βαβ 10

13.1K 310 3
                                    

"Daniel!" jerit Farah

Daniel memandang bekas isterinya dengan pandangan yang tajam. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menengking Farah tetapi dia sekarang berada di tempat kerjanya

"Kau nak apa? boleh tak sehari kau tak menyemak?! rimas tahu tak" bentak Daniel

Farah tidak mengendahkan malahan dia terus memeluk lengan Daniel dan membuatkan Daniel terkejut. Daniel segera merentap lengannya dari dipegang oleh Farah

"Kau siapa nak pegang aku? bagus kau pergi sebelum aku panggil security" ugut Daniel

Farah mendegus geram

"Baiklah saya akan pergi tetapi saya tetap akan datang sini untuk dapatkan awak" kata Farah lalu pergi sambil menghentak kasut tumit setinggi 5 cm

Daniel menghela nafas berat. Susah sungguh bila dapat bekas isteri yang tidak ubah seperti psiko.

"Bos"

"Kenapa?" kata Daniel kepadanya

"Ada seorang wanita yang ingin mengambil jawatan kosong" katanya

"Baiklah, suruh dia masuk ke dalam pejabat saya"

Dia sekadar mengangguk dengan arahan Daniel

❤❤❤


"Cik Bella Ayana right?" tanya Riana

Aku sekadar mengangguk dan dia tersenyum manis ke arahku

"Cik boleh ikut saya untuk berjumpa dengan boss" kata Riana

Aku pula sekada mengikut langkah Riana

"Cik pernah bekerja sebelum ni?" tanya Riana mesra

"Saya pernah bekerja dekat syarikat ayah saya dan janganlah panggil saya cik, panggil saya Bella sahaja" kataku sambil tersenyum manis kepadanya

Dia sekadar mengangguk

"Bella jangan gementar sebab boss dekat sini bukan makan orang pun dan dia seorang serius tapi tak bermaksud dia sombong" katanya

Aku sekadar mengangguk. Macam tahu-tahu je aku ni gementar. Aku harap apa yang Riana cakap adalah betul

Lif telah sampai di tingkat 8. Aku memandang Riana dan dia memandang aku

"Bella boleh jalan terus sahaja dan di hadapan tersebut adalah bilik CEO syarikat ini" terangnya

Aku mengucapkan terima asih kepadanya dan aku segera menuju ke bilik tersebut. Aku berasa gementar dan segera menenangkan hati

Aku mengetuk pintu tersebut

"Masuk!"

Aku segera masuk dan tersenyum manis ke arahnya tetapi senyuman tersebut mati apabila melihat orang yang berada di hadapanku sekarang

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now