36

2.7K 302 761
                                    

(Kami tetap sayangkan Seventeen walaupun muka dah berkedut seribu HHSHSHSHSHSH❤️💜tetiba Mingyu nampak macam sugar daddy wuuu)

Malam sudah menjelma, Sir Dongwook melihat jam di tangan sudah jarum jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, dia terus memanggil anak-anak muridnya untuk berkumpul di hadapannya.

"Jadi semua dah sedia? Untuk NIGHT WALK UYEAYYYY" jerit Sir Dongwook dengan teruja, tapi tulah kesian dia seorang je yang semangat yang lain suram je.

"TAKKKKKK" balas Seventeen dengan wajah tidak bersedia.

"Halah penakut la korang ni jangan risau Sir tukar rancangan, malam ni kita tak buat night walk tapi DUDUK NIGHT! Ke night duduk? Duduk? Night? Du night? Hit u with that du du du du? Adududududu eh tibe" bebel guru itu seorang diri, dah teruk bebenor mamat ni.

"Sir bagi la kami rehat, saya mengantuk ni" rengek Jeonghan sambil dirinya menguap perlahan.

"Ah bedebah la kau, bukannya ke kamu tidur lebih dari 5 jam? Itupun bangun sebab ajak makan malam" balas Sir Dongwook tidak mahu kalah, dia memandang Jeonghan yang bersandar di badan Seungcheol atas bawah. Hah elok la tu perangai.

"Tetap tak cukup tidur-

"Okay, apa-apa pun korang semua akan dipecahkan ye Sir akan hantar kamu semua seorang demi seorang dan stay disitu sampai la Sir bagi isyarat untuk datang balik ke tapak perkhemahan" Jeonghan membuat muka geram apabila percakapannya dipotong oleh Sir Dongwook.

"Kalau ada sesuatu terjadi macam mana?" Soal Junhui untuk kepastian, mana tau kalau tetiba dia kena serang dengan makhluk ganas sekurangnya ada la yang nak selamatkan dia.

"Itu masalah kamu bukan masalah saya" jawab Sir Dongwook singkat, yelah bukan masalah dia sebab dia suruh duduk kat situ diam-diam je takde la sampai nak kena serang makhluk lain.

"Tapi bukan ke Sir yang--

"Siapa sampai dulu dia dapat hadiah" potong guru itu lagi, semua terdiam seketika.

"OKAY SIR" sahut Seventeen dengan teruja, terus lupa diorang nak bantah apa yang dikata oleh guru itu. Maklum la jarang-jarang Sir Dongwook ni bagi hadiah, kepala terhantuk kat pokok la tu itu tetiba pemurah semacam.

"Dan bak sini korang punya telefon dah la petang tadi ignore aku, mentang-mentang ada grupchat KORANG KUTUK SAYA KE DALAM GRUPCHAT KORANG?!" Sambung guru itu lalu memandang anak-anak muridnya seorang demi seorang, pantang dia kalau ada orang kutuk dia kalau nak kutuk pun ajak la dia sekali.

"Tak Sir!! Kami baik!!" bangkang Soonyoung, walaupun sebenarnya memang betul mereka ada kutuk guru mereka yang hensem-- ohok ohok itu di dalam grupchat mereka.

"Lepas kau kata macam tu makin tak percaya pula aku" Sir Dongwook menjegilkan matanya pada Soonyoung, siapa je nak percaya kalau muka si sepet tu pun macam dah buat dosa besar muka hodoh semacam sah-dah dia menipu.

"Sekali lagi, bagi sini telefon korang" arah guru itu tegas tapi takde la tegas mana sebab kalau dia tegas sangat nanti cepat tua, bagi pendapat dia la.

"Alah Sir kalau kami tak nampak macam mana?" protes Seungkwan lalu memberikan telefon pintarnya pada Sir Dongwook, engko protes tapi bagi juga akhirnya telefon tu halahhh.

"Pakai jelah lampu suluh apa susah, dah terang lagikan bersuluh ada benda tu kat tangan ditanya lagi nak pakai apa kalau nak ada cahaya dalam hutan, alahai inilah budak zaman sekarang" bebel Sir Dongwook, Seungkwan pula sudah memasang wajah cemberut sebab dirinya dah kena bebel.

"Wahh Sir pakai peribahasa la! Bijak-bijak" ujar Jihoon, separuh memuji dan separuh menyindir gurunya itu.

"Jadi selama ni kau nak kata aku bodoh la?" Sir Dongwook memandang Jihoon tajam, selamat Seungkwan untuk kali ini.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now