8

3.1K 344 292
                                    

"Ok kita berkumpul sekali lagi untuk berbincang SIAPA TAU KENAPA SIR DONGWOOK PILIH AKU DAH JISOO SEBILIK?! DEY KANG TETIBA AKU MARAH TAK PASAL-PASAL DEMAM JISOO NANTI!! PASTU TAEHYUNG BELASAH AKU SEBAB AKU PENYEBAB DIA DEMAM" jerit Seungcheol dengan sekali nafas.

Tiba-tiba Jisoo menarik lengan baju jejaka itu perlahan.

"Ermm yang tu kau marah ke?"

"Eh tak yang tu aku tak marah tapi jerit" Jisoo mengangguk faham, nasib baik bukan marah.

"Well mesti ada sebab kenapa dia pilih manusia yang kita benci sebilik dengan kita" ujar Mingyu lalu menjeling Jihoon yang duduk sejauh 10 meter darinya.

Halal gap katanya hmmm.

"Aku tau sebabnya!!" Semua memandang Junhui yang mengangkat tangannya dengan penuh yakin.

"Apa?"

"Ok Seungcheol hyung dan Jisoo hyung, aku rasa sebab korang kena saling melengkapi well Seungcheol hyung kuat marah tapi Jisoo hyung jenis chill humble gitu, lagi satu Jisoo hyung ni dia jenis lemah sikit and Seungcheol jenis kuat so korang akan saling melindungi dan saling belajar cara nak kawal kuasa korang and past is the past ok" terang Junhui pada hyungnya.

"Apa yang past?" Seungcheol memandang Jisoo yang masih tekun tengok Junhui tengah kembangkan hidungnya, bangga dengan teori dia yang sememangnya betul itu.

"Bapak kau" Jawab jejaka itu tanpa memandang rakan sebiliknya itu.

"Apahal dengan bapak aku? And kau kenal ke bapak aku? Kau kenal ke siapa aku?" Jisoo mengeluh perlahan, banyak tanya pula orang tua ni.

"Boleh tak kau tanya bapak kau sendiri aduhhh dasar pelupa!!" Seungcheol menggaru kepalanya, orang tanya je itupun nak marah.

"Jihoon dan Mingyu pula aku rasa Sir Dongwook letakkan korang sebilik sebab dia nak korang berbaik dengan cara saling mengenali dengan lebih dekat" terang Junhui.

"Ceh menyampah aku dengan mamat tu, tak nak aku sebilik dengan dia" Mingyu merengus geram"

"Eh ingat aku nak sangat ke sebilik dengan kau halahhh" balas Jihoon tidak mahu kalah.

Junhui menggulingkan biji matanya:

'Dua-dua baran dengan keras kepala lantak korang la nak jadi apa nanti' bisik hati Junhui dengan penuh kesabaran.

"Tak nak-tak nak pun korang tetap roommate juga, semua dilarang tidur di mana-mana kecuali bilik korang sendiri aku dah letak jampi jangan macam-macam" ujar Seungcheol memberi amaran pada rakan-rakannya serta dirinya sendiri.

"Seungkwan dan Jeonghan hyung pula sama macam dua ekor tu Sir Dongwook nak korang berbaik dan Jeonghan hyung kena berhenti buli orang" Jeonghan berdecit geram.

"Kitaorang memang dah berbaik la!! Kan Seungkwan?"

"TAK! HABISLAH AKU ASYIK KENA BULI HIKS SESIAPA TOLONG AKUUUU" Jeonghan memandang Seungkwan datar. Terjerit-jerit kang kejap lagi kena marah dengan warden baru tau.

"Bising la kau, sumbat air dalam mulut kau kang" Seungkwan mula mendiamkan diri setelah diugut oleh hyungnya itu.

"Jeonghan tak baik ugut orang" tegur Jisoo yang tak berapa senang dengan perangai Jeonghan yang satu itu.

Buli takpe asalkan jangan ugut orang dan buli tu jangan teruk sangat bagi pendapat Jisoo la.

"Yelah sorry Seungkwan" ujar Jeonghan setelah mendapat teguran dari rakannya itu, nampak je Jisoo baik tapi sekali dia marah hmmm mungkin mereka semua akan mati beku.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now