52

1.2K 126 175
                                    

Amat digalakkan ye readers sekalian untuk baca balik chap lepas kerana hal-hal yang tertentu-- takut korang lupa je hehehew btw selamat tahun 2023, dah setahun aku tak update HAHAHAHAHHAAHAH
___________________

"Lahhh kenapa masing-masing jerit macam anak tekak nak terkeluor dari mulut?" tegur satu suara dengan suara garau dan menyeramkan itu, dengan ukuran yang sangat besar hampir memenuhi ruang di dalam rumah banglo itu bahkan warna badan makhluk itu berwarna gelap dan kebiruan membuatkan kelima-lima jejaka itu hanya mampu terdiam.

"K-kau siapa?!" soal Hansol dengan berani, maklum la hyungnya semua dah kecut sampai ada yang hampir tercirit kat situ. HAMPIR YE bukannya dah habis berbau nanti. Risau /ᐠ。ꞈ。ᐟ\

"Aku orang la" jawab suara itu lagi.

"Eh walaupun aku ni nampak bodoh TAPI AKU TAU BEZA MANUSIA DENGAN SETAN! MANA ADA ORANG ADA TANDUK KAT KEPALA DIA!" jerit Soonyoung setelah dia kembali sedarkan diri dia untuk jadi berani bukannya pengecut kang kecut seluar dalam kang dah satu hal.

"Tak sangka dia mengaku yang dia bodoh" bisik Jihoon pada Jisoo dan dengan jujurnya disetujui oleh jejaka itu.

"Topik bodoh aku jangan masuk dalam perbincangan ni, SEKARANG NI KITA BINCANG PASAL SETAN NI" tunding Soonyoung pada makhluk itu yang sudah memandangnya dengan hairan.

"Sejak bila kita buka table mari berbincang ni?" sampuk Minghao yang tidak faham akan situasi yang dialaminya.

"SEJAK BILA AKU KATA AKU NI SETAN?!" marah makhluk itu tidak terima, suka hati je kata dia setan, dia hanyalah makhluk yang dianiaya saje.

"TADI?!" balas Soonyoung dengan wajah kau-jangan-nak-buat-lupa.

"APAHAL SOALAN DIBALAS SOALAN?!" sampuk Hansol yang ikut terjerit bersama mereka.

"TAK! YANG ENGKO NAK KOYAK NI APAHAL?!" tunding makhluk itu pada Jisoo. Jejaka itu mengerutkan dahi apabila dirinya tiba-tiba ditunding oleh makhluk itu.

'Aku diam je tau whattahell _' kutuk Jisoo dalam hati, kalau kutuk kuat-kuat takut ada yang merajuk pula, susah jadi pura-pura baik ni.

"JANGAN BALAS BALIK DENGAN SOALAN LA! AKU DAH TAKDE SOALAN LAIN NAK BALAS BALIK NI" jerit Soonyoung lagi, masih dalam mood marilah gaduh beramai-ramai, dia seorang je yang beria gaduh, yang lain dah penat dah.

"HEH AKU DATANG DENGAN CARA YANG BAIK! ENGKO NAK BISING-BISING PULA" seperti Soonyoung, makluk itu masih lagi ingin bergaduh dengan manusia-manusia di hadapannya.

"EH BABI DIAM" semua terdiam lalu memandang empunya suara yang menengking mereka kelihatan dari jauh-- takde la jauh mana dalam jarak tiga kaki dari mereka dapat lihat Jihoon yang sedang menahan diri dari baling mangkuk jamban ke arah Soonyoung dan makhluk itu.

"......."

"Diam pun dipanggil babi baru mulut masing-masing nak tutup" bebel Jihoon sambil menjeling makhluk itu.

"Tapi aku bukan babi..." celah makhluk itu, masih tidak mahu kalah.

"KAU BINATANG JUGA EN?! JADI DIAM" marah Jihoon siap keluarkan batang mop lagi, ni kalau buat dia marah ni memang kena makan la dengan mop tu.

"Hodoh sangat ke muka aku ni ;-;" makhluk itu pergi ke cermin terdekat lalu melihat dirinya, hmm masih nampak handsome.

"Kau tak hodoh giler, memang muka kau macam binatang, natang" tegur Minghao yang sudah penat dengan perangai makhluk dihadapannya, dah la besar tak tau la macam mana dia boleh muat dalam tandas mereka ni.

"Tapi orang-orang dulu puji aku hensem"

"Dasar tak sedar diri--

"Aku sedar diri, kalau aku tak sedar diri takdenya aku buang masa datang sini eii" potong makhluk itu lalu menjelirkan lidahnya, kelima-lima jejaka itu memandang makhluk itu atas bawah, seketika mereka mula dapat mengenalpasti makhluk apa dihadapan mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now