βαβ 49

6.5K 160 15
                                    

Aku sekarang boleh keluar dari hospital. Asyik terkurung je dalam wad sampai aku pun naik menyampah duduk seorang diri di wad

"Sukalah tu sebab dapat keluar hospital. Lain kali cubalah bunuh diri lagi. Nanti abang bersorak je masa Bella ditahan di hospital" sindir Ryan

"Abang sehari memang tak sah kalau buat Bella sentap! Tak mahu kawan abang" kataku sambil memuncungkan bibir

"Ada abang kisah? Kalau Bella tak mahu kawan abang, abang ada Farah. Mesti dia nak kawan dengan abang" kata Ryan sambil tersenyum

"Ehem! Nampaknya ada orang ni sudah jatuh cinta dekat seseoranglah. Nanti nak beritahu mummy" usikku

"Nak beritahu mummy apa?" Datin Liya tiba-tiba sahaja muncul. Dia memandang aku dan Ryan silih berganti

"Abang dah ada calo-" Ryan terus sahaja menekup mulutku. Ryan tersengih memandang Datin Liya yang melihat mereka

"Kenapa tutup mulut Bella? Ingat mummy tak tahu ke yang sebenarnya Ryan dah ada calon kan?" kata Datin Liya sambil menjongketkan kening

Ryan sudah tersengih. Dah kantoi, nak buat macam mana? Semuanya salah Bella! Memang tak sah kalau mulut tu bocorkan rahsia

"Nanti story mummy pasal bakal menantu mummy di kereta. Jomlah kita keluar dari hospital. Laura dah merengek nak mummy dia"

Kami hanya mengangguk sahaja

♥♥♥♥♥♥

Sepanjang perjalanan untuk balik ke rumah, mulut aku dan mummy teramatlah bising. Ryan pula sudah tayang muka pasrah apabila Datin Liya kuat mengusiknya sampai merah muka

"Tak sangka anak teruna mummy ni sudah ada buah hati. Dulu, bukan main takkan jatuh cinta konon. Sekarang, dah jatuh cinta. Nampak sangat janji palsu"

"Mummy!" jerit Ryan

Makin merah mukanya apabila Datin Liya usik dan sindir pada samanya. Malunya semakin bertambah. Aku pula hanya ketawa sahaja melihat Ryan

"Bella ingat tak esok ada apa?" tanya Datin Liya

"Ada apa?" kataku sambil menayangkan muka blur

"Kecil-kecil dah lupa! Esok kan Bella akan uruskan penceraian Bella dengan Daniel di mahkamah.Takkan benda itu pun tak ingat?" kata Ryan lalu menjentik dahiku

"Tak payahlah jentik dahilah! Bella ingatlah cuma Bella terlupa" kataku sambil mengusap dahiku yang dijentik oleh Ryan

Mummy dan Ryan memandangku dengan pandangan sayu. Aku sudah memandang mereka pelik. Cepatnya mood bertukar

"Bella okay kan?"

"Mestilah Bella okay. Kenapa mummy dan abang ni? Macam sedih semacam je?" tanyaku kepada mereka

Datin Liya mengeluh

"Mummy tak sedih pun cuma mummy harap Bella kuat untuk esok hari. Mummy juga harap Bella tak buat perkara yang luar jangkaan" kata Datin Liya sambil mengelus lembut pipiku

Aku hanya tersenyum

"Mestilah Bella kuat dan Bella janji dengan mummy yang Bella takkan buat perkara yang bukan-bukan" kataku sambil memegang tangan mummy

"Jangan nak buat drama melayu sangat di kereta ni. Nak muntah hijau abang tengok drama melayu" sindir Ryan

Aku dan mummy menggulingkan mata ke atas. Datin Liya segera mencubit peha Ryan membuatkan Ryan terjerit kesakitan. Berbisa weh!

"Cemburulah tu. Biasalah anak lelaki tak dapat kasih sayang yang istimewa dari ibu"

"Tak sayang mulut ke, cik adik? Nak abang bakar mulut tu guna api? Kalau nak, cakap je. Abang dah sedia ni" kata Ryan sambil menjeling tajam ke arahku

Aku sekadar menjelirkan lidah ke arahnya. Ryan pula cuma menahan amarahnya. Kalau mummy tiada, sudah lama dia tumbuk muka adiknya tu

Datin Liya hanya tersenyum melihat anak-anaknya. Dah besar pun masih lagi nak bergaduh

♥♥♥♥♥♥

Seorang perempuan sedang duduk sambil menatap sebuah gambar. Dia tersenyum sinis sambil mengusap gambar tersebut

"Daniel, awak masih milik saya. Saya tetap akan ambil awak walaupun tepaksa korbankan nyawa orang yang awak sayangi" katanya sambil tersenyum

Perempuan tersebut mengambil sebilah pisau lalu mencucuk ke arah gambar seorang perempuan. Dia mencucuk berkali-kali sambil ketawa

"Bella! Aku akan pastikan kau mati di tangan aku. Aku tak tahulah apa yang ada dekat kau sampai Daniel tergila-gilakan kau. Aku akan pastikan kau mati" kata perempuan tersebut sambil melihat gambar kepunyaan Bella

"Anna"

Dia segera menoleh ke arah suara tersebut. Mukanya terus berubah bengis apabila melihat orang tersebut. Lelaki tersebut hanya mampu menundukkan kepala

"Apa yang kau nak? Nak bagi aku makan ubat tu? Aku dah banyak kali ulang yang aku bukan gilalah!" jerit Anna

"Ini bukan ubat untuk orang gilalah! Kau perlu makan ubat ni supaya kau sembuh memandangkan kau pernah kemalangan. Nasib kau baik tahu tak sebab aku selamatkan kalau tak dah lama aku biarkan kau mati mereput" kata lelaki itu dengan kasar

"Kenapa kau selamatkan aku?"

"Sebab aku sukakan kau"

Anna terdiam mendengar jawapan dari lelaki tersebut. Kemudian, dia ketawa mendengar jawapan dari lelaki tersebut

"Kau suka aku? Aku tak sukalah dengan lelaki yang tak bertaraf macam kau?! Aku takkan suka dekat kau sebab aku hanya cintakan Daniel dan kau boleh berambuslah!" jerit Anna

"Watch your mouth, little girl!" lrlaki tersebut memberi amaran

"Kau siapa nak suruh aku, Farish? Kau sudahlah miskin, ada hati nak suka dengan aku! Aku geli tahu tak?!" jerit Anna

Farish melempar dulang tersebut membuatkan Anna terhinjut. Farish segera mendekati Anna lalu mencekik leher Anna

Anna cuba melepaskan tapi Farish makin menguatkan lagi. Farish segera melepaskan apabila melihat Anna seperti nyawa-nyawa ikan

Anna terbatuk-batuk apabila Fariah melepaskannya. Terasa nak tercabut sahaja nyawanya

"Kau jangan nak cabar aku sangat kalau tak-" Anna segera memotong kata-kata Farish

"Kalau tak apa? Kau nak bunuh aku? Dalam mimpilah, Farish!"

Farish tersenyum sinis. Dia mendekatkan mulutnya ke arah telinga Anna

"Aku akan beritahu yang kau masih hidup, Hannah Dalisha"

Sorry pendek dan hambar sebab tiada idea nak type apa huhuhu. Kita main tulis apa yang ada dalam kepala otak sahaja😴

Lagi 8 hari before masuk 2020😗 dan my birthday!!!🙆

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now