34

2.9K 298 716
                                    

"Dia adik kau?" Soal Hansol apabila mereka semua kembali ke tapak perkhemahan, kelihatan juga Sir Dongwook yang sedang memandang Geon tajam.

"Yup, hanat kan dia?" Ujar Chan dan lengannya terus ditampar kuat oleh Geon.

"Aku tak hanat la!!" Bentak Geon tidak puas hati.

"Kau memang hanat Geon, dua minggu engko menghilang pergi mana hah?!" Soal Sir Dongwook geram.

"Duduk sini" jawab Geon perlahan yang masih menyorok di belakang Chan, walaupun jawapannya kedengaran seperti berbisik tetapi guru itu masih dapat mendengarnya.

"APA?! SIAPA BENARKAN ENGKO DUDUK SINI?!" Sergah guru itu.

"A-- YAHH LEPAS!! Hish aku minta izin The King la" ucap Geon sambil mengelus pipinya yang baru sahaja ditampar oleh Sir Dongwook.

"Haish Lee Geon..." Sir Dongwook memicit pelipisnya, tak tau la kenapa dia boleh sakit kepala kalau bab si adik Chan ni tapi dengan Seventeen takde la pula sakit kepala macam ni.

"Aku bukan Lee Geon" balas jejaka itu datar tapi lagi datar wajah Sir Dongwook bila dengar apa yang dikatanya tadi.

"Kau sini kau meh aku sekeh kau"

"Tak nakkk~~" Geon terus berlari anak lalu muncul satu portal di depannya lalu dia terus berlari masuk dan lesap di depan mereka.

"Hilang dah dia, apa kuasa dia?" Soal Soonyoung yang masih tidak lepas memandang jejak terakhir sebelum Geon lesap.

"Teleport, Halucination dan dia peramal yang bagus maybe" jawab Sir Dongwook dengan ayat terakhir dibisikkan perlahan.

"Ouh kuasa dia lebih ikut keturunan omma la" Chan mengangguk faham.

"Haah tapi tulah budak tu memang nak kena dengan aku" gerutu Sir Dongwook masih tidak puas hati.

"Dia pergi mana?" Soal Jeonghan sambil menarik telinga Seungkwan yang masih degil nak main kat taman bunga magis itu.

"Balik, dia hilang tu maksudnya dia dah balik la tu berani dia duduk sini lama-lama dengan Sir ada kat sini" ujar Sir Dongwook megah, tak tau la kenapa dia bangga sangat bila dia cakap macam tu.

"Takpe ke dia pergi sendiri?" Soal Chan risau, yelah adik dia tu umur baru 13 tahun nanti kena culik macam mana.

"Dia reti jaga diri" jawab Sir Dongwook malas, buat apa nak risau budak tu reti teleport dia teleport terus sampai dalam rumah hah.

"Sejak bila dia tau yang dia ada abang?" Soal Mingyu sambil mengusap benjolannya hadiah dari rakan-rakannya kerana menghilang bersama Minghao dan Junhui.

"Korang mesti tak percaya sejak bila dia tau" ujar Sir Dongwook teruja, dah macam bapak teruja cerita pasal anak pula padahal dia tu anak teruna tua pff- maaf.

"Macam mana nak percaya kalau Sir pun tak kata lagi" balas Seungkwan, matanya tak lepas memandang Sir Dongwook yang dari tadi duk terkinja-kinja macam beruk.

'Ada juga yang kena potong kaki ni kang' bisik hati Seungkwan geram.

"Sabor la!! Macam ni waktu tu umur dia setahun lebih, tiba-tiba dia panggil hyung dia waktu dia cuba belajar berjalan hampir dua tahun juga la dia asyik duk keliling rumah cari abang dia dulu padahal Sir tak pernah mention pun pasal abang dia" cerita Sir Dongwook panjang lebar.

"Wah Sir kejam sebab tak pernah mention Chan" ujar Wonwoo dengan wajah sengaja dikesalkan.

"Suka hati la!!"

"Macam mana Geon boleh tau?" Soal Chan lagi mengabaikan umpatan dan rungutan gurunya itu terhadap Wonwoo.

"Dulu omma kamu terkena sihir, ahli sihir hitam tu dan efeknya terkena kat Geon dalam kandungan jadi Geon ada separuh kuasa dari ahli sihir hitam dan sejak tu dia boleh lihat masa depan, masa lampau seseorang dengan sekali pandang sahaja kadang-kadang aura kuasa gelap tu turut terasa bila dia marah dan itulah salah satu sebab kenapa ahli sihir hitam tak pernah sedar akan kewujudan dia sebab kuasa gelap tu menutup aura kuasa yang lain" terangnya lagi lalu cuba mengambil nafas kerana bercerita tanpa henti.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now