17

3.4K 357 880
                                    

Setelah lebih sejam mereka berlari daripada Jihoon akhirnya Jihoon mengalah, semua baring kepenatan apabila mereka berlari tanpa henti lepasni dah boleh check kot kat perut tu ada abs ke tak TIBE.

"Fuhh rasa nak pengsan ok... sambung Mingyu pula" arah Sir Dongwook yang sememangnya tidak mahu membuang masa. Dengan wajah tak-boleh-ke-bagi-aku-rehat? Mingyu mengeluarkan sebuah pedang kristal yang pastinya tajam dan berkilat.

"Ok lepastu?" Soal Sir Dongwook dengan wajah kurang berminat pada pedang kristal itu.

"Lepastu sir nak saya buat apa? Hiris sir ke?!" Soal Mingyu malas, cuba la bagi effort sikit yang kuasa dia ni gempak ke apa ini tak. Nak nangis la camni.

"Alolo abe gurau je awok ni" pujuk Sir Dongwook lalu menunjal dada jejaka itu lembut.

"Geli la sir" guru itu berdehem seketika apabila dia merasakan dia sudah kembali menjadi waras, dia memandang Minghao yang sudah di dalam dunianya sendiri.

"Ok Minghao pula" tersentak Minghao apabila namanya disebut, apabila dia kembali sedar dia mengacukan barang yang berada tidak jauh daripadanya lalu tangannya diangkat tinggi dan menyebabkan barang itu terapung.

"Woahhh barang tu terapung!!" Ujar Seventeen dengan penuh takjub, Minghao pula hanya tersipu malu apabila kawannya memuji kuasanya.

"Tu barang siapa tu?" Bisik Jeonghan pada Hansol.

"Tu barang Seungkwan" jawab jejaka itu tanpa memikir dua tiga kali akibat dia terlebih jujur, takpe dia kan budak baik *tangan dibahu, kaki dilutut*

"HAH CEPAT MINGHAO CAMPAK JAUH JAUH BIAR BUDAK NI SUSAH NAK CARI" jerit Jeonghan dengan tangannya yang dibuat gaya menyuruh Minghao mencampak barang itu sejauh mungkin.

Bang apa yang engko dengki sangat kat Seungkwan tu oiii.

"APA HYUNG NI!! SIR TENGOK JEONGHAN HYUNG!!" Adu Seungkwan sambil menunjuk Jeonghan yang masih terkinja-kinja di depan Minghao.

"OK MINGHAO!! BALING JE!! SIR TAK MARAH" arah Sir Dongwook pula memujuk untuk Minghao mencampak sahaja barang itu dan dia tak akan marah.

"A-apakah.." kaku Seungkwan disitu apabila melihat gurunya yang turut bersubahat bersama Jeonghan. Bukan ke tadi mereka tak sependapat?

"Hahahahha tak baik la" ujar Minghao lalu menurunkan semula barang Seungkwan dengan selamat dan menyebabkan Jeonghan dan Sir Dongwook mencebik tidak puas hati.

"Heleh kau buang aku kira baik la tu?" Sindir Seokmin geram.

"Benda lama jangan diungkit" jejaka itu menggulingkan biji matanya, ada-ada sahaja alasan Minghao ni.

"So Hansol?" Sir Dongwook mengangkat keningnya memberikan arahan untuk menunjukkan kuasanya, dengan senang hati Hansol membaca manteranya lalu keluar cahaya yang sangat terang di tangan jejaka itu.

"MAK SILAU MATA AKU!! YA TUHAN AKU DAH BUTA!!" Jerit Sir Dongwook lalu menutup matanya dengan erat disertai anak muridnya lain.

"SORRY SIR!! TERBUAT KUAT PULA CAHAYANYA HEHEHE" sengih Hansol. Dia mengurangkan cahayanya dan makin lama cahaya itu makin hilang. Sir Dongwook hanya menggelengkan kepalanya lalu dia mencatatkan sesuatu di dalam fail.

"Haish mata aku... Seungkwan engko pula" Jeonghan dan Seungkwan saling berpandangan dengan wajah penuh fighthing! Walaupun tadi baru je deme gaduh tentang lempar barang.

"Ok Jeonghan hyung" Jeonghan menganggukkan kepalanya, dia membaca mantera lalu keluar air yang banyak hendak menyimbah mereka semua tetapi Seungkwan terlebih dahulu menggunakan kuasanya untuk menghentikan masa.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now