19

3K 350 564
                                    

"Memandangkan kamu semua ramai dan kami dah lihat rekod terbaru tentang kamu semua dari Sir Dongwook jadi kami akan pecahkan kamu semua untuk melatih kuasa kamu dengan lebih cepat dan lebih terperinci" ujar Mis Jieun sambil menyelak fail milik Seventeen yang berisi keterangan dan sedikiti contengan orang lidi di kertas itu hasil karya Sir Dongwook.

"Ok start dari Seungcheol kamu dengan Sir Minho, Seungkwan dan Seokmin dengan Miss Suzy, Jisoo bersama Miss Jooyoung, Junhui dan Jeonghan dengan Sir Seojun, Soonyoung dan Hansol akan bersama dengan Miss Jiwon, Wonwoo dan Minghao bersama Sir Bogum, Jihoon dan Mingyu bersama dengan saya, akhir sekali Chan bersama dengan Sir Gongyoo faham?" Terang Miss Jieun dengan penuh terperinci.

"Faham Miss" jawab Seventeen dengan wajah sedaya upaya series.

"Baik kamu boleh pergi ke guru-guru kamu yang saya sudah sebutkan and jangan takut anggap kami ni pun macam Sir Dongwook juga gila-gila tetapi series" Seventeen menghela nafas lega, nasib baik guru-guru mereka yang lain sporting juga takde la nak kena series 24 jam.

Seventeen mula pergi ke guru-guru yang diarahkan oleh Miss Jieun. Ada yang duduk di padang sahaja dan ada yang duduk jauh dari mereka nak bergosip la tu.

"Jadi Choi Seungcheol, hmm element api?" Dengan teragak-agak Seungcheol mengganggukkan kepalanya perlahan.

"I-iye"

"Jangan takut saya pun macam awak juga BRO!!" Sir Minho terus memeluk Seungcheol dengan erat berserta tawa tak betulnya itu.

"Ehh!!"

"Jadi tunjukkan saya awaknya pula blast" pinta Sir Minho setelah meleraikan pelukannya pada Seungcheol.

"M-maksud sir?" Soal Seungcheol tidak percaya, dia bukan tak tau apa maksud gurunya itu cuma dia tak sangka boleh ke dia buat macam tu?

"Yup awak boleh bakar padang ni jangan risau pengetua tanggung" jawab Sir Minho lalu mengenyitkan matanya pada anak muridnya itu.

"WOII!!" Terletus tawa Sir Minho dan Seungcheol apabila melihat wajah geram Sir Gongyoo yang berdiri tidak jauh dari mereka bersama Chan.

"Haish tak faham betul aku dengan mamat tu, ok Chan awak dah pernah tunjukkan kelemahan awak waktu first-first kita jumpa so nak mulakan dari mana?" Soal Sir Gongyoo cuba fokuskan pada Chan dari mendengar gelak mengejek Sir Minho itu.

"Sir ajar la saya nak gunakan kuasa telepathy" ujar Chan, dia sememangnya ingin belajar tentang kuasa itu memandangkan dia sudah tahu cara menggunakan kuasa teleport.

"Saya suka kuasa tu dan saya pernah baca tentangnya apa kata awak cuba juga" Sir Gongyoo mengangkat keningnya dengan senyuman sinis diberi.

"Cuba apa?" Chan mendekatkan wajahnya dengan pengetuanya itu apabila Sir Gongyoo menyuruhnya mendekatinya.

"Cara nak kawal minda seseorang" bisik Sir Gongyoo.

"Wooo NAK!!" Jerit Chan dengan penuh teruja nampaknya dia akan dapat belajar menggunakan kuasanya itu secepat mungkin.

"Hai saya Miss Suzy dan saya dalam bidang flora and fauna dan potion" sapa guru itu dengan senyuman manisnya yang mampu mencairkan semua pelajar di sekolahnya itu termasuk Seungkwan dan Seokmin.

"Wuuu sama dengan saya" ujar Seokmin teruja nampaknya ada juga yang sama kuasa dengannya.

"Betul tu! Dan bila tengok rekod tentang awak banyak yang awak dah boleh buat saya akan ajar cara untuk mengawal haiwan dan Seungkwan apa yang awak suka guna dengan kuasa timer awak tu" soal Miss Suzy pada Seungkwan yang dari tadi meleleh air liur tengok kecantikkan gurunya itu.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now