25

2.8K 310 593
                                    

"Seungkwan.. mari makan sayang" panggil Pn.Boo pada anaknya yang masih berada di dalam bilik.

"Baik omma" sahut jejaka itu lalu turun ke bawah untuk makan tengah hari bersama omma dan appanya, kedua-dua noonanya masih belum pulang maklum la sibuk bekerja.

"Jadi macam mana jadi The Witch Guardians? Okay?" Soal Tn.Boo kerana berasa bosan apabila makan tanpa berborak.

"Boleh la maklum la baru seminggu jadi hehehe latihan pun okay dengan cikgu yang 'baik' heee" ujar Seungkwan dengan senyuman lelah, dia memang penat tapi bukan penat berlatih tapi penat melihat guru-guru mereka yang terlebih gila macam Sir Dongwook.

"Baguslah kalau macam tu kamu tau lepas je pengetua telefon kami dan bagitau kamu terpilih appa kamu menangis waduh omma rilek je makan gula-gula" cerita Pn.Boo dan terus mendapat tamparan manja dari suaminya, alolo nak malu-malu pula bakal bapak mertua readers ni.

"Noona kamu pula menjerit-jerit dekat kawasan kejiranan yang kamu terpilih katanya nak show off" hampir tersedak Seungkwan mendengar cerita ommanya, apa dah takde kerja ke kakak-kakak dia nak show off dekat jiran nanti yang malunya dia bukannya mereka.

"Haish tak habis-habis noona ni" omel Seungkwan malas.

"Omma.. memang basic eh kalau member dalam kumpulan kita ada rahsia besar?" Soal jejaka itu, dia memang hairan dengan member-membernya suka sangat berahsia.

"Semestinya itu kan benda biasa kenapa?" Soal Pn.Boo semula apabila melihat wajah Seungkwan seperti macam ada banyak benda dia nak cerita.

"Dalam kumpulan Seungkwan ada tiga orang putera dan dua daripadanya latar belakang rahsia" ujar Seungkwan selepas faham maksud pandangan ommanya yang menyuruh dia menceritakan apa yang dipendam.

"Woahh tak pernah lagikan perkara macam tu terjadi" Tn.Boo menatap anaknya kagum, untung la anak dia dapat berkawan dengan anak-anak yang berdarah diraja.

"Dan maknae kumpulan kami ada kuasa teleport dan telepathy-- ummph!!" Seungkwan meronta perlahan apabila Pn.Boo tiba-tiba sahaja menutup mulutnya dengan erat sambil memandang sekeliling seperti takut ada yang mendengari apa yang dikata anaknya sebentar tadi.

"Shhh.. Seungkwan.. omma tau pasal tu juga pengetua ada bagitau tetapi kita tak patut borak tentang kawan kamu disini dan diluar selain kawasan sekolah kamu" ujar Pn.Boo tegas lalu melepaskan pegangannya.

"Kenapa?" Soal jejaka itu tidak faham, kenapa nak risau.

"Semua orang tau kedua-dua kuasa itu sudah pupus apabila ahli-ahli sihir hitam mula memburu mereka untuk menghapuskan keturunan kuasa-kuasa itu yang merupakan kuasa terkuat selepas ais dan api jadi agak bahaya bila ada orang lain yang tau kawan kamu tu ada kedua-dua kuasa terkuat belum sampai masanya untuk dia diketahui orang ramai" terang Pn.Boo panjang lebar, dia tidak mahu kawan Seungkwan akan menjadi target pemburuan lagi-lagi bila mereka diberitahu bahawa ahli sihir hitam sudah kembali.

"Macam mana omma dan appa tau?" Seungkwan memandang omma dan appanya silih berganti, dah macam penyiasat mak bapak dia ni.

"Waktu tu kami terjumpa sarang mereka dan terdengar perbincangan mereka" ujar Tn.Boo pula, dia masih teringat dia dan isterinya tidak sengaja terjumpa sarang ahli sihir hitam nasib baik kedatangan mereka tidak disedari oleh ahli sihir itu mereka terus pergi ke istana untuk memaklumkan pada The King, Raja kepada dunia magik.

"Mereka merancang hendak mencetuskan perang semula dengan memusnahkan keturunan dari kuasa Teleport dan Telepathy dan bertahun-tahun lamanya selepas itu, mereka mula menghancurkan persahabatan kerajaan api dan kerajaan ais dengan merasuk salah seorang putera tunggal kerajaan ais" sambung Tn.Boo lagi lalu meneguk air dengan perlahan.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now