23

3.3K 350 1.5K
                                    

( Gambar permohonan maaf saya untuk readers semua HAHAHAHAHHA seram betul lobang hidung Sir Gongyoo hiks )

"Minghao.. Wonwoo.. kamu berdua fikir saya bawa kamu ke sini sebab nak suruh kamu terjun dari rooftoop ke?" Soal Sir Bogum datar apabila melihat kedua-dua anak muridnya memeluk pintu masuk ke rooftoop.

Takut bebenor deme ni ke gayat?

"Mana tau en? Sir nak kami terjun" balas Wonwoo, dia melepaskan pelukan di pintu lalu menarik Minghao untuk turut melepaskan pelukannya. Kita kena la manly hidup ni hanyalah sementara-eh tibe.

"Memang tak la!! Kamu berdua tak mahir lagi!! Ke memang nak saya suruh awak terbang?" Guru itu menatap kedua-dua anak muridnya dengan sinis.

"T-tak nak!!" Jawab mereka berdua dengan cuak, kekadang Sir Bogum ni tak boleh buat main juga.

"Jadi berlatih la saya saje bawa ke sini sebab sini ada angin yang kuat"

"Baik sir"

"Start dari Wonwoo..." arah Sir Bogum lalu memandang anak muridnya yang sudah menggaru kepalanya dengan panik.

"Hmm nak buat kuasa angin apa ek? Hah!!" Minghao dan Sir Bogum mengerutkan dahi, tiba-tiba je mamat tu senyum menyeramkan.

"Kenapa muka macam kejam sangat tu--

"ANGIN TAUFAN!!" Jerit Wonwoo lalu keluar angin taufan berdekatan dengan Sir Bogum hingga membuatkan guru itu termasuk dalam pusaran angin itu.

"YA TUHAN J-JEONNN WONNWOOOLLLLLOK" jerit Sir Bogum panik, kepalanya mula berpinar.

"APA OLOK TU SIR?! OLOK OR JOLOK?!" Soal Wonwoo sambil menahan tawa, sempat lagi ye engko.

"WONWOO HENTIKAN WONWOO AKU NAK TERBANG NI" balas Sir Bogum tidak mengedahkan soalan bodoh anak muridnya itu.

"SAYA NAMPAK RAMBUT SIR JE YANG TERBANG" jerit Wonwoo lagi tetapi kali ini ketawa sudah meletus.

"SUDAH-SUDAH LA TU GURAU DENGAN RAMBUT AKU!!" Marah guru itu, Minghao pula hanya mampu ternganga melihat wajah terseksa gurunya dan hyungnya sedang ketawa suka silih berganti.

"Minghao tangkap Sir Bogum okay.. bila aku hentikan angin ni" arah Wonwoo setelah dirinya puas ketawa dengan perbuatan sendiri.

"Okay!!"

"ABCRADRANABABABABALIBABAJATUHKEDABRAK!!" Setelah Wonwoo membaca mentera serentak angin taufan itu hilang dan menyebabkan Sir Bogum hampir terjatuh dari rooftoop.

"GEMPAK MENTERA HYUNG!!" Puji Minghao, tak sedar ke dia yang dia kena selamatkan gurunya itu.

"Uish masheh! Tangkap dia Minghao!!" Tegur Wonwoo apabila terlihat Sir Bogum hampir jatuh ke bawah.

"Nae!!"

"NARUTOKEPALANUTOBUKANNYABUTO" Minghao menghela nafas lega apabila dia dapat menangkap gurunya itu dengan kuasa gravitinya.

"Weh nak nangis dengar mentera kau" ujar Wonwoo sambil tangannya acah mengelap air mata palsu.

"Nangis la tau hyung bangga dengan aku"

"Bukan aku nak nangis dengar mentera kau macam carut" Minghao tersengih, salahkan gurunya yang cipta mentera macam tu walaupun waktu dia berlatih mentera tu ada la juga Jisoo nak lempang muka dia sebab fikir tu zikir carut.

"Hehehehe mian" selepas Minghao meletakkan Sir Bogum dengan selamat, mereka berdua menghampiri guru itu yang masih berdiri terkaku.

"Sir okay?" Soal Wonwoo lalu mencucuk pipi Sir Bogum.

Magical Highschool ||Seventeen||Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt