16

3.5K 375 873
                                    

Keesokkan harinya, Seventeen datang ke sekolah seperti biasa, belajar seperti biasa, makan seperti biasa, mulut macam hanat seperti biasa, perangai macam jilaker seperti biasa tetapi sehingga la pada waktu balik, mereka tidak dibenarkan pulang jadi mereka terpaksa berlatih di padang bersama Sir Dongwook.

"Boleh lagi!!" Jerit Sir Dongwook memberikan semangat pada anak-anak muridnya yang sedang bermandikan peluh.

"T-tak boleh!!" Balas mereka dengan mengah, ada yang hampir nak menangis dan ada yang dah ready nak pengsan dengan panas teriknya.

"Come on!! Korang boleh punya!! Buat macam Seungcheol dan Mingyu!!" Sir Dongwook menunjuk Seungcheol dan Mingyu yang turut mandi peluh tetapi tidak mengeluarkan apa-apa suara pun, mereka berdua lebih sibuk berlatih dari merengek HAHAHAHAHAHHA.

"AHHH TAK BOLEH!!" Bentak anak-anak muridnya itu, hampir sahaja mereka mencarut pada guru mereka itu.

"Jangan give up!!"

"AHHH SIR KAMI RASA NAK MATI DAH NI!!" Sir Dongwook memasang wajah datar, haish banyak songeh betul la deme ni sekeh kang.

"Hish yelah kita berhenti kejap" Seventeen menghela nafas lega lalu terbaring kepenatan.

"Apa korang ni? Saya suruh buat PUSH UP je korang punya jeritan tu macam korang kena terbang tanpa guna penyapu terbang pula" bebel Sir Dongwook tidak puas hati, nampak la sangat la diorang ni tak workout.

"Sir tak faham perasaan kami" bela Soonyoung sambil meneguk air.

"Perlu ke saya faham?! Push up ni takde kena mengena dengan perasaan okay!! 5 kali push up pun korang tak sampai lagi apatah 10 tengok Seungcheol dan Mingyu tu ni nak masuk 100 kali push up diorang buat" semua memandang Seungcheol dan Mingyu yang turut baring kepenatan, habis mereka membuka baju mereka kerana panas menampakkan body-body aumm six pack mereka gitu.

Ingat puasa kak jangan menjejeh air liur tu.

Yang lain melihat badan mereka di sebalik baju masing-masing hmm tiba-tiba rasa jeles takde six pack macam Seungcheol dan Mingyu.

"Itu sebab diorang atlet" balas Jeonghan tidak mahu kalah, yelah dah atlet senang la bagi diorang buat push up tu kalau dah buat setiap hari.

"Eh Mingyu tu bukan atlet" ujar Sir Dongwook yang sememangnya tahu anak muridnya itu bukannya atlet kerana nama jejaka itu disenarai hitam selepas mematahkan 10 tiang untuk permainan bola keranjang selama dua minggu berturut-turut. Tinggi tu dah ok dah tapi kalau tangan tu kerjanya asyik patah je baik tak payah.

"Ouh dia kan politik"

"Kena mengena pula" Chan memandang Jeonghan tidak percaya, tak nak kalah bab berdebat dia ni.

"Ok kita teruskan dengan berlatih guna kuasa kamu, Seungcheol mulakan dulu" arah Sir Dongwook yang sudah malas hendak melayan karenah Yoon Jeonghan.

Seungcheol memakai semula bajunya lalu dia mengeluarkan bebola api yang besar di hadapan Sir Dongwook. Jejaka itu memandang Jisoo yang rilek berdiri tidak jauh darinya hmm nampak macam kuasa dia dah takde effect kat Jisoo.

"Wah lawo bebola api cuma saya nasihatkan jangan baling" Seungcheol tersenyum sinis, tangannya mula berura-ura hendak melempar bebola api itu.

"JANGAN BALING CHOI SEUNGCHEOL YA TUHAN NANTI PENGETUA MARAH" teriak Sir Dongwook panik, kekadang budak ni tak boleh percaya juga orang kata jangan baling takut dia baling juga.

"Hehehhe yelah" bebola api itu mula mengecil sehingga ia tidak kelihatan, semua kembali tenang apabila tiada sebarang kebakaran berlaku.

"Jeonghan pula" dengan senang hati jejaka itu membuat aliran air, semua yang melihatnya mula takjub dengan pemandangan itu sehingga la..

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now