3

3.4K 364 338
                                    

Chan membuka matanya perlahan apabila sinar cahaya matahari menyuluh kearah mukanya. Dia bangun dengan perlahan, letihnya mula berkurang kerana dia asyik tidur sampai ke pagi. Ada la juga Woojin membangunkannya untuk menjamah sedikit usai sahaja dia menggigit sebuku roti dan meneguk air terus dia tidur kembali.

Kali terakhir yang dia ingat, dia cuba menggunakan kuasanya dengan mind control tapi dia terlebih guna kuasanya, dia cuma nak target seorang je iaitu pembantu dewan makan untuk membersihkan lantai yang basah itu disebabkan dia tak boleh nak kawal habis dia control semua lepastu terus dia pengsan.

"Dah bangun? Kau ok tak?" Soal Woojin yang baru sahaja keluar dari bilik air.

"Aku haus" segera Woojin mengambil segelas air dan diberi pada Chan, jejaka itu meneguk air sehingga habis cawan diletakkan di tepi.

"Kau buat apa sampai pengsan? Haish dah pergi mandi hari ni kita ada perhimpunan" Chan mengangguk perlahan lalu dicapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

🔮🔮🔮

Di dewan rasmi Magical Highschool, kelihatan ramai pelajar yang sudah berkumpul ada yang mengusik kawan, membuat kerja sekolah last minute dan membuat hal sendiri.

"Ok!! Semua pelajar Magical Highschool diminta berkumpul!!" Jerit Miss Suzy, semua pelajar berkumpul mengikut ketegori masing-masing manakala haiwan peliharaan mereka berserta penyapu terbang akan beratur mengikut tuan mereka.

Nampak pelik tapi kebanyakkan haiwan mereka mempunyai sebab tertentu untuk sentiasa berada bersama tuan mereka kecuali seorang.

"Mana bunny kau?" Soal Taehyung, Jisoo hanya mengangkat bahu.

"Macam la kau tak biasa bunny tu mana pernah muncul waktu perhimpunan" ujar Jisoo bersahaja, sedikitpun dia tidak berasa risau akan haiwan peliharaannya itu.

"Weh Jisoo aku nak minta maaf tau" tegur Seungcheol yang sudah berdiri sebelahnya.

"Kenapa?"

"Orang salji kau dah cair hehe mian" Jisoo tersenyum.

"Takpe biasa la tu salji kan mana tahan sangat"

"Hehehe"

"Hora duduk diam, kalau kau buat muka comel kat sini aku seligi engko" Soonyoung memberikan amaran pada Hora, cukup la pernah sekali tu Hora terbuat muka comel siap guling-guling depan dia habis semua pelajar melting tengok tak pasal-pasal semua berebutkan Hora.

"Meow!" Hora mengangguk lalu tersenyum pada jejaka itu.

"Awww comelnya!!" Junhui yang sememangnya suka kucing terus membelai badan Hora.

"Jangan manjakan dia!! Nanti dia keras kepala hamek kau" Soonyoung menjeling kucingnya itu lalu pandang semula kearah Miss Suzy yang tengah memberikan ucapan.

Tak tau la kenapa dia dengki sangat dengan kucing dia tu.

"Hora duduk diam ok, nanti oppa bagi Hora ikan sedap" mata Hora mula bersinar lalu dia duduk diam disebelah Soonyoung dengan penuh berkobar sebab dapat ikan sedap.

"Junhui, Hora ni jantan..." tegur Wonwoo disebelahnya.

"I know saje cakap macam tu" Wonwoo menggelengkan kepalanya malas nak layan otak pelik Wen Junhui ini.

Manakala Jihoon elok tidur berdengkur bersandarkan belakang badan Junhui bagi tak nak kantoi punya pasal.

"Minghao kau tak bawa haiwan peliharaan kau ke?" Soal Mingyu tiba-tiba.

"Mana kau tau ni?"

"Mirror -_-" Minghao tersengih dia asyik terlupa je Mingyu ada kelebihan sebegitu.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now