29

2.6K 318 531
                                    

"Tuanku putera!!" Jisoo menghentikan langkahnya lalu menoleh kebelakang, kelihatan seorang jejaka berpakaian lengkap pengawal diraja berlari menghampirinya.

"Hmm? Eh hai Sehun hyung!!" sapa Jisoo pada pengawal peribadinya.

"Tuanku baik-baik kan? Syukur la tuanku selamat tau tak bertapa risaunya kami bila dapat tau tuanku terpilih menjadi The Witch Guardians!!" Ujar Sehun risau sambil menggenggam bahu Puteranya.

"Saya okay jelah hehehe mereka kat sana layan saya baik dan saya dapat ramai kawan yang care dengan saya, jangan risau la saya kan kuat" Jisoo menepuk bahu Sehun, berkata bahawa dia memang dalam keadaan baik sahaja.

"Baguslah tu!! Kami risau sebab kekadang langit tiba-tiba je jadi mendung betul ke tuanku tak apa-apa" sampuk dayang Park yang baru sahaja tiba sambil membawa beg milik Jisoo.

"Yup! Jangan risau la noona"

"Noona! Sekarang waktu Bunny makan" ujar Jisoo setelah menilik jam di tangannya.

"Nanti noona siapakan makanan dia ye" pamit dayang Lee pergi ke dapur dan diikuti Bunny yang sudah merubah bentuknya menjadi kucing putih gebu meninggalkan tuannya dan Sehun yang masih berdiri di depan bilik Jisoo.

"Jisoo nak masuk bilik" ujarnya, belum sempat dia ingin masuk ke dalam lengannya terlebih dahulu diraih oleh Sehun.

"Betul tuanku tak apa-apa?" Soal pengawal peribadinya lagi.

"Iyer hyung dah-dah Jisoo nak mandi badan dah melekit dah ni"

"Baiklah pergi la rehat" Sehun tersenyum tipis lalu membenarkan jejaka itu masuk ke dalam biliknya, Jisoo mengeluh perlahan orang disekelilingnya masih lagi risau akannya padahal dia baik-baik sahaja. Ketika Jisoo ingin membuka bajunya kedengaran notifikasi masuk dari telefonnya, jejaka itu mengambil telefonnya lalu memeriksa mesej itu mana tau penting.

"Hmm? Kenapa Daddy mesej ni? Dia keluar la tu" omelnya, tiba-tiba dia mendapat idea dia terus membalas mesej Daddynya setelah itu dia meletakkan semula telefonnya di atas katil.

"Jom mandi!! Yeayy air yeayy" ujar Jisoo riang, membayangkan air sejuk itu membasahi badannya fuhh betul-betul buat dia rasa tak sabar.

"Tiba-tiba aku macam teringatkan seseorang.. hmm siapa?" Soalnya sendirian.

"Han?"

"Hannie?"

"Kenapa namanya macam pernah aku dengar ek" Jisoo mengerutkan dahinya, dia memicit pelipisnya apabila tiba-tiba kepalanya terasa sakit.

"Ouh awak dari ais!! Saya dari air!! Yoon Jeonghan imnida"

"Jeonghan? Hannie? Dia ke budak yang tolong aku haritu?" Jejaka itu membuka matanya perlahan, dia teringat semula tentang Jeonghan yang menolongnya ketika dia waktu kecil walaupun samar-samar dia tau itu Jeonghan.

"Mesti Hannie sedih aku tak ingat dia dulu" ujarnya lirih tapi takpe sekarang dia dah ingat nanti dia tegur la Jeonghan lepas masuk sekolah nanti.

Usai sahaja jejaka itu membersihkan diri, dia memakai pakaian yang selesa lalu mengeringkan rambut basahnya. Sedang dia sibuk melipat tualanya tiba-tiba kepalanya mula sakit.

"A-akh.." Jisoo memegang kepalanya erat, cuba mengawal deruan nafasnya yang semakin sesak, telinganya mula berdesing mendengar jeritan di kepala otaknya seperti otaknya cuba memerah mencari ingatan yang sudah lama disembunyikan.

"Mommy? Mommy!! Daddy!!" panggil Jisoo kecil yang kini berlari di setiap pelosok hutan yang berkabus tebal itu, mencari ibu dan bapanya.

"Jisoo!! Sini sayang!!" jerit satu suara bergema di dalam hutan.

Magical Highschool ||Seventeen||Where stories live. Discover now