Bab 33 ~ Hadiah ~

8.7K 439 71
                                    

TERANGGUK-ANGGUK kepala Khayra bersama senyuman nipis yang dipaksa. Naik rimas dia menjawab soalan yang sama daripada setiap staf RedRay Holdings. Tujuan dia datang ke situ ialah untuk bertemu dengan Rayhan. Tapi alang-alang dah hadir, dia terus menghadiahkan dua puluh kotak piza bersaiz besar kepada pekerja suaminya yang telah terlibat dan bertungkus-lumus menjayakan fashion show baru-baru ini.

Walaupun dia cuba membohongi hatinya, dia sedar yang di tidak mampu. Dia sudah terbiasa dengan kehadiran Rayhan dalam hidupnya. Sehari tak ada pun dia sudah lemas dan tidak senang duduk. Begitu hebat penangan Rayhan dalam hidupnya. Dia langsung tidak sedar yang dia perlukan lelaki itu. Berhari-hari lamanya Rayhan tak munculkan diri telah menyedarkan dia bahawa kehadiran Rayhan seperti lampu yang menerangi malamnya.

"Aku nak balik dah ni. Husband aku dah sampai. Kau betul ke okay ke? Nak aku call ambulans tak?" tanya Hanis dalam nada mengusik. Bukan dia tak tahu yang Khayra tengah sabar menanti kehadiran suaminya. Kalau tak, kenapa kepala asyik pandang ke pintu bilik saja?

Khayra mencebik. Sudah sejam dia dijadikan bahan usikkan Hanis. Ada saja cara perempuan itu hendak mencari fasal dengannya.

"Ish, aku okaylah. Pergilah dekat suami kau," tutur Khayra dengan muka meluat.

"Eleh, sedihlah tu encik suami tak munculkan diri lagi. Lain kali nak datang, call dulu. Kan dan susah." Hanis tergelak kecil sambil mencuit pipi kemerahan Khayra yang dicemburui ramai wanita. Pipi itu yang membuatkan Khayra digilai ramai jejaka.

"Ish gelilah!" Khayra menampar tangan Hanis.

"Kaki kau tu macam mana? Siapa nak heret ke tingkat atas?"

"Halah, kacang je. Pandai-pandailah aku hidup. Kau pergilah, kesian suami kau tunggu."

"All right. By the way, jangan lupa nasihat aku. Cakap dengan suami tu biarlah manis sikit. Panggilah sayang ke, honey ke, barulah nampak sweet. Ini tak, Rayhan Rayhan je yang keluar dari mulut kau. Aku dengar pun berdesing telinga," bicara Hanis lantang.

Khayra pandang ke kiri dan kanan.

"Kau ni kan. Nak bersyarah pun agak-agaklah. Orang kerja Rayhan dan usyar aku pelik."

"Kalau kau sayang dia, layanlah dia baik-baik. Mana kau nak dapat suami macam tu hah? Cakap dekat aku. Kau sayang dia kan?" duga Hanis. Dia bukanlah bodoh. Dia tahu siapa yang bertakhta di hati kawan baiknya itu.

"Hmmm..."

"Apa hmm hmm? Kau ingat aku ni kambing ke? Cakaplah betul-betul."

"Ish kau ni banyak songehlah. Yalah. Siapa tak sayang suami? Sayanglah," balas Khayra laju. Dia malas nak buat huru-hara dalam bilik mesyuarat tersebut. Kalau tersedak orang kerja Rayhan karang, dia juga yang susah.

"See...itu pun susah nak mengaku. Sayang tu cakaplah sayang, bukan sebaliknya."

"Yang kau ni dah sepuluh tahun dekat sini nak buat apa? Ciaulah," halau Khayra. Dia sebenarnya cuba menyembunyikan rasa malu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah mengungkap rasa sayang kepada insan bernama lelaki lain.

Tubuh Khayra menggeletar seperti orang terkena renjatan elektrik sebaik sahaja ada tangan mendarat di bahunya. Dia sudah tidak sedap hati. Matanya berkedip beberapa kali, cuba menidakkan gerangan manusia yang berada di belakangnya. Dia kenal bau itu. Itulah bau yang dia rindukan.

Tangan itu kemudiannya menarik bahu Khayra sehingga kerusi kerja yang didudukinya terpesing. Mata Khayra membundar saat wajah kacak Rayhan sudah terpancul di hadapanya. Segalanya terasa seakan mimpi. Dia memandang wajah Rayhan semahunya.

Titanium Milik Khayra ✔Where stories live. Discover now