24

3.4K 355 1.1K
                                    

Waktu yang dinantikan sudah tiba, hari dimana semua pelajar termasuk Seventeen akan pulang ke rumah untuk cuti selama seminggu. Di rumah Seventeen ada yang sedang menunggu ibu bapa mereka dan ada juga yang masih mengemas barang last minute tak lupa juga ada yang membuat drama murahan.

"Banyak yang kita dah lalui bersama.." ujar Seokmin lalu meraih tangan Soonyoung dengan lembut.

"Seokmin.." ucap jejaka bermata sepet itu dengan pandangan redup diberikan.

"Hyung.." mereka berdua berbalas pandangan dengan penuh kasih yang tersangat la munafik di depan tangga yang membuatkan rakan-rakan mereka yang lain susah hendak lalu disitu.

"Bongok seminggu je korang tak berjumpa halah drama air matanya macam korang pergi selama-lamanya" tegur Minghao dengan tatapan tajam, tak khusyuk dia nak tengok Tv disebabkan drama murahan di tepi tangga yang sememangnya berdekatan dengan ruang tamu.

"Aku harap kau akan baik-baik di sana hyung.." ujar Seokmin lagi mengabaikan teguran dari rakannya itu. Minghao pula hanya mampu mengusap dadanya perlahan kalau boleh nak je dia terapungkan Seokmin dan hempas dia kuat-kuat kat situ juga.

"Kau juga Seokmin.. jaga diri nae?" Jejaka itu mengangguk perlahan.

"Meow?" Hora menyengetkan kepalanya memandang kedua-dua jejaka di depannya dari tadi dia menjadi penonton drama tuannya.

"Hora.. jikalau ada apa-apa yang terjadi pada tuanmu ini, segera la memanggil ku" pesan Seokmin dengan ayat terlebih Melayunya lalu mengusap kepala Hora.

"Kau pahal Seokmin?" Soal Wonwoo yang baru sahaja turun dari tangga.

"Aku just bagi pesanan kat Hora je!!" Bela jejaka itu apabila sebahagian dari membernya memandangnya macam dia baru je buat jenayah terbesar.

"Tch Hora pun ada niat nak campak tuan dia kat gaung lepastu kau pesan kat dia macam tu? Takkan jadi punya" balas Wonwoo dan mendapat anggukan dari kucing itu.

"Hora nak campak Soonyoung kat gaung?! Hmmph! Sampai hati!!" Teriak Soonyoung lalu membuat mimik sedih, tak sangka kucingnya macam ni tengok la dia ikut siapa hshshshsh.

"Eleh dengar cerita kau nak bangkang perkahwinan Hora dengan kucing jiran kau" ungkit Wonwoo yang sememangnya tau tentang kehidupan manusia bernama Kwon Soonyoung.

"Meow!!" Sokong Hora apabila namanya dimention oleh Wonwoo.

"YE AKU MEMANG BANGKANG PERKAHWINAN TU!! BUKAN KAU YANG BUNTINGKAN KUCING NAMA ANGELINA JOLI PERGI MENJOLI TU!! JOLI TU SUKA SANGAT MAIN-MAIN DENGAN KUCING JANTAN LAIN DASAR COLI!!" Jerit Soonyoung lagi dan dia terus mendapat pukulan kuat di belakang kepalanya.

"Joli bongok bukannya coli hanat betul" hambur jejaka itu setelah memukul belakang kepala Soonyoung.

"KESAH APA AKU" Wonwoo menggulingkan biji matanya malas.

"Dah la Hora jom pergi dari sini, kalau duduk lama-lama dengan Soonyoung boleh jadi bodoh agaknya kita ni" Hora terus naik ke pangkuan Wonwoo lalu pergi meninggalkan Soonyoung yang sudah berasap menahan marah.

"WHAT?! KAU KATA AKU BODOH?! JEON WONWOO TAGUNE MEMANG MALAM NI KAU TIDUR KAT ATAS LANTAI"

"Macam mak kau bagi!! Kau buat macam tu kat aku balasannya kau kena tidur kat luar!! Dasar anak pungut!!"

"YAH JILAKE KAU WONU!! SINI KAU!!" Soonyoung mula mengejar Wonwoo dan Hora yang sudah mencicit lari ke dapur, tak lupa juga bantal ditangannya untuk dijadikan senjata memukul anak orang itu nanti.

"Agaknya aku orang ketiga sebenarnya disini dari tadi ._." Ujar Seokmin setelah lama dia mendiamkan diri akibat pergaduhan Wonwoo dan Soonyoung yang membuatkan dia tak sempat mengeluarkan sepatah kata pun.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now