13

3.1K 340 496
                                    

"Wonwoo kata kejap tapi dah nak dekat 30 minit dah ni dia tak muncul pun" ujar Soonyoung sambil bermain buku di depannya, dah fed up nak tunggu rakannya yang seorang itu.

"Sabar la, kau ni fikir senang ke nak cari jalan ke sini? Dah la sempit entah-entah laluannya pun panjang kemana" tegur Junhui malas, sikit-sikit nak putus asa.

"Alah bukunya berkunci, macam mana nak buka ni?" Chan mengeluh perlahan untuk kali ke-5, dari tadi dia cuba membuka pintu tetapi berkunci.

Nak tunggu Wonwoo sampai pun macam lama lagi, better dia tidur je macam ni.

"Chan jangan tidur"

"Yelah-yelah orang tak tidur!!" Chan duduk tegak semula setelah ditegur tegas oleh Junhui, orang nak tidur kejap je itupun tak boleh.

"Nanti dah keluar kita tanya Hansol macam mana nak buka buku ni" Soonyoung menepuk bahu jejaka itu, cuba memujuk si maknae.

Minghao pula hanya diam sahaja dan memandang sekeliling cuba mengamati tempat ini maklum la kali pertama datang, sedang dia sibuk menjelajah buku mana yang best tiba-tiba sebuah buku terjatuh di depannya.

"Eo? Buku apa ni?" Minghao mengambil buku itu lalu membuang habuk yang melekat di buku itu.

"Hachum! Pergh berhabuk teruk buku ni" Junhui menggosok hidungnya, matanya tak lepas dari memandang buku itu.

Chan yang duduk disebelah Minghao mula membaca tajuk buku itu.

"Dragons Magician War" semua terdiam, masing-masing terus memandang author yang masih lagi dalam keadaan separa sedar di penjuru perpustakaan itu. Tertidur awal bhai terbangun kalau tak tertulis chap ni HAHAHAHHAHA TIBE.

Berbalik di situasi tadi, keadaan menjadi sunyi sehingga la seseorang memecahkan keheningan itu.

"Aku nak pinjam buku ni!!" Ujar Minghao teruja, dia memeluk buku itu dengan erat. Chan dan Junhui hanya tersenyum kekok, teruja sangat tu bang.

"Hmmm aku hanya mampu menatap sebab aku tak berapa minat dengan membaca" balas Soonyoung bersahaja.

"Patutlah kau bodoh" Junhui menutup mulutnya, cuba menahan ketawa yang bila-bila sahaja akan meletus.

"Jilake kau" belum sempat Soonyoung ingin memukul jejaka itu tiba-tiba perpustakaan kembali bergerak. Mereka berempat mula panik, mereka terus memeluk antara satu sama lain dengan erat.

"Omma!!!"

Greb!

Mereka membuka mata dengan perlahan apabila terasa tiada gegaran lagi kini perpustakaan kembali kepada yang asal.

"YEAYY KITA DAH SELAMAT YEAYYY" jerit mereka berempat dengan riang siap melompat-lompat.

"TOLONG SENYAP!!" Mereka terdiam setelah ditegur oleh Miss Sunny di bawah, mereka kembali berdiri dan berjalan seperti tidak ada apa yang berlaku tadi.

"Hah sampai pun korang lama kitaorang tunggu, library dah jadi kepada yang asal pun still sesat ke?" Tegur Seungcheol dengan sinis setelah ternampak kelibat rakan-rakannya.

"Diam la, ni Wonwoo kau kata kau nak datang! Mata sepet kau pun aku tak nampak!!" Marah Soonyoung, sakit hatinya melihat wajah chill dari jejaka itu.

"Chill, aku memang nak tolong tapi line tak kuat so location tu tak dapat" jawab Wonwoo tanpa rasa bersalah, actually dia malas nak tolong saje je nak sembang kencang dengan diorang.

"Sengal, kitaorang risau tau mana tau kau kena telan dengan buku-buku ni ke" Junhui mengetuk kepala Wonwoo dengan geram, suka sangat buat orang risau.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now