4

3.4K 372 167
                                    

Usai sahaja perhimpunan, semua pelajar mula masuk ke dalam kelas masing-masing untuk memulakan pembelajaran kecuali 13 orang pelajar itu, mereka hanya mengekori Sir Dongwook sehingga masuk ke dalam pejabatnya.

Oleh kerana Sir Dongwook ada hal sekejap mereka terpaksa menunggu guru mereka di dalam pejabat yang luas itu, ada yang buat muka menyampah dah ada yang saling menyapa dengan mesra nampaknya tak kebanyakkan mereka suka antara satu sama lain.

"Galah"

"Pendek" Jihoon dan Mingyu saling bertatapan dengan tajam.

"Eii dah la tu kau ni Mingyu asyik gaduh dengan orang je" tegur Seungcheol dengan malas, asal jumpa je gaduh cuba la dalam satu hari tu mereka berbaik pasti aman dunia ni.

"Aku pula yang kena"

"Sunbae ni siapa?" Soal Junhui pada Jisoo.

"Kau tak kenal aku ke?" Jejaka itu menggaru kepalanya, cuba mengingat balik dia pernah terserempak dengan Jisoo atau tak.

"Ermm tak hehe mian"

"Hong Jisoo imnida panggil hyung je" Jisoo tersenyum nipis, dah redho sebab dia mana la femes sangat lain la Seungcheol dan Jeonghan, satu sekolah kenal mereka kapten bola keranjang dan kapten membuli orang.

"Lain kali cuba menyerlah sikit" Jeonghan menepuk bahu rakannya itu.

"Meow!!" Soonyoung menunduk ke bawah, kelihatan Hora sedang menggesel badan pada kakinya lalu diangkat Hora itu.

"Siapa suruh kau ikut aku hah..."

"Meow!!" Hora menunjuk Junhui yang sedang bersiul tanpa memandang mereka berdua.

"Eeee comelnya!!" Seokmin menghampiri Hora ketika dia membelai kucing itu tiba-tiba kelihatan cahaya kuning di badan kucing itu.

"Woahhh" semua mulai takjub melihat cahaya manakala Soonyoung dah buta sebab dia paling dekat k joke.

"Cuba cakap" ujar Seokmin pada Hora.

"Helo?" Semua menjerit teruja apabila Hora berkata.

"Woahhh Hora bercakap!!" Wonwoo menepuk pipinya tidak percaya.

"Hora bercakap!! Woahh pelik" Hora memandang tuannya tajam.

"Soonyoung jahat sebab selalu buli Hora!!" Jejaka itu mengangkat keningnya, tetiba aku kena panggil jahat.

"Eh kau kucing engko yang selalu buli aku disalahkan aku pula" Soonyoung mencerlung Hora tajam, Seokmin tersenyum kekok dia terus membelai kucing itu dan cahaya itu mula hilang.

"Meow?" Hora mencebik perlahan, baru je dia nak maki Soonyoung dah tak jadi.

Jisoo yang tau akan keistimewaan Seokmin terus ditepuk bahu jejaka itu.

"Kenapa hyung?"

"Nak minta tolong cari Bunny—

Belum sempat Jisoo ingin menghabiskan ayatnya, muncul Sir Dongwook yang baru sahaja masuk dengan tergesa-gesa.

"Maafkan saya sebab lambat" semua berdiri berhadapan dengan Sir Dongwook.

"Jadi tahniah sebab terpilih" semua mengangguk kebanyakkan ada yang buat riak suka dan tak suka.

"Kalau saya nak bantah boleh?" Mingyu mengangkat tangannya, Jihoon yang berada disebelahnya dijeling.

Dia tak kisah jika dia boleh tarik diri asalkan dia tak akan jumpa dengan Jihoon sampai bila-bila.

Sir Dongwook mengeluh perlahan dah agak pasti akan ada yang jadi macam ni sememangnya mereka yang terpilih pasti akan ada yang membantah sebabnya tak serasi dengan member barunya.

"Kamu semua akan duduk serumah, tiada bantahan lagipun barang-barang kamu memang sudah ada disitu" ujar Sir Dongwook lancar, usai sahaja nama mereka disebut di perhimpunan tadi automatik barang mereka semua dipindahkan terus ke dalam rumah banglo itu.

"Oh no... satu bilik dengan baran ni" Jihoon yang sedar dirinya dimention terus memandang Mingyu tajam.

"Apa baran-baran?! Kau nak gitar ke?!" Junhui mengusap bahu Jihoon, cuba menenangkan jejaka itu meletus dengan api kemarahannya.

"Saya tahu ada yang tak suka tapi cuba belajar faham antara satu sama lain boleh?" Masing-masing mengangguk perlahan.

"Dan Seungcheol, kamu leader pada grup ni" terbuntang biji mata jejaka itu, asal dia pula yang jadi leader? Dipandang Jeonghan dan Jisoo yang sudah tersengih.

"Aku lahir bulan 10 bro"

"Bulan 12 hehe mian" Seungcheol meraup wajahnya, makin bertambah la tanggungjawabnya.

"Jangan stress kalau ada masalah rujuk pada saya ok, saya pilih kamu sebab kamu ni jenis yang bertanggungjawab" Jejaka itu mengangguk.

"Sir" Chan yang sudah lama mendiamkan diri mula bersuara siap angkat tangan lagi.

"Ye?"

"Kenapa Sir pilih kami? Yang lain saya tau sebab mereka dah duduk lama dah tapi saya, Minghao hyung dan Seokmin hyung baru je masuk semalam" soal Chan dan dipersetujui oleh kedua-dua jejaka itu.

Sir Dongwook tersenyum.

"Sebab kuasa kamu semua satu dalam sejuta" semua mengerutkan dahi tak faham apa yang disampaikan oleh Sir Dongwook.

"Satu dalam sejuta? Tapi kami ni 13 orang mana datang satu?" Hansol menggaru kepalanya, tetiba soalan math masuk ke dalam otaknya.

"Nanti kamu semua tau la, saya terkejut dengan awak Chan"

"Saya?" jejaka itu menunjuk dirinya dengan riak wajah penuh dengan tanda tanya.

"Iyep, tak sangka element tu masih ada ingatkan dah pupus" Chan hanya mampu diam, dia tak tau sangat pasal kuasanya.

"Duduk dengan siapa?"

"P-pak cik dengan mak cik saya" jawab Chan dengan sedikit teragak-agak.

"Manusia biasa" semua memandang Chan dengan pandangan suka ditafsirkan.

"Macam mana—

"Ok!! Semua pergi masuk kelas jangan ada yang nak ponteng lagi-lagi kamu Seungkwan" Sir Dongwook memandang jejaka itu.

"Pfft.. takkan la saya nak buat benda terkutuk tu Sir" Seungkwan menjuihkan bibirnya tetapi selepas melihat pandangan tajam dari Sir itu terus dia mengeluh.

"Yeye tak ponteng"

"Bagus, kamu boleh beredar habis sahaja kelas kamu boleh terus balik ke rumah banglo itu" semua menunduk hormat lalu keluar dari pejabat Sir Dongwook.

"Aku baru je nak tanya" Chan mencebik perlahan.

"Mesti pengetua siasat latar belakang kau, jangan risau la kitaorang pun macam tu" Jeonghan memeluk bahu jejaka itu.

"Ok la bye korang jumpa kat rumah nanti" Seungcheol melambai kearah rakan-rakan baharunya lalu mereka berpecah masuk ke kelas masing-masing



________

Happy 1K gais hshshshsh

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now