BaB 74

6K 146 7
                                    

Pejabat Khalid🏨

"Macam mana keadaan anak aunty?" tanya Puan Sri Zarinah seraya duduk berhadapan dengan Khalid

Khalud mengemam bibirnya. Dia tak tahu macam mana nak jelaskan tentang kesihatan Daniel

It's so damn complicated!

"Kenapa Khalid diam ni? Mesti Khalid ada sorakkan sesuatu dari pengetahuan aunty" kata Puan Sri Zarinah seraya mengecilkan matanya ke arah Khalid

Khalid sudah menelan air liur melihat wajah Puan Sri Zarinah yang kelihatan agak seram. Dia mengenggam tangannya sebelum menghela nafas

'Sorry, Daniel tapi aku terpaksa beritahu juga. Ini semua demi kebaikan kau juga'

"Sebenarnya Daniel hida-" kata-katanya terhenti taktala kedengaran ketukan pintu bertalu-talu

"Masuk!"

Seorang nurse terus membuka pintu. Wajahnya kelihatan amat cemas dan kalut ketika ini

"Kenapa ni?"

"Ada emergency dekat wad 108, doktor!" jawab nurse tersebut dengan kalut

Khalid dan Puan Sri Zarinah terus berdiri tegak apabila nombor wad kepunyaan Daniel disebut. Mereka terus keluar dengan kadar segera

Puan Sri Zarinah pula tidak putus mendoakan agar anaknya tidak apa-apa dan pada masa yang sama, dia pun pelik juga sekarang ini

Daniel ada penyakit ke?

××××××

Khalid terus masuk ke dalam wad Daniel bersama beberapa jururawat. Dia melihat Daniel sedang memegang dadanya

"Ambil ubat tahan sakit dan ubat bius, Nina" arah Khalid kepada seorang jururawat yang bernama

Dia segera menurut arah Khalid. Dia mengambil 2 biji ubat tahan sakit berbentuk kapsul berserta jarum yang berisi ubat bius kepada Khalid

Khalid segera mengambil picagari daripada Nina. Dia membuka baju Daniel untuk memudahkan dia menyuntik pada bahagian yang sakit

"Tahan sedikit" kata Khalid kepada Daniel sebelum perlahan-lahan membenamkan jarum tersebut pada dada Daniel

Berkerut kening Daniel menahan sakit apabila dicucuk ubat bius. Perlahan-lahan sakit di dadanya semakin berkurangan membuatkan dia mengeluh lega

"Nanti kalau sakit lagi, kau makan ubat tahan sakit ni" kata Khalid lagi

Daniel sekadar mengangguk sahaja sebelum memejamkan matanya

Jururawat yang lain terus keluar untuk memberikan ruang kepada Khalid dan Daniel untuk berbincang sesuatu

"Daniel..."

"Apa?"

"Ibu kau tadi tanya pasal kau"

"Kau beritahu tak?"

Khalid sekadar menggeleng sahaja membuatkan Daniel menghela nafas lega apabila rahsianya belum terbongkar lagi

"Aku rasa kau perlu buat pemeriksaan balik, Daniel" kata Khalid membuatkan Daniel terus sahaja membuka matanya

"Kenapa pula?"

Khalid mengemam bibirnya sebelum mengambil fail kesihatan Daniel. Dia menyelak satu persatu kertas tersebut

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now