47

2.3K 241 549
                                    

"Yeahhh kita dah sampai rumah kita wohoo!!" Jerit Soonyoung dengan gembira setelah menendang pintu rumah asrama mereka dengan kuat. Maklum la dah seminggu cuti memang beria macam ni nanti lama-lama mula la merengek nak balik.

"Kau boleh diam tak?! Rumah ni bukan kau punya seorang je jadi jangan nak batak sangat" marah Jihoon yang sedang mengurut dadanya akibat kemunculan mengejut dari jejaka anak Kwon itu.

"Nak happy pun tak boleh -,-" Soonyoung mengerucutkan bibirnya tanda merajuk.

"Tak boleh!!"

"Meow!!" pergaduhan di antara Jihoon dan Soonyoung terhenti apabila terdengar bunyi 'meow' di kaki mereka.

"Eh hai Hora!!" sapa Jihoon lalu mengusap kepala Hora, Soonyoung mencebik bibir apabila meliha jejaka mungil itu dengan gembira melayani Hora padahal baru je tadi mamat tu marah dia. Dasar talam dua muka!

Soonyoung memandang kucingnya yang kini sedang memandangnya sinis setelah Jihoon beredar ingin mengemas barangnya dan barulah dia teringat sesuatu.

"APAHAL KUCING DERHAKA NI ADA KAT SINI?! BUKAN AKU DAH TINGGALKAN KAU KE?!" herdik Soonyoung tidak terima, macam mana kucing ni boleh ikut padahal dia dah kurung Hora dalam bilik dia sebelum dia balik asrama.

"Aku yang bawa dia, kesian dia nanti dia rindu omma dia macam mana?" celah Wonwoo sambil mengelap rambutnya basah usai dia membersihkan dirinya tadi.

"SIAPA OMMA DIA HAH?!" Soonyoung menatap rakannya itu tajam, sejak bila dia kahwin heol dia je single.

"Kau la" tunjuk Wonwoo pada Soonyoung yang masih bercekak pinggang macam mak-mak nak hanger anak sebab pergi hilangkan tupperwarenya.

"Ouh jadi betul la Hora dah dapat ayah baru ( ͡° ͜ʖ ͡°)" sampuk Seokmin yang dari tadi duk menguping perbualan hyung-hyungnya.

"YAHHH APA KAU NI DASAR OTAK DIRTY DIRTY" tanpa sempat Seokmin melarikan diri, bahunya terlebih dahulu ditampar kuat oleh Soonyoung.

"Cakap jelah kau malu hyung waduhhh sekali sekala pengantin baru" ujar Seokmin lagi, masih tidak serik kena tamparan dari Soonyoung kali ni dia kaitkan Wonwoo pula. Cari pasal betul anak orang ni.

Wonwoo pula hanya buat tidak endah sahaja apa yang dikata oleh Seokmin, kalau marah makin teruk la si budak tu menganjing dia baik dia diam je nanti lama-lama diam la Seokmin tu sebab takde siapa nak layan dia.

"Malas aku nak layan korang ni" Soonyoung menggulingkan biji matanya lalu naik keatas untuk masuk ke dalam biliknya. Kalau lama-lama kat sini boleh panas dia lagi-lagi bila dia tengok wajah tak bersalah Hora tu.

"Mana Jeonghan hyung dan Seungcheol hyung?" soal Chan yang kebetulan memang ada kat ruang tamu sibuk tengok TV, tak macam Seokmin tu suka menguping perbualan orang walaupun tadi perbualan Soonyoung, Jihoon dan Wonwoo lebih kepada menjerit.

"Date" jawab Minghao ringkas.

"Dengan Jisoo hyung ( ͡° ͜ʖ ͡°)" sambung Seungkwan dengan muka gatalnya yang selalu ditunjukkan pada Hansol-- ehhh salah topik pula (/▽\).

"Kesian Jisoo hyung" Chan menggelengkan kepalanya, dia dapat membayangkan bertapa sengsaranya hyungnya nak melayan Jeonghan dan Seungcheol yang asyik bergaduh je.

"HALLUUUU GAISSSSS!! JISOO ADA BAWA AISKRIM!!" panjang umur baru je Chan kesiankan pada hyungnya, kelihatan Jisoo menendang pintu rumah itu dengan dua bekas besar berwarna putih ditangannya.

"YEAYYY AISKRIM!!" pekik mereka gembira lalu berlari menghampiri Jisoo untuk mengambil aiskrim di dalam bekas putih yang sudah dibuka oleh Seokmin, fuhhh laju je budak ni kalau bab aiskrim free.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now