2

3.8K 365 279
                                    

"Cheol, kau nak apa-apa tak?" Soal Jimin sambil menuam ais di pipinya akibat ditumbuk oleh dormmatenya itu.

Cari pasal lagi memang kena la setepek.

"Aku nak hati kau"

"Eeee kau curang dengan Jeonghan" Seungcheol menghela nafasnya, nasib baik dia tengah pegang dua dulang kalau tak dah lama mamat ni kena lunyai. Entah apa salah dia sampai ramai yang ship dia dengan Jeonghan.

"Kenapa aku kena bawa dulang kau sekali? Muka kau je yang cacat tangan kau bukannya cacat" ujar jejaka itu tidak puas hati.

"Denda sebab kau tumbuk aku"

"Pale hotak dia" Usai sahaja mereka mengambil makanan, mereka mencari tempat duduk sehingga la ada yang mengangkat tangan seperti menyuruh mereka duduk bersamanya.

"Hai Taehyung!!" Sapa Jimin lalu duduk disebelah jejaka itu.

"Yow"

"Hai" sapa Seungcheol pada Jisoo lalu duduk disebelahnya. Jejaka itu hanya mengangguk tanda membalas sapaan dari Seungcheol lalu menyambung makan semula.

Seungcheol memandang sarung tangan Jisoo lama tetiba dia rasa geram nampaknya penyakit OCD dia dah datang balik, OCD nak menyibuk pasal orang. Baru sahaja dia nak buka mulutnya dirinya telah ditegur oleh Jimin.

"Oi Seungcheol makan bukannya termenung" tegur Jimin.

"Yelah-yelah" Seungcheol menjeling Jimin lalu makan dengan geram, dah la tak bagi dia peluang nak tanya kat Jisoo lepastu kena tuduh termenung haish sabar jelah.

"Hachum!!" Tiba-tiba Jisoo bersin lalu mengusap hidungnya.

"Kau dah kenapa bersin?" Terhenti aktiviti makannya melihat dormmatenya bersin tanpa henti.

"Korang tak rasa panas ke?"

"Panas tu ada la tapi kan kita kat dewan makan siap ada aircond lagi" jawab Jimin.

"Tapi asal aku rasa bahang ek? Panasnya lain macam hachum!!" Bersin Jisoo lagi tetapi kali ini makin teruk kerana muncul orang salji yang kecil di depan mereka sedang pandang mereka bertiga tidak berkelip.

"O-orang salji?" Taehyung yang sudah masak dengan  Jisoo hanya meraup wajahnya.

"Jisoo, jangan sekarang la weh" jejaka itu menggelengkan kepalanya.

"Mana datang bahang ni weh? Aku tak nak demam" mendengar sahaja apa yang dikata oleh jejaka itu, Jimin terus memandang Seungcheol yang masih melayan perasaan marahnya.

"Seungcheol" panggil Jimin, jejaka itu mengangkat kepalanya dengan malas tiba-tiba matanya terbuntang luas apabila melihat orang salji kecil sedang melambai kearahnya.

"Hai!" Sapa orang salji itu.

"Weh apa tu?!" Soal Seungcheol gelabah.

"Orang salji je jangan risau btw kawal marah kau tu" tegur Jimin.

"Macam mana kau tau aku tengah marah?" Jejaka itu mengerutkan dahi, ketara sangat ke marah dia?

"Bahang kau buat Jisoo bersin" terus Seungcheol dan Jisoo pandang antara satu sama lain.

"Api?"

"Salji?"

Segera Jisoo dan Seungcheol menjauhkan diri mereka.

"M-mian aku tak tau pula kuasa kau salji, sorry!!" Seungcheol menunduk maaf berkali-kali.

"Ahh takpe!! Aku still tak boleh nak kawal kuasa aku ni bukan salah kau" ujar Jisoo cuba mengurangkan rasa bersalah dari Seungcheol.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now