk halang abang kahwin buat kali kedua. Dulu sayang boleh terima, takkan sekarang tak boleh?"

Aku terpempan dengan kata-kata Daniel. Aku tak salah dengar kan? Kata-katanya cukup membuatkan hati aku terguris. Aku menarik nafas lalu hembus

' Sabar Bella, jangan sampai kau tertekan sebab nanti akan effect kepada bayi'

"Memang dulu saya boleh terima tapi sekarang saya takkan terima. Awak nak tahu tak? Kata-kata awak cukup membuatkan hati sakit. Kalau awak nak kahwin sangat dengan betina ni, kahwinlah. Saya penat untuk halang awak" kataku lalu segera naik ke atas

Aku menghempas pintu bilik dengan kuat. Biar Daniel tahu yang aku betul-betul sakit hati dengan dia. Aku dengan lemah longlai menuju ke katil

Aku menangis semahunya. Aku rasa seperti tak dihargai. Apabila mengenangkan perbualan kami, aku semakin sakit hati

"Saya benci awak, Daniel tapi yang paling saya benci, awak sia-siakan peluang yang saya beri ini"

♥♥♥♥♥♥

Farah sedang duduk sambil menunggu rakan subahatnya. Senyuman sinis tersungging di bibirnya mengenangkan kejadian semalam. Sedikit lagi dan Daniel akan menjadi miliknya

"Ehem!"

Farah segera menoleh ke arah empunya suara tersebut. Tersenyum lebar dia apabila melihat rakannya telah sampai

"Adrian, jemputlah duduk. I ada berita gembira yang mampu buatka you tersenyum lebar" kata Farah dengan teruja

"Apa berita gembira yang you nak sampaikan?"

"Rumahtangga Bella dan Daniel hampir musnah! Daniel cakap pula dia akan kahwin dengan I tak lama lagi. Tak sangka rancangan kita berjaya" kata Farah

"Farah, I nak beritahu you sesuatu"

"Apa yang you nak beritahu?"

"Sebenarnya, I nak tarik diri rancangan kau. I tak sanggup nak tambah dosa I. I rasa lebih baik you berhentikan rancangan you" kata Adrian dengan tenang

Farah terpempan mendengar kata-kata Adrian lalu menyebabkan Farah ketawa. Adrian memandang pelik ke arah Farah

"You gila ke, Adrian? Takkan semudah ABC you bertaubat. Come onlah Adrian, rancangan kita hampir berjaya dan sedikit lagi you akan dapat Bella. Lepas tu, you taubatlah sepuas hati you"

Adrian mengetap bibirnya. Lancang betul mulut Farah ni. Dia tak takut dosa ke sebab menghancurkan mahligai orang lain?

"I tetap dengan pendirian I, Farah. Kalau you nak teruskan rancangan ni, teruskan sahaja tanpa I. I ada isteri di rumah yang mampu jaga I. I harap you sedar diri sebelum you menyesal" kata Adrian lalu segera keluar dari kafe tersebut

Farah mengetap bibirnya dengan kuat. Sedikit sebanyak dirinya tercabar selepas mendengar ceramah dari Adrian. Rambut yang serabai segera dia mengemaskan agar kelihatan cun

Tudung? Maaf tapi Farah hanya menggunakan tudung sebagai lakonan sahaja. Tak inginlah dia menyemakkan rambutnya dengan pakai tudung. Old Style!!

Farah tersenyum sinis

'Aku tak kisahlah kalau kau tarik diri sebelum. Aku boleh jayakan rancangan ni tanpa bantuan oranglah. Ini Farah Ariyana okay! Semua yang aku mahu, aku akan pastikan aku dapat'

Hmmm nampaknya Adrian dah taubatlah😂 Biarlah Farah sahaja jadi watak antagonis, okay?😜

InsyaAllah, nanti malam saya cuba update lagi kalau internet tak buat masalah. Kalau tak dapat, esoklah hehehe😙

Okaylah, Bubye!!!

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now