18

3.3K 351 882
                                    

Waktu rehat sudah bermula semua pelajar berpusu-pusu pergi ke Cafeteria termasuk Seventeen, mereka makan dengan berselera sehingga la telifon Seungcheol berbunyi menandakan mesej masuk.

Jejaka itu meletakkan makanannya lalu mengeluarkan telefon dan dibaca mesej itu, dia mengeluh perlahan setelah membaca mesej itu lalu menyimpan telefonnya semula.

"Apahal hyung? Murung semacam je" soal Seungkwan yang sedar akan riak wajah si leader.

"Sir Dongwook takde hari ni, dia kata dia ada hal penting so dia tak boleh latih kita plus dia merajuk dengan readers sebab benci dia" jawab Seungcheol dengan pandangan readers-jangan-benci-dia-kami-sayang-sir-dongwook pada camera man terdekat.

"Lahh jadi latihan cancel la?" Soal Soonyoung pula dengan teruja, boleh la ni buat qada' tidur selama 8 jam.

"Tak.. hari ni semua guru The Witch Guardians turun padang termasuk pengetua" semua terdiam atau lebih tepat lagi tercyduk setelah Seungcheol berkata begitu.

"Apahal semua guru ikut sekali?"

"Diorang la pembantu Sir Dongwook alahai so diorang gantikan Sir Dongwook, pengetua pula memang nak tengok potensi kita" jawab Seungcheol sambil menyambung makan makanannya.

"Jadi siapa guru-guru tu?" Kunyahan jejaka itu terhenti apabila Jisoo menanya soalan begitu.

"Entah tak silap aku guru untuk The Guardians just ada lapan orang termasuk Sir Dongwook" Jisoo mengangguk laju, nampaknya mereka masih tak mengenali guru The Witch Guardians selain Sir Dongwook.

"Aku nak tau dho siapa cikgunya!! Jom tanya Taehyung hyung!!" Ujar Mingyu lalu bangun dari duduknya diikuti yang lain yang sememangnya sudah selasai makan.

Sampai sahaja mereka di kelas Taehyung, kelihatan jejaka itu sedang sibuk menulis sesuatu di dalam buku dengan fokus sehingga tidak menyedari bahawa Seventeen sudah berada di depannya.

"Korang buat apa?" Tegur Jimin yang turut baru sahaja tiba di tempat Taehyung.

"Nak tanya sesuatu" Jimin mengangguk lalu menepuk bahu jejaka itu, Taehyung mengangkat kepalanya apabila bahunya ditepuk, dahinya berkerut kerana Seventeen dan Jimin berada di tempatnya beramai-ramai.

"Nak apa?"

"Weh Taehyung!! Kau ada tak majalah pelajar tahunan tahun lepas punya?" Soal Jeonghan dengan sebaik-baik mungkin kang kalau cakap kasar takut dia tak bagi pula.

"Ada... kenapa? Jangan kata korang nak tengok majalah tu sebab korang nak tau siapa cikgu-cikgu The Guardians" tebak Taehyung dan tekaannya betul apabila melihat sengihan tidak bersalah terlakar di wajah Seventeen kecuali Seokmin, Minghao dan Chan. Maklum la budak baru lagi.

"Haish bukan korang ada ke majalah tu juga?" Keluh Taehyung, tak faham dengan semua rakannya ini takkan benda penting macam tu pun tak tau.

"Takde.. kenapa kitaorang kena ada?" Soal Jihoon semula, dia tak dengar pun yang mereka kena ambil majalah itu ingatkan khas untuk pelajar terpilih je.

"Aik takkan tak ingat dulu?" Seventeen mula memandang atas, cuba mengingat kembali kisah tahun lepas yang hampir mereka lupa pada musim panas tahun lepas.

"Baiklah pelajar saya ingin mengumumkan tentang majalah pelajar untuk tahun ini" semua pelajar mula bersorak gembira apabila majalah tahunan akan dikeluarkan hari ini kecuali...

Seungcheol yang tidur ternganga bersandar di bahu Jeonghan manakala jejaka itu sibuk mengacau Taeyong di depannya.

"Kita dah deal kan jangan kacau aku waktu perhimpunan!!" Marah Taeyong yang sudah muak dengan tangan Jeonghan yang masih gatal merayap di dadanya.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now