50

2.5K 236 847
                                    

Kini mereka iaitu Seungcheol, Jeonghan, Junhui, Seungkwan dan Chan sedang menyorok di sebalik dapur, melihat gergasi salji yang sedang berkelilingi ruang tamu jangan risau api mereka dah padamkan dengan bantuan Jeonghan itupun lepas kena paksa.

Mereka memerhati lagi gergasi itu, walapun mereka pening melihat gergasi itu duk pusing kat ruang tamu lima kali, mereka tetap berjaga-jaga mana tau gergasi tu nampak ruang dapur hah mampos mana deme nak lari.

"Grrr.." gergasi salji itu memandang sekeliling sesekali makhluk itu pergi ke bilik air yang berdekatan dengan ruang tamu, dia pergi sana bukan nak membuang just nak check kot-kot lah ada yang masuk ke bilik air ni boleh dia terus tangkap.

"Kenapa bunyinya macam anjing?" komen Jeonghan, tidak suka dengan bunyi yang dikeluarkan gergasi salji itu.

"Diam bodoh, kalau dia dengar macam mana?" tegur Seungcheol geram, waktu bahaya macam ni pun menyempat nak komen bunyi makhluk tu.

"Aku tanya je halah dia takkan dengar punya, telinga pun dia takde" selepas sahaja Jeonghan ucap sebegitu terus gergasi salji itu memandang dapur atau lebih tepat lagi memandang jejaka yang bermulut lancang.

"D-dia dengar la hyung..." kata Junhui yang sudah mula merasa seram sejuk melihat pandangan mengerunkan dari gergasi salji.

"Macam mana dia boleh dengar siak, pakai hidung ke" soal Seungkwan pula bingung.

"Hidung pun dia takde" ujar Chan lancar, gergasi itu memandang Chan pula, dengan perlahan makhluk itu menghampiri mereka dengan muka bengisnya.

"Kau dah buat dia marah!! Mati la kita!" Junhui memukul bahu si maknae bengang, haih nasib dia tak bawa seletip kalau tak dah lama kena budak ni.

"Mana la aku tau dia sensitif bab macam ni, mak dia tak ajar ke hati kena tabah bila hadap orang zaman sekarang ni" kata Chan lagi, tidak kisah akan pukulan di bahunya.

"Dia je takde mak!! Dia wujud sebab Jisoo hyung!" ucap Seungkwan yang turut sakit hati mendengar celoteh si maknae ni.

"Hah Jisoo hyung la mak dia" balas Chan tidak mahu kalah.

"Ajaran sesat mana kau belajar ni woi?! Jisoo tu pencipta dia la!! Kau sekolah ke tak?!" soal Seungcheol geram, main cakap je si Chan ni nak kena cuci otak agaknya dia ni.

"Aku tengah sekolah la ni!!"

"Woi nak gaduh siapa sekolah ke tak tu nanti, sekarang macam mana nak lawan dia?!" Junhui menunjuk gergasi salji itu yang semakin menghampiri mereka.

"Kita pakai kuasa Seungcheol" cadang Jeonghan, dia tak boleh nak lawan gergasi salji tu kerana kalau dia keluarkan air dan makhluk tu tau nak tukarkan air menjadi ais dah satu hal.

"Terbakar rumah ni aku tak nak tanggung" Seungcheol mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah.

"Kau belum belajar lagi sihir api yang boleh kawal tu?!" tanya Jeonghan tidak percaya, dia memandang si leader atas bawah, mamat ni duduk kelas mana? Dah senior tahun akhir takkan tak belajar lagi sihir mengawal api.

"Dah tapi aku lupa"

"HAH WAKTU MACAM NI LA OTAK KAU NAK FLUSH MANTERA SIHIR TU KELUAR DARI KEPALA KAU HALAHH, AKU BAGITAU SIR MINHO" tengking Jeonghan, dia sudah berura-ura hendak menumbuk wajah Seungcheol nasib Seungkwan dan Chan menahannya.

"JANGAN LA DHO NANTI DIA KURUNG AKU KAT PERPUSTAKAAN YANG BOSAN TU, DAH LA DUA JAM JE DIA AJAR AKU GUNA KUASA API YANG LAGI 3 JAM DIA TANYA AKU PEREMPUAN MANA YANG DIA PATUT AJAK BUAT AWEK, BOLEH MENTAL AKU KAT SITU" balas Seungcheol dengan jeritan kuatnya, macam nak minta attention.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now