32

3.1K 331 1.1K
                                    

"Mana engko pergi hah Seokmin?! Tak tau ke bahaya pergi sini seorang-seorang!!" marah Seungcheol sambil melihat Seokmin yang sedang sedaya upaya untuk berdiri kerana terjatuh akibat disergah oleh mereka semua.

"Tapi hyung kan ada pokok ni yang bawa aku lari" ujar Seokmin polos, yelah bukan salahnya pokok tu yang bawa lari dia walaupun gelak suka tapi bukan salah dia.

"Eh ye tak ye juga" si leader tersengih tidak bersalah.

"Hmm bangang -_-"

"Sudah-sudah, Seokmin pun kita dah jumpa amoh ler kita pergi ke tapak perkhemahan kita" ajak Sir Dongwook yang mula berjalan tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dia sudah memandang sekeliling dengan teliti.

"Jom!!!" Sahut anak-anak muridnya yang lain, tidak sedar dengan perlakuan guru mereka yang masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Erm Sir kenapa kita tak gerak lagi ni?" Tegur Wonwoo hairan, kemain semangat cikgu dia ajak bergerak tetapi tengok la sekarang berdiri statik dengan wajah selamba.

"Kita dah sampai" ujarnya, dengan hanya mengeluarkan tiga patah perkataan sahaja telah membuatkan otak Seventeen tidak boleh berjalan secara tiba-tiba.

"Eh?"

"What?"

"Wadahel" semua memandang Sir Dongwook bingung, meminta penjelasan.

"Yang korang berdiri ni sini la tapak perkhemahannya" terangnya lagi.

"Tadi Sir yang ajak gerak pergi ke tapak perkhemahan tadi en" Jeonghan mengangkat keningnya, masih cuba nak proses apa yang dikatakan oleh gurunya.

"Alahhh kenapa kamu nak ungkit-ungkit benda yang lepas hah?! Cuba la move on ish ish ish" Sir Dongwook terus berlalu pergi nak pasang khemah katanya.

"Orang tua ni memang nak kena lempang dengan aku" hambur jejaka itu perlahan, belum sempat dia ingin menerkam Sir Dongwook, Chan terus memeluk Jeonghan cuba menangkan hyungnya itu.

"Sabo hyung sabo, tahan nafsu derhaka cikgu tu hyung!!" Jeritnya sambil melempang muka Jeonghan beberapa kali sehingga la hyungnya mula kembali tenang.

Semua mula berlari membantu Sir Dongwook apabila guru itu teriak memanggil mereka untuk memasang khemah dan menyediakan barang-barang memasak mahupun unggun api serta kayu-kayi besar untuk dijadikan tempat duduk.

Apabila mereka sudah selesai mengemas, ada yang sudah pergi ke air terjun yang berada tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka dan ada juga yang pergi berlatih menggunakan kuasa mereka.

"Sir" panggil Seungkwan dan Chan pada guru mereka yang sedang sibuk melihat Seungcheol menyalakan unggun api dengan menggunakan kuasa apinya.

Sir Dongwook menoleh memandang mereka berdua atau lebih tepat lagi camera man.

"Jadi saya ingin menerangkan bahawasanya saya bukan la raja okay sekian pari-pari buruk tu yang saje bikin suspens" ujarnya tiba-tiba dengan wajah imagine-aku-jadi-raja-tak-ke-rosak-dunia-ni dengan penuh keyakinan.

Seungcheol yang sudah selesai menyalakan unggun api terus berlari meninggalkan mereka bertiga, katanya malas nak layan drama tak semengah mereka.

"SIR DONGWOOK" panggil kedua-dua jejaka itu lagi tetapi dengan nada yang lebih tinggi.

"APA?!" sahut guru itu dengan nada yang sama tinggi dengan anak muridnya.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now