9

3K 361 490
                                    

Keesokkan paginya, burung mula berkicauan keluar dari sarangnya untuk mencari makanan, udara yang sangat nyaman berserta sinaran matahari yang berbekalkan vitamin C semuanya nyaman sehingga la di salah satu rumah banglo--

PANG! PANG! PANG! PANG!

"WEHHH BONGOK BANGUN LA WEH CLASS DAH START DUA JAM YANG LALU!! HANAT MACAM MANA AKU BOLEH TERLAJAK TIDUR NI?!" Seungcheol menendang semua bilik rakan-rakannya berserta ketukan kuat dari sudip dan kuali.

Habis semua lintang pukang berlari masuk ke dalam bilik dan ada juga yang hanya menukar baju. Takpe jangan risau deme gosok gigi dengan cuci muka je tapi tak mandi.

"LEE JIHOON BANGUN SEKARANG!! DASAR KETOT TAK SEDOR DIRI BAPAK KWANGSOO KAU CARI KAU LA" jejaka itu memukul bontot Jihoon dengan menggunakan kuali itu.

"AISH SAKITLAH HYUNG!! AKU DAH BANGUN LA NI" Jihoon mengusut rambutnya sebelum masuk ke dalam bilik tidak memandang langsung Mingyu yang sedang sibuk memakai seluarnya.

Tiba-tiba kedengaran derapan kaki yang kuat sedang berlari turun ke bawah dengan wajah panik, dia memandang rakan-rakannya yang sedang menunggu yang lain.

"Apahal kau ni Soonyoung? Kalut semacam je" soal Wonwoo yang sedang mengelap cermin matanya.

"GAIS HORA HILANG GAIS YA TUHAN MANA KUCING HODOH TU PERGI OIII AKU BARU JE NAK JUAL-- oh hai Hora" semua memandang tempat dimana Soonyoung melambai iaitu di dapur.

Hora yang sedang menghirup air teh hijau di dalam mangkuk makanannya terus terhenti dia mengerutkan dahi lalu memberikan pandangan wadafak-bro-kau-teruskan-balik-apa-kau-cakap pada tuannya.

"Hah tu Hora btw kau kata apa tadi? Kau nak jual apa?" Soal Junhui pula dengan muka datar seperti faham apa yang Soonyoung maksudkan tadi.

"Hahahaha.. aku gurau jelah jangan la ambil series sangat chill chill dulu" semua hanya mengabaikan Soonyoung yang masih sibuk kata 'chill' masing-masing melihat jam. Lagi sejam je nak masuk waktu rehat.

"Macam mana kita boleh terlajak tidur ni?" Jeonghan menggaru kepalanya selalunya dia akan bangun awal tetapi tidak hari ni.

"Aku terus tidur so lupa nak kunci jam" terang Minghao, dia memandang rakan-rakannya yang masih terdiam seperti gasp gitu.

"Jangan cakap selama korang tinggal kat asrama korang harapkan dormmate lama korang kejutkan korang" tebak Minghao dan tekaannya tepat mereka hanya tersengih dan mengangguk malu.

"Jisoo hyung pun?"

"Aku memang bangun awal cuma kalau sebulan tu 5 kali je aku bangun sendiri yang selebihnya Taehyung yang bangunkan aku" Jisoo menggosok tengkuknya kekok, salah satu kelemahannya kerana dia selalu berharap pada dormmate lamanya benda yang dia tidak boleh buat pasti Taehyung akan membantunya tetapi disebabkan dia sudah berpindah jadi agak sukar dia nak menyesuaikan diri tanpa bantuan jejaka itu.

Minghao menepuk dahinya, nampaknya mulai hari ni dia kena ajar rakan-rakannya cara untuk bangun sendiri bukannya harapkan yang lain.

Setelah seperti ramai yang sudah turun ke bawah, Hansol memandang ke semua rakannya hmmm macam ada yang kurang je susah bila ramai sangat manusia kat depan matanya.

"Semua dah ada kan? Siapa je yang tinggal?" Soal Hansol sambil mengira bilangan rakannya yang ada dah nak masuk lima kali dia kira ni.

"Jihoon"

"HAH SABAJAP JANGAN TINGGALKAN AKU!! KEJAP PENYAPU AKU MANA WEH?! MANA BUKU AKU?! BEG GALAS AKU MANA?! HUWEEEEE" semua memandang atas atau lebih tepat lagi bilik Mingyu dan Jihoon dengan malas lagi-lagi 96 line. Baru reti nak kabut tadi kemain gelek-gelek depan pintu bilik air lepas kena sepak dengan Seungcheol baru reti nak mandi.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now