42

3K 276 1K
                                    

Sampai sahaja mereka di pantai, Chan mengajak hyung-hyungnya duduk di dalam bulatan di atas pasir.

"Punya la banyak kerusi disediakan nak juga duduk atas pasir ni dah kenapa? Tak reti nak hargai ke pengorbanan pemerintah kau hah? Orang dah bagi kerusi duduk la kat atas kerusi, engko duduk kat pasir ni just dapat gatal-gatal kat bontot kau tu je" bebel Soonyoung sambil melabuhkan punggungnya ke atas pasir.

"Benda dia pun duduk kat atas pasir, anjir betul" maki Chan perlahan, menahan diri dari melempar hyungnya itu ke Afrika.

"Tak, apa masalah si Soonyoung ni? Lately ni dia asyik nak cari gaduh dengan orang je" Junhui mengerutkan dahi tidak faham, tahun lepas cari gaduh dengan orang, minggu lepas, semalam, hari ni pun nak cari pasal.

"Biasa la, dia kan dah lama hidup itu yang dia cari pasal dengan orang sebab nak ajal dia datang awal" balas Jihoon yang duduk disebelah Soonyoung dengan terpaksa, kena paksa tau bukannya dengan rela.

"Baiklah kita kena serius sebelum tu Seungcheol nyalakan unggun api" arah Jeonghan, nak mula bercerita ni wajib la kena ada unggun api disusuli dengan bacaan yassin-- ok stahp.

"Okay!! Korang cover aku cepat, cover!!" Ujar Seungcheol semangat, jangan semangat bang kang terkeluar api besor dah jadi satu hal.

"Yeye kami cover ni--

"HELLO EVERYONE!! TENGOK NI ADA UNTA MAIN-- HSHSHSHSHHS" semua memandang Seungkwan yang sedang ditutup mulut oleh Seokmin dengan tajam.

"BODOH SI SEUNGKWAN NI MEMANG NAK KENA LEMPANG DENGAN AKU KE?!" marah Seokmin, setelah Seungkwan kembali menjadi normal dia melepaskan pegangannya di mulut jejaka itu nasib tak tercekik jari.

"Dia nak attention tu kau apa tau, dia kan kurang kasih sayang" kata Mingyu lalu menatap Seokmin yang senyap-senyap mengelap jarinya di baju Jihoon dengan ngeri.

"Sequeeeseeeeee meeeeehhhh, aku cukup kasih sayang okay, cuma tulah aku ni dah la femes, hensem haih single pula tu" keluh Seungkwan siap mengusak rambutnya kebelakang, kebetulan angin tengah lalu hah lagi feeling la dia, imagine semua orang yang lalu pandang dia sekarang ni padahal takde siapa pun pandang.

"Heleh kau confess kat badak air pun deme reject kau, nampak sangat kau tak hensem even badak air pun tak nak tengok muka kau" berkecai terus lamunan Seungkwan apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Hansol itu.

"Jangan mention boleh tak, sedih tau dia reject aku☹️☹️" jejaka bermarga Boo itu mengusap dadanya perlahan.

Terkenang kembali tragedi 2 tahun lepas, di mana dia berada di taman fauna seorang diri padahal Hansol tengah menyorok kat belakang bontot gajah, waktu itu Seungkwan tengah memegang wajah badak air yang kebetulan berenang depan jejaka itu, dengan sekali kata 'i love you' badak itu terus pergi tanpa sepatah kata meninggalkan Seungkwan yang sudah patah hati sebab haiwan pun reject dia dan Hansol yang nyaris kena pijak dengan gajah akibat gelak berguling-guling tanpa henti.

"Baiklah, kita ubah topik Seungkwan kena reject dengan badak air berjantina jantan kepada mari kita buat sesi meluah dan meludah tapi jangan meludah sekarang aku tak nak bayar denda" sampuk Seungcheol sambil menunjuk satu signboard yang berdekatan dengan mereka, tertulis 'KAU LUDAH!! BAYAR HARGA DIRI KAU' jadi jangan meludah kalau tak nak bayar harga diri tu.

Kalau tetiba tersembur air liur tu, anggap la tu alat penyiram air, nak siram air kat pasir bagi pokok tumbuh hah gitu.

"Okay aku mulakan ye sebab story aku ni boring sikit" kata Minghao, volunteerkan diri untuk bercerita dahulu.

"Tengok muka kau pun ada dah rasa mengantuk" komen Seokmin yang sememangnya berdendam dengan Minghao dari pagi tadi.

"Kalau tak nak kena sodok dengan air laut tu baik kau diam" ugut Minghao, dah ready ni nak campak jejaka itu ke laut.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now