51

1.8K 206 394
                                    

Yow wassup
______________

Keesokkan paginya, ahli Seventeen yang tidak sakit sudah tiba di sekolah dengan wajah muram bagaikan mereka kehilangan separuh dari jiwa mereka seperti author yang juga terasa dah sakit jiwa kerana sudah lama tidak update-- astarghfirullah maafkan sistur (;'༎ຶД༎ຶ')

"Hyung, aku rindu Hansol" kata Seungkwan, memecahkan keheningan yang berlaku pada dirinya dan rakan-rakannya.

Secara tiba-tiba, dengan takde sebab mahupun penyebab, Seungcheol menghentak loker milik anak orang dengan kuat sehingga membuatkan tuan empunya loker yang nak ambil buku teks pun terus tak jadi nak ambil. Yelah, ini bukan drama romance gais macam Hero pergi hentak loker Heroin tanpa sebab dan terus berlakunya aksi badboy dari Hero yang cuba nak ngorat Heroin-- okay takkan sampai ke situ sebab mereka sekolah lelaki, kalau ada perempuan pun acik kantin je deme boleh ngorat, cikgu perempuan semua taken sorry to say lah.

"HAH KAU DULU DENGAN DIA KEMAIN GADUH CEKIK LAKI BINI, BILA DIA TAK DATANG SATU HARI TERLANTAR ATAS KATIL TENGAH NAZAK KAT RUMAH HAH BARU KAU MENGGEDIK NAK RINDU GELI BAGAI" herdik Seungcheol selepas itu dia menunduk meminta maaf kepada pemilik loker anak orang itu. Nasib tak kemek kalau tak habis duit belanja bulanan dia.

"Macam lebih je kata Hansol tengah nazak" tegur Junhui berasa kasihan apabila member dia yang tengah sakit kat rumah kena fitnah dengan leader sendiri.

"Yang hyung nak marah ni kenapa -,-" Seungkwan menjeling Seungcheol tak puas hati, secara senyap la kalau depan-depan dah lama dia join member dia yang sakit tu duduk rumah sekali.

"Cakap jelah kau jeles dia dapat cuti kau tak" celah Seokmin, apabila melihat riak wajah Seungkwan yang sudah berubah, jejaka itu hanya memasang wajah datar.

"Jangan la buka aib aku" marah Seungkwan perlahan.

"Kau yang buka aib kau sendiri, aku cuma bagitau benda yang benar je" ucap Seokmin tak acuh lalu berjalan meninggalkan Seungkwan yang dah merah-merah macam baru kena confess.

"Hallu gais!! Eh-- satu, dua, satu, dua, eh kenapa tak cukup orang ni?!" Sir Dongwook yang baru muncul dari jamban, mengerutkan dahinya apabila mengira anak-anak muridnya yang tak cukup orang. Patutlah aman je sekolah ni, selalunya pagi-pagi dah boleh call bomba sebab ada yang main gaduh-gaduh sampai nak lempar member sendiri.

"Kena telan dengan goblin sir" jawab Chan malas, dia penat tengok muka Sir Dongwook setiap pagi kalau muka macam dia takpe la juga takde la dia muak tengok orang tua ni.

"Lah bila? Asal sir tak tau? Ni nak kena sediakan majlis ke?" soal Sir Dongwook, dengan sifat seorang guru yang mengambil berat terhadap anak muridnya walaupun selalunya dia lah penyebab anak murid dia kena denda basuh kandang kuda-- apapun dia sayang anak murid dia asalkan anak murid dia bukan anak Razak.

"Majlis apa?" Jeonghan mengangkat keningnya, kesian abe kita ni mampu angkat kening je selalunya dia angkat ketiak, tangan cramp kot hmmm.

"Majlis kesyukuran, bagus kurang beban aku jaga korang ni" ujar Sir Dongwook, dengan wajah memang bahagian sebab kurang beban padahal beban keluarga dia pun tak habis lagi.

"Dasar cikgu derhaka, makan gaji buta je tau" kutuk Mingyu, ada ke kata mereka ni beban, okay la tu dari dipanggil sampah masyarakat.

"Hei! Kau apa tau aku makan gaji ke tak?! Si Gongyoo tu pun berkira dengan gaji orang!!" bantah Sir Dogwook, mereka tak rasa kerja dengan Gongyoo kedekut tu hiks.

"Mingyu, jangan mention pasal gaji dengan sir, sensitif dia" tegur Wonwoo, bersimpati dengan nasib gurunya, nak kata padan muka tak baik la pula.

"Alah sorry la appa aku mana pernah dapat gaji so aku takde pengalaman" kata Mingyu bersahaja, tidak bersalah dengan ucapan yang diberikannya.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now