βαβ 28

8.3K 222 4
                                    

Tadi Author ada 'Ter'published chapter ni tpi author unpublished balik sebab belum siap😅 Maaflah insan ini😌 Ceh!!

"Tolonglah Bella! Saya yakin awak tak bahagia dengan Daniel kan? Jom kita kahwin lari dan kita akan bahagia. Saya janji" Rayu Adrian

"Sorry to say but I happy with my life now. Tak perlu tabur semua janji palsu awak kepada saya dan awak boleh tabur semua janji itu pada bakal isteri awak" kataku tenang

Nasiblah ada pagar rumah sebagai penghalang antara aku dan Adrian. Kalau tak, confirm dia buat tindakan tak senonoh

"Saya merayu sangat, Bella. Saya janji takkan kecewakan awak" Kata Adrian lalu memegang tanganku

Aku segera menepis tangannya. Ini betul-betul dah melampau sangat

"Jangan jadi jantan tak berguna, Adrian! Kau berambuslah dari sini dan hidup aku! Aku sudah ada Daniel dan kau sudah ada Wendy, jadi kau jaga dia dan belajar cintakan dia. Jangan kejarkan cinta yang kau takkan dapat" kataku lalu masuk ke dalam rumah

Kisah apa aku kalau dia nak duduk depan pagar? Sampai esok pagi pun aku tak kisahlah

"Kau ni tiada maruah ke sampai merayu macam orang gila dekat isteri aku?"

Adrian memandang ke arah empunya suara. Daniel tersenyum sinis memandang Adrian. Dasar lelaki tak guna! Daniel segera melayangkan sebuah tumbukan je arah Adrian

"Berhentilah kejar isteri aku sebab dia hak aku dan kau tak layak pegang isteri aku dengan tangan jijik kau! Sekali lagi aku nampak kau, aku akan pastikan kau mati" ugut Daniel

"Aku takkan berhenti kejar Bella sehingga dia jadi milik aku. Aku sanggup buat apa sahaja untuk ambil Bella walaupun menggunakan cara kotor" Kata Adrian dengan sinis dan Daniel menumbuk Adrian bertubi-tubi

"Abang!"

Aku segera menahan Daniel apabila melihat keadaan Adrian yang nyawa-nyawa ikan. Teruk betul suami aku tumbuk Adrian

"Kau ganggu lagi kami, aku akan pastikan kau mati dalam tangan aku" kata Daniel lalu segera masuk ke dalam rumah

"Pak Zakariah"

"Kenapa puan?"

"Tolong hantar lelaki ini ke hospital dan nanti tolong hubungi keluarganya" kataku sambil memandang ke arah Adrian yang berlumuran darah

Pak Zakariah segera mengangkat Adrian lalu diletakkan di dalam kereta Adrian. Kereta tersebut berlalu hingga hilang dari pandanganku

"BELLA AYANA!"

Hah, sudah. Apa lagilah masalah suami aku sampai menjerit namaku. Aku segera masuk ke dalam

❤🌺❤🌺

"Kenapa abang menjerit ni?" kataku apabila melihat Daniel sedang duduk di sofa

"Kenapa kau bantu jantan tu?" tanya Daniel kasar

Panggilan pun bertukar dari 'abang-sayang' kepada 'kau-aku'

"Salah ke saya bantu dia? Takkanlah nak biarkan dia berlumuran darah depan rumah kita. Nanti apalah kata jiran kita ni" kataku geram. Susah betul dapat suami begini. Nasib sayang kalau tak dah lama makan penampar

"Kenapa kau bantu dia? Sepatutnya kau biarkan dia mati disitu. Nanti tiadalah orang nak ganggu rumahtangga kita" kata Daniel selamba

"Abang dah kenapa ni?! Cubalah berfikiran terbuka sedikit. Kalau Adrian dibiarkan begitu, abang boleh didakwa tau sebab mencederakan orang. Otak tu guna sedikit, jangan nak jadi bodoh sangat" bentakku

"Eh! sekarang ni yang kau bela sangat jantan tu kenapa? Dah jatuh hati ke? Aku ni suami kau tahu tak!  Kalau kau nak bela sangat lelaki tu, kau pergilah kahwin dengan dia!" tengking Daniel

Terhinjut bahuku apabila suaranya boleh didengari segenap ruang. Aku menggigil ketakutan melihat kemarahan Daniel meletus. Takkan sebab itu nak marah kot?

"Saya bukan nak bela dia tapi saya just cakap benda yang betul. Awak tak seharusnya tumbuk dia tapi cubalah bincang dengan baik" kataku dengan lembut

"Jadi kau nak cakap aku buat perkara yang salah?! Kau tahu tak dia nak rampas kau dari aku! Ambil kau dan bawa lari dari hidup aku"

Alahai! Complicated betul suami aku ni. Terlampau cemburu pula suami aku seorang ni!

Aku segera memeluknya lalu mengucup pipinya sekilas. Dapat aku lihat riak wajahnya berubah apabila aku mengucup pipinya. Ceh! nak kena cium dulu ke baru terpujuk hati tu?

"Saya berjanji takkan tinggalkan awak dan sentiasa berada di sisi awak sehingga nafas saya yang terakhir. Saya hanya pandang awak sahaja dan hanya awak sahaja yang ada di hati saya. Saya cintakan awak forever, abang" lalu memeluknya dengan erat

"Janji takkan curang dengan abang?" kata Daniel

"Saya janji!" kataku dengan tersenyum manis

"Kalau begitu jom naik atas"

"Nak buat apa?" tanyaku apabila melihat Daniel sudah tersengih sumbing

"Buat anaklah, sayangku. Tak mahu ada anak ke?" kata Daniel dengan lantang lalu aku menekup mulutnya

Perutnya aku cubit dengan kuat. Daniel sudah menayangkan riak tak puas hati

"Jangan nak menggatal sangat. Saya tanpar awak sampai koma setahun" ugutku

"Tangan kecil ada hati nak tampar abang sado" perli Daniel

Inilah paling aku tak suka kalau berkaitan dengan tangan. Sensitif tahu tak!

Mak Jah dan Pak Aqil yang melihat dram tak berbayar tersebut hanya mampu tersenyum lebar. Kata orang putih, Sweet gitew!

"Aku harap keluarga ni dilindungi oleh Allah dan tiadalah orang ketiga dalam hubungan mereka" Kata Mak Jah

"Aku pun harap begitulah, Jah. Janganlah ada manusia keji yang sanggup musnahkan hubungan Tuan Daniel dengan Puan Bella" kata Pak Aqil menyokong kata-kata Mak Jah

Semoga mahligai yang dibina ini sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat

Amin!

Okay tak bab ni? kalau hambar sorry😪🌺 BTW vote and comment amat saya alu-alukan😊

Happy 2.1K Reads👑
              202 Votes👑

Thank you soo much walaupun vote sikit😂 tapi bgi sya banyak❤

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now