7

3.3K 364 230
                                    

Selesai sahaja mereka menjamu selera, kini mereka berkumpul kembali di ruang tamu dn membuat hal masing-masing. Wonwoo yang kebosanan mula memandang Hora dan tersenyum sinis, dia memanggil Jihoon lalu memberi isyarat untuk melihat apa yang dia lakukan sebentar sahaja lagi.

"Kau tengok ni" Wonwoo terus membaca jampi dan tangannya dihayunkan kearah Hora, tiba-tiba Hora terbang seperti dirinya dinaikkan oleh angin. Sememangnya itu kerja Wonwoo pun.

"Wahhhh!! Gempak la kau Wonwoo" jerit Jihoon dengan penuh takjub manakala jejaka itu pula tersenyum bangga.

"Meowwwwwww!!" jerit Hora ketakutan, Soonyoung yang tengok kejadian itu bukannya nak tolong pun gelak ada la. Kesian Hora dapat tuan macam ni. Selepas puas ketawa, Wonwoo mula menurunkan Hora yang sudah memandangnya tajam.

"Ehehehe sorry Hora alololo takmo la merajuk" pujuk jejaka itu apabila Hora mula tidak melayannya.

"Meow!" kucing itu terus menjeling Wonwoo dan berlari membawa diri, heleh macam betina nak main merajuk-merajuk pula bukannya jejaka itu nak pujuk dia sangat pun.

"Hmm takde beza pun kau dengan Soonyoung, kerja asyik nak membuli Hora je" celah Junhui yang turut melihat perkara yang dilakukan oleh Wonwoo itu tadi.

"Alorh bukan selalu"

Sedang mereka sibuk berbual, Seungcheol mula menepuk tangannya itu mengambil perhatian rakan-rakannya yang lain. Setelah semua sudah memberi perhatian padanya sepenuhnya, jejaka itu mula bersuara.

"Ok gais satu bilik kena kongsi dua orang tapi akan ada satu bilik kena kongsi tiga orang dan disebabkan Sir Dongwook yang tentukan kita sebilik dengan siapa mulai kiraan sampai 3 semua naik atas tengok siapa roommate korang,faham?" terang jejaka itu dengan panjang lebar.

"Nae!!"

"ok mulai kiraan satu... duaaa... SEPULUH!!" Seungcheol berlari naik keatas meninggalkan yang lain yang masih terpinga-pinga, setelah selang beberapa saat masing-masing mula menyedari dan berlari mencari bilik mereka dengan melihat barang mereka sahaja.

"DEY BERTUAH PUNYA ANAK ORANG BUTA NOMBOR KE HAPE!!" jerit Jeonghan dengan bengang lalu masuk ke dalam bilik dan tak keluar dah, mungkin dia dah jumpa bilik dia.

Manakala Seungkwan berjalan sambil berpusing-pusing gaya ala bellarina, apabila firasat hatinya mengatakan itulah biliknya dengan senang hati dia membuka pintu.

"hallu Boo in da room--WADAFAK APAHAL AKU SEBILIK DENGAN HYUNG?!" Seungkwan menutup mulutnya apabila dia terkeluarkan satu carutan plus dia menjerit terkejut kerana dia tak terfikir pun dia akan sebilik dengan orang yang sedang memeluk tubuh memandangnya tajam.

Dialah,

Yoon Jeonghan.

Habislah kau Seungkwan, nightmare kau datang depan-depan.

"HEY MANA HORMAT KAU HAH?!"jerit Jeonghan pula tidak mahu kalah. Excuse you, Yoon Jeonghan tu bukan ke anak didikan kau?

Mingyu pula sedang berdiri tegak di depan pintu paling hujung, nak dekat 5 minit juga la dia berdiri kat situ.

"Aku tak kesah aku sebilik dengan sesiapa pun janji bukan dia"ujarnya perlahan, dia menutup matanya lalu membuka pintu itu dengan perlahan. Apabila dia berasa dia sudah masuk ke dalam bilik itu dia membuka matanya dan terpampang wajah Jihoon yang sedang memandangnya dingin.

"Shit kenapa mesti dia..." keluh jejaka itu perlahan, fikirkan Jihoon takkan dengar apa yang dia keluhkan tapi dia silap.

"Wanna die Kim Mingyu huh?" ujar Jihoon tiba-tiba, jejaka tinggi lampai itu merengus kuat lalu baring di atas katilnya mengabaikan Jihoon itu.

"Ouh aku sebilik dengan Junhui hyung?" tegur Chan yang sudah ternampak kelibat hyungnya itu yang baru sahaja keluar dari bilik air.

"Yup"

"Tapi kenapa?" soal Chan pelik, dia pasti mesti ada sebab mengapa Sir Dongwook tetapkan dia sebilik dengan Junhui.

"Aku tau kenapa Sir Dongwook letakkan kau sebilik dengan aku" ujar Junhui lalu mengangkat keningnya dengan sinis, Chan yang tidak faham akan maksud itu hanya mengangkat bahu.

Manakala di situasi lain pula, di dalam salah satu bilik terdapat dua orang jejaka yang masih terdiam atau lebih tepat lagi masih terkejut.

"Why...." ujar Jisoo tiba-tiba cuba memecahkan suasana yang sunyi kang kejap lagi tetiba ada cengkerik berbunyi kang hah tu dah parah. Tibe.

"K-kenapaaaa..." Seungcheol meraup wajahnya, apa mimpi Sir Dongwook pilih mereka berdua sebagai roommate. Api dan ais fuhhh fikir ni cerita Boboiboy ke hmmm boleh jadi juga kan? Ehehehehehe.

"Haish Jisoo"

"S-seungcheol..." sang leader mengeluh perlahan lalu dipandang Jisoo dengan pandangan sukar ditafsirkan. Fikir apa tu Seungcheol🌚🌚.

"Aku harap kau okey sebilik dengan aku dan rajinkan diri nyanyi lagu Into The Unknown" selepas sahaja berkata sebegitu Seungcheol terus keluar dari bilik itu dengan wajah yang sudah merah padam.

"Huweeee ommaaaa aku tak nak menyanyi laaaaaa" rengek Jisoo perlahan, apa jadah dia kena menyanyi lagu tu, walaupun dia hafal lagu tu tak bermakna dia Elsa okie. Dia MALU.

"Hai hyung!!!" tegur Minghao riang apabila menyedari Soonyoung masuk ke dalam biliknya bersama Hora.

"Yow Minghao!! Yeayy kita sebilik" ujar Soonyoung riang siap melompat eksaited lagi.

"Hehehe disebabkan hyung ada bela haiwan peliharaan, so aku nak kenalkan dengan haiwan kesayangan aku!!" ujar Minghao lalu melilau seperti mencari sesuatu.

"Wuu mana dia?" jejaka itu mula menepuk tangan tanda tidak sabar. Kini mata Minghao mula melekat memandang satu arah, dia tersenyum manis apabila menjumpai haiwan kesayangannya.

"Tuu kat bawah kaki hyung" dengan penuh teruja Soonyoung terus memandang ke bawah, Hora yang tak nak ketinggalan turut memandang ke bawah. Masing-masing terpaku.

"Ya tuhan..." Soonyoung terus rebah tidak sedarkan diri apabila haiwan kesayangan Minghao tersentuh kakinya.

"HYUNGGGG!" Minghao menghampiri jejaka itu dengan cemas, haiwan peliharaannya disimpan semula di dalam bekas yang disediakan.

"Meow?" Hora memandang tuannya pelik, disentuh wajah Soonyoung dengan perlahan hmm takde pergerakan, maka Hora terpaksa menggunakan cara yang kasar dia terus melempang jejaka itu turut tidak bangun. Hora hanya mengangkat bahu lalu keluar dari bilik itu dengan riang.

"Yeayyyy kita sebilikkkk!!" Jerit Hansol dengan riang, senang dirinya Wonwoo amat sekepala dengannya dan dia baru tau Seokmin lahir sama tarikh dengannya tetapi beza tahun la.

"Wohooo nasib baik tak sebilik dengan Soonyoung" ujar Wonwoo pula, dirinya amat bersyukur kerana tidak sebilik dengan mana-mana rakannya yang sebaya dengannya lagi-lagi Soonyoung sebab dia tau perangai tiga ekoq tu bukannya betui sangat pun.

"dan aku tak sebilik dengan Minghao!! Yeayyyy!!" celah Seokmin pula, dia bukan tidak suka sebilik dengan Minghao cuma dia ngeri tengok haiwan jejaka itu dan mereka berdua tidak menyedari bahawa kedua-dua rakannya yang mereka tak nak satu bilik itu sekarang menjadi roommate🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚 HAHAHAHHAHAHAHAH.

"GUYS!! BERKUMPUL DI RUANG TAMU" ketiga-tiga jejaka itu terdiam apabila mendengar jeritan sang leader.

"Jom la Seungcheol hyung dah panggil tu" ajak Wonwoo selaku paling tua di dalam bilik itu.

"JOM!"



__________
Yow, actually my phone rosak itu yang aku dok melalut kat mb tu huhuw btw aku akan try hard update so enjoyyyyy

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now