20

2.8K 340 465
                                    

"D-daddy.. hiks Joshua takut.. Mommy!!" Raung Jisoo, tangannya meliar mencari sesuatu sedangkan matanya masih lagi tertutup.

"Shh.. hyung jangan takut kitaorang ada dengan hyung, tidur ye takpe Hansol temankan hyung" pujuk Hansol lalu meraih tangan jejaka itu dengan erat cuba menenangkan hyungnya yang dari tadi asyik meracau.

"Jangan tinggalkan aku.." pinta Jisoo dengan wajahnya basah kerana menangis berlebihan.

"Ye kitaorang janji takkan tinggalkan hyung" Seungkwan memeluk hyungnya erat dan menyuruh Jisoo tidur kembali kerana dirinya lihat seperti sangat lemah.

Jisoo kembali menutup matanya dengan ditemani oleh Hansol, Seungkwan, Wonwoo dan Jihoon. Yang selebihnya sudah masuk ke dalam bilik takpun ada yang duduk di ruang tamu memikirkan sesuatu.

"Dia ok tak?" Soal Seokmin di luar bilik Seungcheol dan Jisoo.

"Ye nasib baik dia just nightmare biasa" jawab Soonyoung sebelum menutup pintu bilik itu perlahan.

"So hyung siapa Joshua?"

"Ouh dia ada nama lain selain Jisoo iaitu Joshua" terang jejaka bermata sepet itu, walaupun Jisoo jenis yang suka berahsia sekurang-kurangnya ada la juga dia bagitau nama panggilannya yang lain.

"So family dia lebih panggil dia Joshua la" Seokmin menganggukkan kepalanya faham.

"Nampaknya begitu la" Soonyoung melirik kearah Jeonghan yang sedang menghampiri mereka berdua dengan wajah bengang.

"Hyung kenapa ni?" Soal jejaka itu apabila terlihat Jeonghan seperti ingin menumbuknya secara tiba-tiba.

"Sir Dongwook call aku, dia kata guru-guru yang lain akan ajar kita sampai la hari terakhir sebelum cuti nanti" Jeonghan mengeluh perlahan, dia tak kisah kalau kena berlatih dengan guru-guru tu cuma dia risau si Jisoo, nak ke rakannya tu sambung berlatih lepas apa yang dah jadi tadi.

"Sir Dongwook buat apa? Busy semacam je dia kat sekolah aku pun tak nampak batang hidung dia langsung" ujar Seokmin, dia hairan kemana guru hanatnya pergi satu hari tak nampak kat sekolah bahkan waktu masuk pelajaran kelasnya pun dia tak masuk.

"Tak tau la dia busy apa haish" rungut Jeonghan lagi lalu membawa diri masuk ke dalam bilik, better tidur dari serabutkan kepala otak.

"Kim Mingyu" terhenti langkah jejaka tinggi lampai itu apabila namanya dipanggil oleh seseorang yang dia memang tak nak jumpa sekarang ni.

"Y-ye Seungcheol hyung?" Mingyu menoleh kebelakang melihat wajah dingin leadernya.

"Ikut aku" arah Seungcheol lalu berjalan melepasinya menyuruh jejaka itu mengekorinya pergi ke laman belakang, tiba-tiba Mingyu rasa menyesal keluar sebab nak ambil angin.

"Disebabkan Jisoo tengah rehat rasanya aku kena berbincang pasal ni dengan kau jelah" Mingyu yang dari tadi menundukkan kepalanya, mendongak memandang Seungcheol yang masih memasang wajah dingin.

"Tentang apa?"

"Tentang yang kau TERsalah send tu so tak nak mengaku apa-apa ke?"

"Hyung.. a-aku.." Mingyu meneguk air liurnya kasar, entah kenapa dia berasa takut untuk menjawab soalan dari si leader. Belum sempat jejaka itu menjawab Seungcheol terlebih dahulu memotong.

"Kau putera kan Mingyu?" Dengan teragak-agak Mingyu menganggukkan kepalanya perlahan, identitinya yang selama ni dia simpan dengan selamat kini terbongkar jua.

"Jisoo juga?" Sekali lagi Mingyu menganggukkan kepalanya tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Mingyu.."

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now