45

2.5K 258 1K
                                    

"Alah nak balik dah ke? Awal lagi ni" kata The King sedih sambil melihat Seventeen sudah menggalas beg mereka lagi-lagi si Seungkwan sampai bagasi dia bawa.

"Maaf la Yang Mulia, kami memang kena balik family kami dah bising tu" ujar Seungcheol dengan bersalah, bukan dia rasa bersalah sebab balik awal tapi bersalah sebab dia tipu The King, bukan apa dia ada banyak kerja sekolah tak siap tu kang kena luku dengan Miss Suzy apa pun tak dapat.

"Hmm yelah, nanti kalau ada masa datang la sini lagipun Chan dah start duduk sini dah" mendengar sahaja apa yang dikata oleh The King, mereka terus memandang Chan yang sudah berhenti curi gula-gula di tepinya.

"Hah?! Sejak bila ketika tiba waktu bila masanya?!" soal Chan tak terima, seingat dia malam semalam takde pula dia kata nak pindah rumah walhal sebenarnya The King dah tanya dah, dia yang main angguk tanpa dengar betul-betul.

"Jangan nak melawan, derhaka nanti tak cium kau bau syurga" ugut The King, belum sempat Chan ingin membantah tiba-tiba ada tangan kecil yang hinggap di bahunya.

"Dah la hyung, duduk je sini kang tak duduk appa nanti menangis 10 hari 20 malam, jenguh nanti aku nak pujuk dia" ujar Geon malas, pagi-pagi anak beranak Lee ni ajak bergaduh cuba la ajak pergi tengok wayang ke.

"Geon.." panggil The King serius.

"Ye appa?"

"Geon kan lari rumah dua minggu ni jadi kerja sekolah dah siap belum?" soal The King pada anak bongsunya.

"Hmmm... mengikut firasat Geon yang comel lagi comel dari adik angkat Chan hyung tu hmmm belum siap la appa" jawab budak lelaki berumur 13 tahun itu.

"Lee Geon... PERGI SIAPKAN KERJA SEKOLAH TU!! ENGKO JANGAN NAK MENGADA LARI DARI TANGGUNGJAWAB! JANGAN SURUH DAYANG BUATKAN AKU SUNAT KAU NANTI BUAT KALI KEDUA! PERGI BUAT SEKARANG" arah The King tegas, yang lain dah seram sejuk tengok perubahan drastis dari lelaki tua itu.

"Heheheh bye hyung semua!!" bukannya takut atau apa malah Geon sempat lagi ketawa tak bersalah setelah dia mengucapkan selamat tinggal dari Seventeen segera dia masuk ke dalam biliknya untuk menyiapkan kerja sekolah.

"Jadi Chan jumpa Isnin depan" ucap Jeonghan pada si maknae yang sudah berdiri disebelah The King dengan tangannya yang masih menggenggam gula-gula yang baru diambilnya secara haram tadi.

"Okay hati-hati!!"

"Jom Sir hantarkan korang" ajak Sir Dongwook yang kebetulan tetiba rasa bertanggungjawab nak hantar anak-anak murid dia pulang ke rumah dengan selamat, Seventeen hanya menerima sahaja pelawaan guru mereka maklum la jarang-jarang Sir Dongwook baik nak hantarkan.

🔮🔮🔮

"Seungcheol dah balik, herghh penatnya.." Seungcheol menghela nafas panjang apabila dirinya sudah tiba ke istana, dia meregangkan badannya lalu berjalan menuju ke biliknya untuk berehat.

"Choi Seungcheol"

"OIJEONGHANBURUK" latah Seungcheol apabila seseorang memanggilnya secara tiba-tiba dari belakang, dia memusingkan badannya kebelakang kelihatan appanya sedang memandang dia dengan tajam.

"Eh hai appa" sapa Seungcheol kekok pada Raja Choi yang sedang menghampirinya.

"Mana kunci tu?" soal Raja Choi tanpa berbasa-basi dia menadahkan telapak tangannya di hadapan anak bongsunya.

"K-kunci apa?" soal Seungcheol balik dengan dahinya yang sudah berpeluh-peluh, takpe jangan risau appa dia takkan syak dia berpeluh sebab dia rasa nervous dia boleh je bagi alasan dia berpeluh sebab istana ni panas sangat.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now