27

2.8K 337 703
                                    

"Lalalala~~ woi datang la woi!!" Seru Jeonghan sambil menyepak air di tepi batu-batuan yang besar dengan malas tetapi apa yang diserunya masih tidak muncul-muncul membuatkan jejaka itu hampir sahaja ingin membuat pusaran air.

"DUYUNG-DUYUNG KU KASIHI KEMARI LA KAMO DENGAN EKOR LAWO DAN WAJAH TAK BERAPA LAWO KAMU~~" jerit jejaka itu dengan kuat, selang beberapa detik terdengar percikan air yang semakin kuat seperti menghampirinya.

Splash!

"WOI BASAH LA BAJU AKU HISH" marah Jeonghan sambil cuba mengeringkan bajunya yang terkena sedikit percikan air.

"Kau kata muka aku tak lawa?!" Herdik seekor duyung betina itu. Berambut merah, anak matanya berwarna hijau terang dan ekornya yang turut berwarna seperti anak matanya itu menatap Jeonghan geram.

"Kau lawa la... ekor kau jelah" ujar Jeonghan tanpa berasa takut pun walaupun dalam hati dia berharap sangat yang dia tak kena sumpah jadi landak laut oleh duyung itu.

"Yah!!"

"Hallo hyung!!" Sapa seekor duyung jantan pula yang badannya dalam linkungan budak berumur 12 tahun, rambutnya berwarna blonde dan ekor dan anak matanya berwarna caramel melambai ke arah Jeonghan dengan ceria.

"Hey Alex wassup? Apahal dengan kakak kau tu? Marah-marah pula dia" adu Jeonghan pada Alex yang sedang berenang menghampiri jejaka itu.

"Aku marah sebab kau kata aku tak lawa!!" Bela duyung betina itu untuk dirinya sendiri, kadang-kadang kita jangan bagi muka sangat kat si Jeonghan ni.

"Tengok dia marah aku lagi" Alex menggaru kepalanya dengan bingung, dia tak tau nak backup siapa jadi dia tengok jelah Jeonghan dan kakaknya itu bergaduh.

"Sudah la tu Emily takmo la marah nanti cepat tua baru tau" tegur seekor lagi duyung betina yang berambut coklat kehitaman serta rambut dan ekornya berwarna ungu gelap.

"Eish Olivia ni!! Yang pergi backup mamat tu buat apa?!" Bentak Emily bengang, ada kembar pun macam takde kembar hmmph!

"Aku tak backup aku kata je" bela Olivia malas, dia duduk disebelah Jeonghan di tepi batu lalu bermain ekornya.

"Yow Jeonghan" jejaka itu menoleh memandang seekor duyung jantan yang baru sahaja menghampiri mereka. Berambut hitam dan ekor dan matanya berwarna biru langit.

"Hai Leo hyung" sapa Jeonghan dengan ceria.

"Tahniah jadi The Witch Guardians, jaga dunia ni elok-elok bukannya tau membuli je" ujar Leo mengucapkan kata selamat dan memberikan sedikit pesanan bagi Jeonghan tu sedar sikit tentang tanggungjawabnya.

"Okay, aku tau la bila nak membuli bila nak series heleh" balas Jeonghan dengan wajah aku-tau-la-aku-dah-tobat-halah.

"Hyung, takde nak cerita apa-apa ke?" Sampuk Alex, cuba untuk menghilangkan rasa canggung di antara mereka.

"Ada!! Hyung tak sangka kumpulan hyung adalah kumpulan paling gila pernah hyung jumpa" cerita Jeonghan dengan semangat, ye disebabkan kegilaan mereka yang membuat sekolah mereka hampir hancur, cikgu-cikgu pun turut terkena tempias hampir gila lagi-lagi Sir Gongyoo.

"Gila macam kau ke?" Soal Emily dengan minat.

"Lagi teruk dari tu"

"Hergh.. gila kau pun dah buat aku ngeri apatah lagi kawan-kawan kau" Jeonghan terkekeh perlahan melihat duyung betina itu bergedik ngeri.

"Nanti aku bawa diorang jumpa korang" ujar jejaka itu dan mendapat sorakkan kuat dari duyung-duyung itu.

"Yeayyy jumpa kawan baru!! Tau-tau je aku dah muak main dengan kau" Olivia menyiku perut Jeonghan dengan kening-kening yang sudah terangkat, sengaja menyakitkan hati kawan daratnya itu.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now