11

3.3K 413 819
                                    

Selesai sahaja sesi persekolahan, Seventeen berkumpul di pejabat Sir Dongwook. Masing-masing mendiamkan diri maklum la hari ni banyak sangat kejutan yang diorang dapat. Dari kena kritik sampai la kena bebel dengan cikgu takpun kena spray dengan member sendiri HAHAHAHHAAHHAHA.

"Maaf sebab buat kamu semua tunggu lama hmm tak lama kan awak semua tunggu?" Soal Sir Dongwook lalu mengambil fail rekod The Witch Guardians.

"TAK SIR TAK!! HAH TERUSKAN CEPAT" jawab Seventeen dengan senyuman palsu, nak dekat sejam juga la diorang tunggu Sir Dongwook, nasib baik dah sampai baru je nak angkat kaki keluar tadi.

"Ok jadi kamu semua dah tau kan The Witch Guardians tu apa?" Ujar Sir Dongwook cuba memecahkam suasana yang penuh sunyi, awkward dan agak macam kat kubur bila rasai situasi macam ni.

Ada sesetengah mereka mengangguk bagi menjawab pertanyaan Sir Dongwook dan ada yang menggeleng tidak tahu.

"Yang tak tau tu takpe saya akan terangkan, baik The Witch Guardians ni adalah orang-orang yang terpilih akan melindungi dunia magik harapan semua la katakan tapi kami lebih tumpukan benda ni di sekolah sebab kamu semua masih belajar dan masih tak berapa arif nak kawal kuasa kamu semua dan ada segelintir dari kamu semua tak tau kuasa kamu boleh buat lebih dari tu senang cerita lebih berkuasa, contoh macam kuasa Hansol iaitu cahaya tapi sebenarnya boleh upgrade menjadi solar" terang Sir Dongwook panjang, dia meneguk air dengan perlahan. Banyak sangat cakap sampai tekak jadi kering.

"Dan saya tak nak berlengah lagi lepasni kamu semua akan menyelidik tentang kuasa kamu untuk kena lebih mendalam lagi tentang kuasa kamu"

"YEAYYYYYYY" sorak Seventeen dengan gembira, yeayy tak belajar tapi boleh main-main dengan kuasa sendiriiii.

"Di perpustakaan" sambung Sir Dongwook tiba-tiba.

"ALORHHHHH" keluh Seventeen dengan kuat, apa ni perpustakaan. Bosan la mereka nanti dah la perpustakaan mereka jenis yang bergerak-gerak hmmm.

"Apa alorh?! Engkorang fikir semudah abc je nak tau pasal kuasa korang?! Dan start esok kamu semua kena berlatih kawal kuasa kamu semua" ujar Sir Dongwook tegas, dia mengambil fail itu lalu diteliti dengan penuh fokus.

"Dan mengikut pemerhatian saya selama ni saya tengok kamu semua terlalu banyak kelemahan sorry to say tapi kamu semua adalah The Witch Guardians yang paling lemah saya tengok dalam rekod" Sir Dongwook menutup fail itu lalu dipandang anak-anak muridnya yang sudah memasang wajah datar.

"Dah ah sir ni nak naikkan semangat atau buat kitaorang rasa down?" Soal Seungcheol dengan malas. Fed up dapat guru magik macam ni dah la gila kadang-kadang.

"Eh saya nak naikkan semangat korang la ni" balas Sir Dongwook tidak mahu kalah, dia mengedipkan mata sesuci yang mungkin.

"Mende naikkan tu makin turun je kami rasa" balas Jihoon pula.

"Heleh nak gaduh kejap kita settle nanti, sekarang saya nak tegur Seungcheol tolong kawal kemarahan kamu kemarahan kamu tu boleh buat orang lain tercedera faham?" Seungcheol menggaru kepalanya sebelum menganggukkan kepala.

"Nae sir"

"Yoon Jeonghan pula haish saya tak tau la nak kata apa.." keluh Sir Dongwook dengan penuh kesal.

"Saya hensem kan? Alorh sir ni nak malu-malu nak dengan kita saya pula yang rasa malu" Jeonghan mula menutup wajahnya dengan shy-shyton yang sengaja dibuat.

"Kau pahal syial?" Soal Jisoo yang berdiri di sebelah jejaka itu, wajah disgusting diberikan pada jejaka itu.

"Nevermind, just Jeonghan tolong jangan buli orang dan sesuka hati bagi potion kat orang lain benda macam tu bahaya tau kalau potion tu boleh menyebabkan kematian macam mana jadi buang habit yang satu tu ok" tegur Sir Dongwook, fikir dia tak tau pasal Jeonghan yang bagi Seungcheol potion tu come on la dia banyak spy kat sekolah ni.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now