22

3.2K 364 1.3K
                                    

"MARI KITA MULAKAN LATIHANN YEAYYY" jerit Seventeen yang lain dengan ceria, mereka berlari pusing-pusing satu padang yang separuhnya agak hitam itu. Sir Gongyoo malas nak baiki padang dia lagi la tu duit tak cukup HAHAHAHHAHAHA.

Selang beberapa minit, guru-guru mereka pun tiba Seventeen pergi kepada guru masing-masing.

"MINHO ENGKO HERET SEUNGCHEOL PERGI TEMPAT LATIHAN YANG TERTUTUP DAN KALIS API KAT DALAM BANGUNAN SEKOLAH!! KORANG BERDUA BLACKLIST BERLATIH KAT PADANG" arah Sir Gongyoo tanpa memandang Seungcheol yang sudah melutut pasrah dan Sir Minho dengan wajah ta bersalah bermain api kecilnya.

"Alah sir kenapa?!" Soal Seungcheol sedih, bosan la kalau dia dengan Sir Minho je sekurangnya kalau berlatih kat padang boleh la dia usya member dia yang lain.

Usya ye Seungcheol🌚🌚

"Kenapa? KENAPA?! SEPARUH DARI PADANG AKU TERBAKO SEBAB KORANG BERDUA BOLEH TANYA LAGI KENAPA?! DAH SHUH NYAH KAMU BERDUA" halau Sir Gongyoo, kedua-dua jejaka itu memuncungkan bibirnya lalu mereka masuk semula ke dalam bangunan sekolah. Nasib la nama dah kena blacklist berlatih kat padang.

"Yang lain pun boleh berpecah pergi la kemana ikut guru kamu semua okay?" ujar Miss Jieun dengan malas setelah melihat drama pengetua, guru disiplin dan leader Seventeen itu.

"Nae!!" Yang lain mengangguk lalu mengikuti guru masing-masing pergi ke tempat yang dituju.

"Jom Wonwoo! Minghao!! Kita pergi rooftoop!!" Semua memandang Sir Bogum yang sedang menarik kaki Wonwoo dan Minghao.

"T-tolong kami..." rayu kedua-dua jejaka itu, masing-masing mencengkam tanah tetapi apakan daya kekuatan Sir Bogum lebih kuat daripada mereka.

"Selamat tinggal kawanku yang ku benci" ucap Soonyoung sambil melambaikan tangannya pada Wonwoo dan Minghao.

"Jisoo, maafkan Miss sebab paksa kamu" ujar guru itu, dia menundukkan kepalanya dengan bersalah.

"Takpe la Miss bukan salah Miss pun saya memang lemah" Jisoo memberikan senyuman manisnya memberitahu bahawa dia tidak kisah akan hal itu.

"Tak la! Jisoo kuat!! Jisoo tak lemah pun jangan difikirkan kisah lama, awak di masa sekarang jadi tumpukan untuk masa depan supaya tak ulangi benda yang sama" pesan Miss Jooyoung, jejaka itu tergelak perlahan bersungguh-sungguh betul gurunya tetapi ada betulnya juga.

Dia selalu fikirkan kisah lepas disebabkan itu dia risau dan lebih memilih berdiam diri dari bersosial dengan rakan-rakannya. Tapi sekarang dia berubah sedikit demi sedikit dengan adanya Seventeen sekurangnya dia cuba untuk berubah.

"Okay Miss jadi.. kita kat mana ni?" Soal Jisoo lalu matanya meliar sekeliling, biliknya besar semuanya putih tiada meja mahupun kerusi.

"Ouh sini adalah bilik musim mesti awak tak pernah masuk kan? Bilik ni baru je dibuat tahun ni dan awak la orang pertama yang akan guna bilik ni" terang Miss Jooyoung tentang bilik ini dan penyebab mengapa Sir Gongyoo tetiba jadi bakhil, mahal nak buat bilik ni hshshshhs.

"Woahh!! Series?!" Soal Jisoo teruja.

"Ready?"

"READYYYYY!!"

"Jja!!" Miss Jooyoung menepuk tangannya, tiba-tiba suasana di dalam bilik itu berubah, suhu mendadak menurun, salji mula jatuh sehingga lantai bilik itu depenuhi dengan salji putih itu.

"Salji... salji? SALJIII!!" Jisoo berlari sambil menjerit keriangan bermain salji-salji itu, terus lupa dia dengan moodnya yang tak berapa baik pagi tadi.

"Miss sini la Miss!! Main dengan saya!!" Ajak jejaka itu mendekati gurunya yang kelihatan nampak kesejukan, terlupa bawa baju sejuk pula.

"T-takpe.. s-saya ehh!!!" Belum sempat Miss Jooyoung ingin menolak Jisoo terlebih dahulu menarik lengannya untuk bermain bersamanya.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now