14

3.2K 360 735
                                    

"Minghao cepatlah kau buat apa lagi?" Panggil Mingyu yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Soonyoung dan Minghao itu, sekarang sudah tiba waktu mereka harus berkumpul kalau lambat habislah Atok Seungcheol tu marah.

"Sabarlah aku tengah kemas barang aku ni" ujar Minghao tanpa memandang rakannya, dirinya sibuk menyusun buku yang bersepah di katilnya.

"Minghao, mana haiwan perliharaan kau?" Soal Mingyu apabila terlihat bekas besar yang kosong tiada penghuni.

"Kejap lagi dia datang tadi dia ambil angin kejap" jawab jejaka itu.

"Ouhh" usai sahaja mengemas, Minghao tersenyum apabila melihat haiwan perliharaannya berada di belakang Mingyu.

"Hah tu dia!!" Ujar Minghao riang sambil menunjuk sesuatu di belakang jejaka itu, Mingyu dengan penuh teruja menoleh kebelakang untuk melihat haiwan perliharaan jejaka itu.

"Mana-- ARGHHHHH KODOKKKKK" terlompat Mingyu kebelakang melihat haiwan Minghao memandangnya tidak berkedip.

"Dia bukan kodok la!! Dia katak!! Kodok dengan katak pun tak reti beza ke apa?!" Minghao mengetuk kepala jejaka itu lalu dia mengambil kataknya itu.

"Bagi aku nampak sama je.. btw apa nama k-katak kau ni?" Soal Mingyu yang masih takut dengan katak Minghao.

"Mr.Kermit"

"Kermit what?"

"Nama dia Mr.Kermit ok aku jaga dia dari dia dalam telur lagi dan dia baik!" Minghao mengusap badan Mr.Kermit dengan lembut dengan perlahan-lahan Mingyu menghampiri rakannya itu.

"Hmm not bad rupa dia" ujar jejaka itu selepas melihat Mr.Kermit dengan lama.

"Fuhh nasib baik kau la satu-satunya yang boleh terima dia, Seokmin dan Soonyoung hyung takut dengan Mr.Kermit hmmm" ujar Minghao kendur, tiba-tiba dia rasa takut untuk menunjukkan haiwan dia pada rakannya yang lain.

"Well kalau macam tu apa kata kita suruh Soonyoung hyung pindah duduk dengan Jihoon hyung?" Cadang Mingyu dengan keningnya yang diangkat.

"Mana boleh lamak kau ni! Lagipun Hora rapat dengan Mr.Kermit" bantah Minghao, dia meletakkan kataknya masuk ke dalam bekas semula.

"Alorh weh aku terasa nak bawa haiwan aku juga la" ujar Mingyu, jeles bila rakan-rakannya boleh bawa haiwan perliharaan mereka ke sekolah.

"Apa haiwan kau?"

"Anjing"

"Kau gila ke? Anjing? Kau nak bunuh Hora dengan haiwan Jisoo hyung ke apa namanya hah Bunny!!" Mingyu memuncungkan bibirnya, orang baru je cadang dah kena marah belum lagi bawa kena halau agaknya dia.

"Asal pula anak anjing biasa je dua ekor haiwan tu haiwan magik!! Lepastu dia friendly dia boleh je kawan dengan kucing seangkatan dengannya" ujar jejaka itu cuba memujuk rakannya untuk menganggap cadangannya untuk membawa haiwa perliharaannya adalah bagus.

"Suka hati kau la" balas Mingho malas lalu keluar dari bilik itu dan dikejari Mingyu.

"Mingyu apahal kau terjerit-jerit dalam bilik aku dengan Minghao tadi? Nasib aku tak keluarkan kilat aku" sapa Soonyoung yang baru sahaja keluar dari bilik Seungkwan dan Jeonghan.

"Ada kejutan tadi itu yang aku jerit" jawab Mingyu, mereka bertiga terus turun ke bawah kelihatan semua sudah berada disitu.

"Jadi semua ada kan so Chan buka buku tu" arah Seungcheol pada si Maknae yang sememangnya memegang buku itu.

Dengan senang hati Chan membuka kunci buku itu, diselak helaian pertama buku itu tetapi hanya kerutan di dahi sahaja yang terlakar di wajah jejaka itu.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now